Bukit Tinggi , Padang 2017 :Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini unid nak sambung balik cerita unid kat Padang hari tu.Sesiapa yang nak baca pengalaman unid di Bukit Tinggi Padang siri pertama sila ke sini.


21 Ogos 2017- Isnin:Danau Maninjau dan Rumah Buya Hamka
Macam biasa unid akan bangun awal dan jalan jalan kawasan sekeliling.Unid ialah seorang morning person lebih lebih lagi kalau waktu mengembara.Rasa rugi kalau terlepas suasana pagi.Hari ni itenari ke Danau Maninjau, Rumah Hamka tapi pagi pagi mari kita explore tempat yang boleh dicapai dengan berjalan kaki.

WAKTU PAGI adalah waktu paling seronok melihat penduduk tempatan memulakan hidup.Mereka terkejar kejar menghantar anak sekolah dan bekerja.Segala drama yang selalu terjadi di waktu pagi dapat kita nikmati dan belajar.

Kami berjalan kaki ke Jam Gadang.Tahukah anda mesin yang menggerakkan Jam Gadang ini adalah sama seperti jam besar kat Big Ben? Yang lagi best, mesin ini hanya ada dua unit dalam dunia ini. Satu di Jam Gadang, BukitTinggi dan lagi satu kat jam yang Big Ben, London.

Dekat kawasan Jam Gadang ni selalunya hari Ahad ada senam robik.Masa hari Isnin pun ada tapi sekumpulan kecil saja.Mereka ni bersenam robik diiringi dengan lagu tempatan.Mungkin sebab itu senam robik kat sini boleh diterima oleh pelbagai golongan usia.


Berdekatan situ terdapat  Taman Monumen Bung Hatta.Kawasan tugu ni macam taman kecil di tengah tengah jalan.Bung Hatta ialah seorang tokoh negarawan yang terkenal di Indonesia.
"Selama dengan buku kalian boleh memenjarakan ku di mana saja,kerana dengan buku aku merasa bebas."
Kebanyakan orang berjaya yang betul betul berjaya sangat suka dan ilmu pengetahuan kan?

Nak marah betul dengan diri sendiri masa nak tengok gambar diri sendiri ni.Kalau sesiapa travel dengan aku memang kenal yang aku bab bergambar out sikit. Rasa macam budak kecik pun ada.Tiba tiba member jerit unid, nak amik gambar. Hah ... okay.Bajet muka posing cantik la konon. Sekarang bila kelebek nak bubuh dalam blog rasa nak pelempang jer diri sendiri.

Saya tengah test structure tiles kat sini.
#nomakeup #nofilter #mukacontroltapinya #kimmek =)


Lepas tu balik hotel dan bersarapan.Kali ini kami tidak bersarapan di luar tapi di hotel.Yang kurang bestnya tentang Hotel De Kock Cafe ni, ianya memang tak sesuai untuk morning person sebab staffnya masih tidur lagi di sofa-sofa.Jadi bila kami menempah nasi goreng rasa macam tak best sebab kakak yang bekerja kat situ pun macam kelam kabut memulakan kerja.Rasa tak syok pulak sebab nampak dia baru datang kerja kemudian kelam kabut layan kami.

Ini pengalaman baru bagi unid sebab berdasarkan pengalaman pengalaman yang lepas, staff akan bangun lagi awal pelanggan.Yang ini kami terpaksa cuit cuit pulak suruh depa bukakan pintu sebab kami nak keluar. =)

Macam biasa Zainal yang pick up.Nasib baik supir ni punctual.Member unid request nak tengok Pasar  Kuning sebelum pergi ke Danau Maninjau sebab Pasar Kuning tutup awal. Ditakuti kami sampai balik senja.Jadi better tengok Pasar Kuning dulu.Pasar Kuning ni bangunan yang menempatkan kedai kedai pakaian.Teringat Pekan Rabu yang unid selalu singgah masa sekolah menengah dulu.Lebih kurang begitu.
Bangunan Pasar Kuning tu kat belakang saya

Cuaca hari ni memang kurang menyokong. Sepanjang kami ke Danau Maninjau hujan lebat.Seriau juga bila melalui selekoh selekoh tajam menaiki bukit.Sekali rasa macam jalan Cameron Highland, ada sekali macam jalan Penanti nak pergi Mengkuang Dam.Dengan kabusnyer, unid perasan macam Zainal pun risau bila dia slowkan volume lagu Minang favorite sebab nak fokus kat jalan.Walaupun jalan kurang bagus tapi kenderaan kat sini saling bertolak ansur.

Unid tanya Zainal, pasal sikit sikit honk, malah boleh bagi laluan pulak tak perlu pakai traffic light banyak-banyak.Dia jawab ,"Kami tidak memikirkannya sebagai satu peristiwa. "Maknanya takde simpan dalam hati kut.Kalau unid tiba tiba ada kereta kurang ajar, mungkin unid naik hantu juga.Honk dekat sini bukan tanda marah tau, tapi sebagai alert.Unid perasan Medan dan Bali pun sama.Honk tu kebiasaan, nampak orang lalu jer honk, motor lalu jer honk.Kalau kita fikir bahawa orang honk nak bagi kita alert kita tak marah kan.

