Be My Eyes - Antara cara mudah nak jadi volunteer

Hari ini unid nak share pasal satu apps menarik. Unid install apps ni pada 26 June 2018 . Since then, it helps me to change perpective, my way of thinking. Moga-moga it can help you too.

Be My Eyes adalah apps yang dicipta untuk membolehkan kita membantu mereka yang kurang upaya melihat/buta. Konsepnya mudah jer, kita jadi mata mereka untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sehari hari.



Eh cam mana unid terinstall benda ni?

Biasalah aktiviti favorite adalah scrolling Facebook kan, so antara Feed yang lalu kat wall unid adalah Tedtalk berkaitan dengan apps ni.Masa tu lah unid Google Google dan install.

Founder of Be My Eyes ni mengalami penyakit Usher Syndrom. Dia masih boleh melihat tapi nanti lama-lama penglihatannya akan berkurangan. Jadi ayat yang buat unid rasa touching sangat adalah ,
"buat masa sekarang saya tidak memerlukan apps ini tetapi masa hadapan saya akan menggunakannya." unid translate jer dari English. Full story boleh refer sini .
Sejak unid install ini ada beberapa call yang unid attend. Mungkin lima setakat ini.Call yang pertama unid terima adalah dari seorang wanita yang bertanya sama ada baju yang digosok tu masih kedut ke tak. Panik tau sebab takde expectation how to use the apps tapi alhamdulillah berjalan lancar.

Ada yang call tanya food expired date. Yelah tin sardin tu kan ada expired date.
Ada yang nak confirm sama ada semua payment slip dia dah dapat belum.
Ada yang tanya nombor topup sebab nak reload kan pakai nombor.
Ada yang tanya verification nombor.
Ada yang hanya perlukan jawapan YA atau TIDAK.

Ada satu yang unid tak berjaya tolong, seorang pakcik yang nak try bagi computer dia berbunyi. Sebab computer tu mute. Struggle nak bagi arahan sebab dia tak nampak keyboard.Memang unid nangis jugak sebab takleh tolong padahal sebenarnya perkara tu takde apa pun.Pakcik tu relax jer, unid jer emo lebih.

Bayangkan yer, semua perkara tu kita lakukan tanpa berfikir pun tapi this is struggle for blind peoples.Tapi diorang keep fighting sedang kita terlupa nikmat mata yang Allah bagi ni antara nikmat besar.Mereka tak buang masa banyak dengan merungut tapi just do it. They accept their life with open heart.

Mungkin mereka yang kita tolong tu berterima kasih tak terhingga sebab kita dah tolong mereka tapi tanpa sedar mereka yang tolong unid tengok dunia ni dengan mata hati.

Mereka sebenarnya jadi mata hati unid untuk bersyukur walaupun perkara-perkara kecil sebab perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari tu adalah mungkin perkara-perkara besar bagi sesetengah orang.

Contoh paling senang sakit, bila sakit nak makan susah nak tidur susah nak mandi pun susah. Berapa lama kita sihat kita lupa nak bersyukur nikmat mandi, nikmat tidur dan nikmat makan.Siap merungut lagi bila hari ni makan kurang sedap.

Mereka jadi inspirasi unid bila menulis di NamakuNurindah, antaranya Huruf .

Moga bermanfaat.Terima kasih =)

Comments

Popular Posts