Naik bas
hari jumaat lepas unid balik kampung naik bus.selalu kalau naik bus memang unid ambil bas malam, kalau lewat lagi bagus.kiranya unid naik bus tu untuk tidur dan esok pagi sampai baling.
tunggu dekat tbs, bus tu on time 11.30 dah sampai.tapi elok jer unid naik bus tu tengok ada orang lain tidur tempat unid.budak pompuan cantik giler.unid gerak dan bagitau ni tempat unid.dia muka selamba cakap, tempat dia ada orang lain duduk so dia duduk tempat unid.unid tanya balik, habis tu macam mana ni yang awak duduk tu seat saya. boleh dia buat tak tau dan sambung tidur.iskkk... isskk.. muka cantik tapi kan ...(unid seriusly maki dalam hati). kalau ikut baran memang nak buat scene jer.tarik nafas jap, terus pikir dari aku deal dengan dak pompuan ni better aku deal dengan budak yang ambil seat dia.(walaupun dari segi logik tak patut kan)
unid bukan tanak duduk tempat lain, tapi dah beli single seat kut.yang seat single lain suma penuh.nak duduk kat kerusi yang double seat satu hal pulak nanti kalau penumpang yang naik nanti ni lelaki.lagi pun that's my right kut, my seat. unid terus pi dekat seat yang budak tu claim tempat dia tapi orang lain duduk.budak yang duduk tempat dia lelaki, so terus unid tanya.
dia cakap sebab tulis seat dia.ahh sudah , walaupun beli dekat easy booking selalu ada problem macam ni.tiba tiba nyesal beli tiket bus yang bukan plusliner atau tranasional.
sepanjang unid negotiate ngan budak lelaki tu, budak pompuan yang duduk kat seat unid tidur seperti tiada apa apa berlaku.unid plak yang bernegotiate bagi pihak dia.kut kut la nak berdiri kat situ , at least buat muka kesian.Hantu betul.
tengah tengah kami berdua dalam konfuse sebab budak lelaki tu pun taknak berganjak , ada pompuan lain bagitau takper nanti bus stop kat sekian sekian baru tempat duduk ditentukan.yela dik, kalau sampai kat kulim baru nak decide nak duduk seat mana tak guna.at least decide awal awal , so ko boleh settle dekat seat ko dengan tenang.
last unid cakap,'okay, akak duduk dekat seat lain.in case, kalau tiba tiba yang naik nanti duduk sebelah akak tu lelaki kita tukar ya.'
budak tu angguk.so duduk la aku dekat kerusi lain sampai kat jalan duta, kebetulan yang naik tu lelaki.terus aku suruh budak yang duduk single seat tu replace tempat aku. mudah jer dia bangun kasi seat tu.
yang budak pompuan yang ambil seat aku tu buat derk jer tidur. dalam hati unid,'ko jangan bangun dan nak claim ni seat ko pulak.' kecik ati aku bukan sebab dia duduk seat aku, tapi sebab dia boleh buat derk jer macam takde apa apa berlaku.sudahnya aku yang terpaksa fight.orang luar mungkin nampak , eh akak ni kan garangnyer. well, at least better than diam and buat muka lembut tapi actually ambil hak orang.
dalam hidup ni memang ada orang yang ambil hak kita tapi rasa tak bersalah.kalau dia join dan negotiate sekali memang aku takkan marah.at least boleh plan duduk sesama , banyak jer solution kalau nak discuss.tapi ko decide ambik hak orang dan pretend macam takde apa-apa.orang lain pulak yang bersusah payah disebabkan ko.kalau orang cakap cantik tapi bimbo pandai pulak nak marah.
so sesapa yang jenis nak berjalan tapi tanak drive, duit minyak pun tanak totong atau jenis suka nak makan makanan orang, tapi makanan sendiri sorok tanak share. jenis malu nak bertanya(malu konon) tapi suruh orang lain tanya kan tanpa memikir yang susah payah orang yang tolong ko , sorry to say. anda termasuk dalam golongan begini.dan unid memang pantang orang macam ni.jenis jenis memanipulasi orang dan berlagak baik.biar garang asalkan tak nyusahkan orang.
Comments
Post a Comment