HUJAN LEBAT dan berkabus.Memang masa banyak habis atas kereta.Pemandangan berkabus, takleh nampak tasik.Zainal tunjuk kat situ tasik tu sebab dia tau situ tasik.Tapi unid tak nampak apa.Sedih juga rasanya tapi benda ni kan luar bidang kuasa kita.

Masa sampai dekat Rumah Kelahiran Buya Hamka baru hujan seriat sikit.Masa kami sampai rasanya mereka baru habis dengar kuliah kut.Member unid naik masa tengah kuliah tu, unid pulak terus ke toilet.Rumah Buya Hamka ni kecil saja.Tapi unid bayangkan betapa seronok masa kecil Buya Hamka sebab rumah dia di dalam kawasan Danau Maninjau ni.Sumber air penduduk di sini adalah danau yang luas terbentang.


Bawah tu ada ayaq tau tapi hujan tau jadinya tak nampak tau
Kerbau takde, dia kat kandang sekarang
KAMI tak berenti banyak tempat sebab hujan.Ada satu tempat tu unid berenti takdan beberapa minit terus masuk van balik.Puncak Lawang ke tasik ke semua tinggal mimpi sahaja sebab hujan.Tapi kami sempat berhenti dekat tempat pembuatan gula.Banyak pokok tebu dekat sini, rupanya tebu memang salah satu sumber ekonomi kat sini. Tempat yang kami berhenti tu masih mengekalkan pembuatan gula secara tradisional menggunakan tenaga kerbau.Tapi masa kami pergi tu kerbau tengah berehat kat kandang.Beria ria pekerja kat situ nak gerakkan kerbau tu semata mata nak tunjukkan kami proses pembuatan gula tapi kami takmau.Rasa kesian pulak kat kerbau tu.Sejuk sejuk nak kena gelek gelek pula.

Gula tebu kat sini dibentuk macam gula melaka atau gula kabung.Ada yang size besar besar dan berbau harum.



Singgah makan bila dah turun dari Danau Maninjau.Jus terung belanda.Sedap
Disebabkan hujan dan tak banyak aktiviti member unid cadangkan ke Pasar Atas.Pasar Atas ni dekat saja dengan Jam Gadang.Harga macam mahal sikit kat sini kata member unid yang dah survey harga kain kat kedai kedai sebelum ni.

Rezeki yang halal tu bermacam cara.
Menyediakan khidmat memayung untuk mereka yang tanak kebasahan.

Lepas tu kami berlari dekat sebuah mall berdekatan.Hujan lebat sungguh.Kami masuk mall cuci mata lepas tu keluar tunggu Zainal.Balik hotel dan berehat. Lepas mandi keluar kejap pergi spa sebelah hotel tu. Kemudian tidur sambil layan cerita Hindustan alih suara Indonesia.









22 Ogos 2017- Selasa:Misteri Lobang Jepang dan Tembok besar

Rumah Potong Hewan
Dinas Kebakaran a.k.a BOMBA
HARI INI unid tekad nak ke Lobang Jepang.Melalui Google map jaraknya tak jauh pun. Maka pagi pagi kami dah keluar rumah. Melalui pasar pagi.Seronok bila tengok sayur sayur segar dan gula tebu yang berbuku dijual kat sini.Sini avakado bersepah macam pisang.Kalau kat KL boleh dikatakan buah mahal tu.Unid berpisah dengan member unid sebab unid nak masuk pasar pagi.Kami buat perjanjian jumpa kat Lobang Jepang.

Masa ni unid dah tak bergantung dengan Google Map, unid tanya jer orang.Untung sebab bahasa lebih kurang sama.Orang tempatan pun ramah dan sudi menolong.

Lobang Jepang ini adalah kubu Jepun di bawah tanah.Kami sampai lebih kurang pukul 7.30 pagi, kaunter jualan tiket belum lagi dibuka.Tetapi ada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pekerja di situ dan meminta wang sebelum kami memasuki kawasan tersebut.Naluri unid mengatakan dia bercakap benar jadi unid bayar jer dan alhamdulillah memang lelaki tersebut pekerja di situ.





LOBANG JEPANG belum lagi dibuka waktu tu maka kami bergambar dulu dekat atas.Oh, Panorama Ngarai Sianok ni adalah di atas Lobang Jepang.Jadi kalau nak google Panorama Ngarai Sianok pun takper sebab tempat yang sama.

Lepas tu pekerja tadi menghampiri kami dan bertanya samada kami dah sedia nak masuk Lobang Jepang.Dia juga bertanya samaada kami memerlukan guide atau tidak.Rupanya dia menawarkan diri untuk menjadi guide kami.Guide di sini tidak ada bayaran fix, terpulang kepada kita nak bayar berapa pun.

