Kenapa saya tidak seperti orang lain?
Baru-baru ini aku mendaftar sebagai ahli di Perpustakaan Negara.Sangat gembira walaupun sedikit kecewa apabila aku terpaksa keluar mencari buku di Wisma Sejarah apabila buku-buku yang terdapat di Perpustakaan Negara tidak boleh dipinjam.Bagi aku yang pertama kali mungkin terasa sedikit payah apatah lagi sudah biasa dengan perpustakaan universiti yang pada pandanganku lebih tersusun.
Aku meminjam beberapa buah buku antaranya “Why Can’t I Learn Like Everyone Else?Youth with Learning Disabilities by Shirley Brinkerhoff.
Buku ini mengisahkan Charlie yang pada mulanya tidak menyedari ketidakupayaannya.Dia sering bertekad akan berusaha lebih gigih lagi.Ketika di tadika dia seperti kanak-kanak lain boleh mengenal ABC dan menyanyikannya.Masalah bermula ketika dia masuk ke Gred 1 di mana dia perlu membaca.Dia tidak sempat mengenalpasti perkataan di atas kertas, seperti perkataan tersebut bergerak-gerak di atas kertas. Dia cuba memberitahu gurunya dan reaksinya adalah, “Perkataan di atas kertas tidak bergerak Charlie.” Maka dia bertindak mendiamkan diri sahaja.
Oleh itu aktiviti membaca dengan kuat menjadi satu penyeksaan baginya.Sebelum tiba gilirannya untuk membaca Charlie cuba sedaya upaya untuk mengenalpasti bahagiannya.Murid-murid yang lain mula mentertawakannya dan membuatkannya terasa sangat bodoh.
Ayahnya pengidap dyslexia. Bekerja sebagai penghantar roti dan bangga dengan pekerjaannya yang mampu menampung kehidupan mereka berdua.Ayahnya bijak berkebun, mengetahui tentang burung-burung dan pelbagai lagi tetapi ketidakupayaannya membaca membuatkannya seperti dipenjara.
Ayahnya selalu membawa pulang buku-buku bergambar dan menyuruh Charlie membacanya.Charlie mereka-reka cerita dan ayahnya dengan bangga berkata,”Kamu buat ayah bangga.Suatu hari kamu boleh ajar ayah membaca.”Charlie bertambah kecewa dengan dirinya.
Charlie sedaya upaya menyembunyikan kelemahannya dari bapanya .Dia mengupah seorang rakan untuk menolongnya dengan kerja sekolah. Perkara ini berlarutan sehinggalah ayahnya mengahwini Janet.Janet suka membaca dan ini menyebabkan kehidupan Charlie porak peranda.Sejak Janet hadir hidup Charlie menjadi tidak keruan apatah lagi Janet mengesyaki ada yang tak kena dengan anak tirinya.Ada ketika Janet menyuruhnya mengambil surat dan membahagikannya mengikut keutamaan, menyuruhnya membaca sedang Charlie sedaya upaya mengelakkan diri.
Hubungan Janet dan Charlie tidak begitu baik sehinggalah akhirnya Charlie sedar bahawa ibu tirinya sedaya upaya menolongnya.Apatah lagi ibunya pernah mengidap dyscalculia.Janet mahu Charlie sedar dan menanganinya lebih awal sebelum terlambat.
Buku ini sangat menyentuh hati dan informatif.Setiap bab diselang dengan penerangan mengenai “Learning Disorder” antaranya dyslexia : ketidakupayaan membaca, menulis dan mengeja, dysgraphia: ketidakupayaan menulis, dyscalculia : ketidakupayan melakukan matematik dan pelbagai lagi.
Semasa aku di sekolah rendah terdapat seorang murid lelaki yang agak lembap dari segi pembelajaran.Kadang-kadang aku sendiri terasa aneh, mengapa budak itu terlalu lembap terutama apabila cikgu menyuruh membaca perenggan.Dia terkial-kial mengeja (itu pun dengan bantuan guru) padahal kami sudah berada di darjah empat seingat aku.Dia boleh menyebut huruf-huruf tetapi apabila guru bertanya,”Jadi bunyinya apa?”Dia terdiam dan bingung.Dia dimasukkan di kelas B.Budaknya berkulit cerah, normal, tiada ciri-ciri sindrom down jadi aku dengan mudah menyimpulkan budak itu malas belajar.
Aku belajar di sekolah kampung di mana kemudahannya agak terhad.Aku tergolong dalam murid yang agak pintar jadi kelembapan sebegitu membuatkan aku terasa aneh.Yalah, semuanya belajar dengan cara yang sama, mengapa masih ada budak yang terlalu jauh ketinggalan.Bagaimanalah kehidupannya sekarang.Harapnya baik-baik sahaja.
Setelah membaca buku ini aku berasa bersyukur dengan kenormalan otak aku.Di luar sana ada banyak yang menderita.Kebanyakannya mereka yang mengidap penyakit ini digelar bodoh dan selalu berakhir dengan kesusahan.Apatah lagi membaca adalah keperluan di masa sekarang, jika tidak bagaimana hendak membaca arah jalan.
Di Malaysia, terutama di kampung aku percaya mereka tidak terdedah dengan penyakit ini.Ibu bapa mungkin dengan senang akan berkata,” Ah …anak aku bodoh seperti aku juga.” Tanpa menyedari ketidakupayaan ini wujud dan boleh diwarisi.Padahal mereka yang mengalami keadaan ini mempunyai tahap kecerdikan yang normal malah boleh mencapai taraf genius.Mereka cuma memerlukan kaedah yang lain daripada orang lain.
Dikatakan pengambilan dadah semasa mengandung, ketidakstabilan genetic boleh membawa kepada “penyakit” ini (aku tidak tahu hendak memanggilnya apa).Kepada anda yang membaca blog ini, bersyukurlah kerana anda masih lagi sempurna.
Unid: Kelemahan aku matematik, walaupun rajin macam mana pun paling tinggi aku dapat adalah D cukup-cukup makan. Tapi aku yakin yang ini disebabkan kedunguan diriku sendiri.
Antara yang boleh dirujuk : http://www.ldanatl.org/ ; http://www.ltcconline.net/marinelli-laster/

Comments
Post a Comment