Private Investigator

Kawan saya baru baru ini kembali dari India dan terkandas hampir seharian di airport dek kerana menguruskan luggagenya hilang.Dia tahu luggagenya tertukar kerana ada satu luggage lain yang tidak diclaim.

Maka kami satu team di office bertukar menjadi private investigator (PI) meneka kenapa begnya boleh hilang?

Fakta yang kami ketahui dari kawan saya (mangsa)

Begnya diambil oleh si polan yang kita namakan mr X (confirmlah bukan nama sebenar) dan mr X meninggalkan begnya sendiri terkontang kanting di airport.
Dari situ pihak security airport membuat panggilan dan mengarahkan mr X untuk mengembalikan beg mangsa.ketika itu mr X sudah pun meninggalkan airport.

Adakah beg itu sama tidak berlabel?
beg mangsa berbeza model dan warna dari beg mr X dan berlabel pulak tu

Mengikut pendapat mangsa
'saya rasa dia betul betul terlupa dan ini menjadi pengajaran kerana dia disoal siasat oleh pihak security airport sebab ambil beg yang bukan miliknya.malah mr X mengatakan dia tergesa-gesa nak balik'

Baik betul mangsa ni, tapi kami the  PI Team tidak berpuas hati sebab macam tak logik sahaja.

ada antara ahli PI meneka yang mr X buta warna. Akan tetapi beg itu juga berlainan jenama dan model.Nampak gayanya mr X bukan sekadar buta warna jer.
banyak ahli PI yang mengatakan(takde sapa kata, tapi penulis sekadar memandai) mungkin sindiket dari segi kerlingan mata masing-masing sebab dah takde reason kut untuk mr X mengheret begnya.Nak sebut 'SINDIKET' terus ke muka mangsa rasa macam choii sangat.

jika mr X tergesa-gesa dan asal capai jer beg, maka nasihat penulis kat mr X
'lain kali balik jer terus takyah susah tunggu beg keluar dari flight pastu nak heret bagai.balik dulu esok baru ambil daripada pejam mata dan capai beg yang salah.satu hal pulak nak pulangkan balik.'
Rumusan , tidak seorang pun dari ahli PI berjaya menyelesaikan kes tapi keesokan paginya salah seorang ahli PI  bertanya kepada  mangsa kerana tiba-tiba rasa tak puas hati.Mungkin ahli PI ni mendapat mimpi yang berbeza malam tadi.

'what is your luggage brand?'
'samsonite'
'what is mr. X luggage?'
'I am not sure, it has this symbol bla bla...' ahli PI terus berhenti bertanya.

Hummmmm....

Comments

Popular Posts