Sunday, July 2, 2017

Tok Timah

Selamat Hari Raya semua.Update sikit.

Unid plan balik raya 19hb June petang tapi 16hb pagi dapat berita nenek unid sebelah bapa[tok timah] sakit dan tak sedarkan diri.

Maka tukar plan, beli tiket 17 hb June.Serba salah juga nak bagitau member sekerja sebab unid cuti lama juga, tapi diorang cool.Maka 16 hb June unid kerja macam nak rak , especially hari tu deployment date.Sambil curi curi masak untuk berbuka sambil buat deployment.Aci la kan.Sebab tanak buat kerja halfway.

Esok 17hb pukul 6.45 pagi dah keluar rumah sebab nak chase tren ETS pukul lapan.Mujurlah LRT takde buat hal.Sampai sungai petani tengahari terus shoot ke rumah Tok Timah.Tok dah tak sedarkan diri.Sayu pulak sebab tak bercakap dengan dia.

Esoknya unid demam selsema, rasanya sebab tak cukup rest.Yang lagi sedih berjangkit pulak dengan anak menakan.So imagine la hidup kami, memang tak cukup tidur sebab nak jaga baby yang demam panas.

20 hb June , tok timah meninggal waktu pagi.Masa tu adik unid on the way nak buat medical check. Rezeki tok meninggal di bulan puasa pada umur 86 tahun.

Banyak kenangan unid dengan tok( nenek ) dan che(datuk) sebab masa kecik kecik unid banyak habiskan masa kat kampung. Main kat sungai, sawah dan macam macam la.Tok jenis yang suka menghabiskan masa dekat luar.Bercucuk tanam bagai. Bila dia sihat sikit penuhlah laman tu dengan sayur sayuran.

Masa kecik dia pernah masak pucuk paku dengan putih telur.Rasanya lemak lemak.Sekali dia bagitau tu bukan putih telur tapi OTAK LEMBU. Trauma jap unid..Unid memang tak makan otak apa -apa pun sampai sekarang.

Unid ingat masa unid tidur kat kampung , antara sedar tak sedar tok akan datang betulkan selimut dan kelambu.Masa tu tok tak aware unid jaga.Tapi tulah nenek mana tak sayangkan cucu kan.

Bila tengok balik gambar raya, takde satu pun yang unid tangkap masa beraya kat rumah tok timah.Dalam tak sedar mode nak bergambar takde masa beraya rumah che.Rindu tok dengan che.Moga moga roh mereka dirahmati Allah. Amin.


A post shared by unid's Adventure (@cheunid) on

No comments:

Post a Comment