Berdikari ...konon

Assalamualaikum dan salam sejahtera anda sekalian.

Apa yang anda buat di hari Sabtu yang indah nan permai ni?

Unid dari semalam lagi dah atur itenari.
* Breakfast
* Swimming with my housmate .
* Jump kan kereta
* Attend meetup on AI stuff

Breakfast
Kami makan kat LRT Taman Melati. Nama tempat Mak Tam Nasi Kukus Ayam Dara tapi kedai nasi kukus tu tutup waktu pagi.Maybe bukak waktu malam.So kami try makan roti canai kat situ.Situ macam ala ala medan selera cuma unid assume mungkin meriah lagi waktu malam.

Pagi ni unid bantai roti bom dan roti canai.Unid kalau bab breakfast memang breakfast like a king.Janganlah kau sua biskut biskut.Tu yang perut leh tahan sampai petang.Alhamdulillah unid suka sebab sedap.Rangup kat luar lembut kat dalam gitu.Memang boleh makan lagi kat situ.Dekat jer dengan rumah.#alhamdulillah.

Swimming
Berbulan jugak unid tak swim.Lama lama tak swim takut terjun terus tenggelam.Dahla bantai roti bom dan roti canai.Hah berat kalori tu.Untung batu tenggelam =).

Yang bestnyer kali ni, my new housemate tau berenang.Dia yang suggestkan berenang kat sini.So takdelah unid terkial kial nak kejar masa swim kat UIA .Swim kat UIA best, cuma it opens to public on weekdays dan dari pukul 5 hingga 7 saja. Nak rush balik kerja lepas tu berenang, heh ada hari memang rasa tak kuasa.
It is doable tapi kena usaha lebih sikit.It's okay, I will make sure I allocate some time on weekdays. Good thing I sekarang dah ada option untuk terjun pool hari weekend.#alhamdulillah.

Jump kan kereta
Actually bateri kereta unid kong beberapa hari yang lalu.Unid figured out masa nak keluar dinner bersama sama  kawan.Unid memang cuak bila tekan pager lampu tak nyala.Pusing kunci lampu accesories kat dashboard tu langsung tak nyala.Check lampu semua tutup.Unid syak bateri tapi sebelum ni takdela sampai lampu accessory gelap terus.

Eh... Ceri baru balik Cherating buat hal pula?

Waktu malas nak pikir, lagipun dah la malam.My friend tanya."Are you okay? Still nak pergi dinner tak?"

Unid okay jer.Pergi dinner naik Grab.Tak kuasa unid nak stresskan diri malam malam.Lately I am really take care of my mood.Masalah ni lumrah hidup kan, so kita choose happy dalam menyelesaikan masalah instead of sad, angry while solving something.I don't want to buy anti age cream mahal mahal.Unid nak senyum jer untuk awet muda.

Jadi unid simpan jer la kes tu untuk keesokan harinya dengan harapan Unid dapat jump kan dengan kereta housemate.Malangnya keesokan harinya unid terlajak kerja.Memang tak sedar time tu, terkurung buat kerja dalam gua sampai member call ke ape suma tak perasan.My phone was outside the 'cave' at that time. Maka kes tu terperam sampai hari ni.

Hari ni bangun awal plan nak swim dulu.Nak breakfast dulu, swim then lunch bagi perut kenyang dan happy baru check issue ni.Maybe lebih kurang pukul satu gitu kut.

Kami try jump, cuak jugak sebab ada spark bila unid letak pengapit jumper tu kat bateri.Ini bukan first time unid jump kereta tau.Jump kereta sendiri pernah, tolong jump kan kereta orang lain pun pernah.Cumanya benda ni dah lama buat.Yang kelakarnya masing masing jaga space bila unid nak kapit  jumper tu kat battery.Unid pun gigil masa nak letak, macam Fear Factor.Sua tangan nak kapit pastu tarik balik.Takut.Risau kut kut aku terkangkang rentung kat situ.Padahal spark tu kejadian biasa.Biasalah wanita kan suka berdrama.-_-



Bila dah selamat kapit, member unid hidupkan engine kereta dia.Lampu depan kereta  blinking.Ohh..baru teringat masa malam nak pi dinner tu unid asyik tekan tekan pager sebab nak buka pintu.unid tekan balik pager  baru lampu depan stop blinking.Check lampu accessories nyala.Sah, issue bateri.

Tapi bila unid try start engine still bersin.Hacoomm hacoomm =P. Banyak kali jugak start engine still juga bersin.Siap tunggu lagi beberapa minit nak bagi power masuk kononnya.Tak jalan gak.