Happy lagi sebab belum masuk
                             
Lobang Jepang agak gelap dan menyeramkan actually.Masa unid pergi tu unid takde lah rasa takut sangat, tapi bila pulang kat Malaysia unid mengalami masalah tak boleh tidur.Unid takde rasa takut berhantu ke apa tapi rasa macam trauma orang orang yang diseksa dan dibunuh Jepun tu melekat sekali.

Dalam lubang tu luas macam gua, banyak lorong dan ruang.Memang patut pun ambil guide especially time tu kami berdua saja.Ada satu tempat tu tertulis Dapur dan betul betul dekat dengan penjara.Dalam otak unid terpikir kenapalah dapur dekat penjara ya?Masa tu tengah pikir mesti saja orang Jepun buat dapur dekat penjara jadi bila memasak menambahkan siksa tahanan yang kelaparan tu.Itu yang unid fikir, masak sedap-sedap biar depa yang kelaparan tu bertambah seksa.

RUPANYA itu bukan dapur untuk memasak.Tapi dapur yang digunakan untuk menyiksa dan membunuh tahanan tahanan dari penjara.Pening kepala unid sebab susah nak hadam betapa kejamnya manusia bila perang.Mayat tu tak ditanam tapi dicampak jer ke gaung melalui lubang kecil.Ya Allah, bayangkan tahanan yang masih hidup tu mendengar sahabat sahabat mereka didera dan dibunuh depan mata mereka.Allahuakbar.Sakit kepala unid, masa menaip ni rasa berat gila.
Tak kiralah secanggih mana pun kubu tersebut, yang membinanya adalah tangan tangan kasar tawanan perang.Memang menyedihkan.Takleh nak bayang perasaan tawanan tawanan ni betapa depa rindukan keluarga, dipaksa buat kerja kasar, diseksa.Makan minum dan pakaian tentulah langsung tak terjaga.Mesti tenaga diperah gila gila.Kalau tak bermaya takkan dirawat punya tapi mesti dibunuh.Lepas tu perangkap orang baru untuk dijadikan buruh paksa.Unid rakam video jer, tu pun sampai sekarang tak berani bukak.

Lepas tu kami keluar terus ke Janjang Koto Gadang atau pun Great Wall Koto Gadang.Bagi tau kat guide tu siap siap supaya dia bawa ke tempat ke luar dari Lobang Jepang.Kena jalan kaki sikit melalui rumah orang.Berhati hati sebab banyak kera, sila sorokkan makanan dalam beg okay.
Sebelum naik tangga tembok tu kami berhenti makan pisang goreng dekat warung berdekatan.Sekurang kurangnya baru bertenaga sikit nak daki tangga.
Mula dengan bismillah.

Agak licin disebabkan hujan

Monyet ni tanak makanan, dia cuma nak duduk sini.
Bila kami berlalu, dia stay.Rupanya dia memang penunggu kat situ

Dari sini kita boleh nampak Panorama Ngarai Sianak,
 di mana terdapatnya Lobang Jepang.
So kalau mayat dibuang,faham fahamlah buang kat gaung mana ya.




Honda jer boleh parking tau,jangan main main =)

Lepas tu kami terus ke hotel,
dalam perjalanan terjumpa angkutan dan terus naik.
Seronok sangat sebab merasa naik public transport kat sini.
Sampai kat hotel terus order makan.Malam sebelumnya kami berbincang untuk tidak ke airport dengan Zainal sebab nak kurangkan kos.Jadi kami plan nak pergi dengan hotel transportation.Dengan pihak hotel kami  sudah discuss malam sebelum untuk tidak mengambil pakej yang ramai, nak naik berdua walaupun bayar agak mahal sikit.Plannya nak berjalan jalan kejap tapi  transportation hotel tak punctual.Sejam lebih kut tunggu jadi tugu kat bawah tu.

Memang maki dalam hati.Tak sempat pun singgah kat mana mana malah sampai airport dalam masa kurang dua jam.Mujurlah airport dia kecik, yang mana turun jer dari kereta terus kau boleh check in.Kalau airport kat KLIA2 mau kau dah berterbangan nak masuk tempat check in.

Nak marah kaw kaw atas kereta risau takut driver mogok terus tinggalkan kami.Jadi tahan marah dalam hati jer la masing masing.Duit dah bayar siap siap masa checkout tadi.Berdrama jugaklah.Tapi tulah kan pengalaman yang Allah nak bagi kan.
Walaupun begitu sis lega sebab dapat menggayakan jubah yang baru.
Ini jubah hitam pertama sis
TAMAT.

Alhamdulillah bersyukur unid sebab settlekan entri ni.Kasihan korang penat baca.Terima kasih banyak banyak.Kalau ada apa apa cadangan untuk improvekan blog ni sila bagi tau ya.Sebab unid baca dari laptop unid, mungkin dari laptop or phone hangpa lain.

Kalau nak baca yang part satu sila ke sini :Bukit Tinggi , Padang 2017 :Part 1

Moga bermanfaat, jumpa lagi.

Bye💖

Comments

Popular Posts