Gemuk

"Banyak kali kena rejek dengan laki sebab gemuk.Tu yang nak kena diet."
"Kalau kurus senang la dapat pakwe."
Tak salah since 2004 unid dengar rungutan rungutan seperti di atas.Sekarang dah 2017, still ada jugak yang bersedih.Tak salah nak sihat dan kurus, tapi kalau nak mengejar lelaki...LUPAKAN JER LA.
unid adalah living proof membuktikan bahawa orang kurus tak semestinya senang cari pakwe.i tak pernah bercinta tau.*sila muntah ijo*
Bukan sebab aper...takut once dah jadi kurus sekali tak jumpa jodoh terus patah hati berulam jantung.Sebab jodoh tu takdir Allah , bukan pasal kurus, gemuk ,putih atau hitam.
Unid pernah update FB status lebih kurang gini:
Pakwe/laki kau ceraikan ko pasal ko gemuk dan tak cantik.Then terus kau anti pompuan kurus atau cantik.Cukup-cukuplah pakwe/ laki kau bangang.Tak usahlah ko ikut jadi bangang sekali.
Pedas, memang ada orang terasa.Tapi kenyataan kan, selalu terpikir kenapa kita nak bergaduh sebab lelaki?Question mark besar tu.Nak buat apa apa sebab lelaki? Itu yang kadang kadang kita hilang pedoman, takde hala tuju.Sebab fokusnya adalah lelaki.Bila dikecewakan lelaki terus meroyan dan merempan dan bergaduh sesama sendiri.Sila cool dan sila ada harga diri.

Tak salah nak kurus, sihat.pandai atau kaya.Tapi buatlah untuk diri sendiri.Jika kita sendiri tak menghargai diri kita lagi jangan harap orang lain akan buat benda sama.Berubah untuk kebaikan diri sendiri.InshaaAllah jodoh tu tak ke mana kan,kalau kat dunia takde kat syurga ada kan.*pandai jer ko ni unid,hah bila nak kawin tu?*

Comments

Popular Posts