Masa ni start risau sikit, takut bukan masalah bateri.Unid memang berdoa dari first time found out case ni  supaya ianya cuma masalah bateri sahaja sebab bateri memang kena.It's part of maintenance.Dua tahun atau setahun sekali memang kena tukar.

Yang membuatkan unid risau sebab unid baru tukar wire kat engine, tukar power window suis dua minggu lepas.Walaupun perkara tu takde kaitan tapi risau gak sebab pomen yang buat.Manusia ni lumrah buat silap.Takper kalau buat silap tapi yang jenis buat silap bajet suci murni ni tu yang unid pantang sikit.

Dulu pomen mana tah patahkan unid colok minyak hitam penutup, dia diam diam jer letak gam gajah konon nak cover bagi nampak benda tu tak patah.

Bila adik unid kebetulan check kereta unid, dia tanya "Along, benda ni patah Along letak gam eh?"
Dia siap tunjuk pemegang colok minyak hitam tu depan mata unid.

"Ehh... Along tak terasa yang tenaga Along mampu nak patahkan pemegang colok tu."

Moody jugak dibuatnya sebab tak tau pomen bengkel yang buat kerja ni.At least bagi tau customer, jujur lepas tu bagi compesate discount ke, ini tak diam diam ko lumur gam ye.Sampai sekarang bila orang check depa tanya unid ape hal ngan colok tu.

Okay, balik issue engine kereta unid yang still tak hidup ni.

At last my housmate suggestkan pergi bengkel beli bateri and suruh pomen datang tengok sendiri.So dia drive ke bengkel.Discuss gitu gini dan selamat duit unid dua ratus lebih.Bila pomen pasang jumper pun sama.Still bersin, padahal dia jump ke bateri baru.Masa tu dubb dubb juga jantung ni.

Ya Allah panjangkanlah usia Ceri.amin.

Kemudian dia keluarkan bateri lama tu, terus masukkan bateri baru instead of guna jumper.Nahh ... baru hidup kereta unid.Memang lega alhamdulillah.Tahu tahu dah pukul 3 lebih baru settle semua termasuk selamat pergi kedai dan shopping sabun basuh.

Honestly, I am very proud of myself sebab kadar moody unid  kurang sampai kan peram kes kereta ni berhari hari baru settle.Boleh pula jaga emosi, takdelah mengamuk ke, stress ke apa.Boleh jer happy sepanjang beberapa hari ni macam takde issue.

Secondly, I learned that my weakness is I am too comfortable being alone.Contoh, kalau nak makan selalunya orang perempuan akan fikir nak makan dengan siapa.Kalau takde siapa nak teman makan, they rather to tapau.Unid pula kalau lapar terus fikir nak makan kat mana.Unid boleh makan sesorang dan buat benda banyak sesorang.Jogging ke, belajar something new ke, apa apa jer la yang rasa boleh dibuat seorang diri.Which mean, kalau orang nak tunjuk perasaan kat unid dengan memulaukan unid memang tak jalan.Perasan kejap, pastu lantak kau la.Tak kuasa aku.

Tadi plan awalnyer adalah selamat jer jump unid pergi bengkel sendiri walaupun my friend offer.Yela, tak perlu la nak follow kereta kan.Dah hidup engine kira jalan la kan.Tapi member unid insist, she said what happen if tiba-tiba mati tepi jalan.Kalau tak mati tengah jalan pun, what's wrong if she helps me.

Actually the whole of today conversation was  related to this.She gave me advice that sound like this,"You need to make people feel that you need them." unid  always takut menyusahkan orang dan always need to have clear intention.Contoh, kalau unid minta tolong orang tapi orang cam blur blur reply , I will end up doing my self.Sama lah dalam kerja pun.Kalau orang macam nak buat ke tak ni, terus unid settle kan. I am kind of takleh terima rejection.Hahah, takut kena rejek so aku end up sesorang.Ego, keras kepala huii..

As human, we feel proud to help other people.We need to give chance for other to feel proud helping us-unid.

#alhamdulillah semua berjalan lancar except meetup on AI  discussion tu, sorry la masa tu unid maybe tengah jump kan kereta.

Jumpa lagi.
💖unid

Comments

  1. Awesome 2017

    Betul kadang-kadang kita dah terbiasa buat semua sendiri dan rasa mintak tolong orang tu leceh. Sedangkan kita memang kena tolong-menolong sesama manusia. Good sharing Unid :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts