Pelaburan masa senang
Selamat bercuti semua.
Saya sampai KL hari Rabu malam dan sepatutnya hari Khamis saya mula kerja. Akan tetapi awal pagi Khamis lebih kurang pukul tiga pagi saya bangun berkejar ke tandas muntah-muntah.
Pagi Khamis lembik namun saya macam terfikir mungkin saya mampu bekerja *mungkin tak larat tu just my feeling only* almaklumlah firstday nak masuk kerja akan tetapi sebaik saja sampai di LRT station saya mula rasa penat dan loya.Dalam keadaan panik samada sempat tak sempat saya berpatah balik dan muntah di rumah.Mujur mujur.Tak dapat bayangkan tiba-tiba saya jatuh tengah jalan *drama*
Lembik. Saya cuma mampu bangun ke tandas sahaja.Bangun saja melelong pening.Terfikir nak call grab tapi sumpah penat sangat.Otak saya memang tak berhubung. Takut perut kosong dan memang takde idea nak makan apa, saya letak epal sebelah katil untuk dimakan tanpa saya tahu actually epal kurang bagus untuk dimakan untuk situasi saya sebab boleh trigger gastrik.
Saya tidur mati dan sedar sedar dah petang. Mujur member bawa ke klinik petang tu. Doktor dah geleng kepala sebab lambat datang klinik jadi dia bagi MC dua hari untuk recovery.Lagi geleng kepala bila dia tahu saya cuma telan sebiji epal.
Sepanjang 4 hari since Khamis saya tak buat banyak perkara melainkan tidur dan tidur.Tu la kan kalau nak jadi punca sakit. Salah makan *tatau salah makan apa sebab saya tak rasa saya lahap sangat pun* semuanya setakat makan sikit sikit sahaja boleh menyebabkan minggu saya miserable.Terfikir saya bagaimanalah orang yang sakit lagi teruk.Tabah betul diorang.
Cuma saya terfikir sesuatu, cara hidup saya rutin harian saya diuji masa saya sakit.Perkara yang simple seperti makan pun susah.Dah makan muntah pula, jenuh cari idea macam mana nak isi perut sebab perut tentulah takleh kosong tapi bila berisi dia keluar pula.Walhal saya muntah dah tak keluar apa-apa pun, cuma air kosong jer.Padahal waktu sihat,kita cuma terfikir ikut lidah jer takde pula terfikir samada elok untuk perut ke tidak.
Ada satu time tu elok solat masuk rakaat kedua muntah. Nak nangis pun ada sebab bukan senang pening pening nak berjalan ambil wudhu. Nak solat pun susah, sedang hari biasa tak perlu fikir pun. Kalau boleh solat waktu sakit memang rasa syukur sangat.
Ada waktu yang saya sempat ke tandas bila nak muntah , ada yang tak.Saya muntah dalam tong sampah bilik dan mujur sekali tong sampah bilik tu bersalin plastik elok.Bila diingatkan inilah hari saya sakit teruk selepas saya dimasukkan hospital last time.Yang itu lagi siksa sebab dengan beg air nak bawak masuk toilet.So sakit kali ini saya masih lagi senang nak mencuci dan ambil wudhuk.
Masa ni saya terfikir tentang lima perkara sebelum lima perkara yang selalu orang sebut sebut.Contoh, orang kata masa sakit baru kita tahu siapa kawan baik kita atau siapa tak.Tapi kalau sepanjang kita sihat kita tak ingat nak berkawan, lupakan saja tentang samada mereka patut ada atau tidak masa kita sakit.Kalau jaga silaturahim masa kita sihat inshaaAllah adalah kawan nak mendoakan waktu sakit. Kalau waktu sihat buat perangai cam haram, waktu sakit - sakit la lebih sikit.
Sama seperti rumah bersih dan kemas.Waktu sakit rasa bersyukur sangat sebab toilet bersih, bilik kemas. Bilik memang berselerak sedikit tapi disebabkan waktu sakit tak terdaya nak jaga tapi bayangkan kalau kita tak mengemas dan biarkan ianya kotor waktu kita sihat.Tentulah bilik yang kotor bertambah kotor, takkan nak harap orang lain nak kemaskan.Bilik air tentu berdaki dan berlumut, kalau muntah silap hari bulan usus pun nak keluar.Bertuah kalau ada orang nak tolong bersihkan tapi lagi senang orang nak jaga kalau keadaan dah terjaga dari awal lagi.
Rutin harian samada elok ke tak jarang nak diuji waktu senang, akan tetapi akan teruji waktu susah.Terngiang-ngiang tazkirah kat tv, kalau lidah dan hati sentiasa ingat Allah waktu sihat moga moga waktu kita nazak kita masih boleh ingat.Sebab kalau waktu sihat kita lupa, agak agak lancar ke kita nak mengucap waktu sakit.
Jadi peringatan untuk diri sendiri, jaga silaturahim , jadi pembersih dan jadi baik waktu sihat terutamanya supaya waktu kita sakit, saat mood kita tak okay kita boleh lagi jadi baik.

Sentiasa memperbaiki diri terutama waktu senang moga moga waktu susah ada penolong.
Comments
Post a Comment