Hadiah untuk abah

Skuter abah kena curi beberapa bulan yang lalu.Pastu abah naik basikal saja nak pegi memana.Tayar selalu pancit dan memacam lagi lah.Aku tau abah nak sangat beli motor tapi duitnya tak cukup.

Setiap kali tengok orang tua kayuh basikal mesti aku ingat abah.Aku kumpul duit.Pastu emak dan adik cakap diorang masuk share juga nak beli moto untuk abah.

Lega.At least takde la lama sangat nak tunggu aku simpan duit.Mungkin orang akan cakap napa tak buat pinjaman je.Aku tanak.Sebab aku tak suka nak buat pinjaman especially untuk orang lain sebab aku tak tahu apa yang jadi di masa depan.Biarlah miskin asalkan bebanan hutang keluarga tak banyak.

Abah dah excited nak dapat motor baru.Moga dia happy.Aku tak rapat sangat dengan abah.Malah jarang sangat bercakap.Selalu guna mak sebagai pengantara saja.Sebab?.Mungkin aku memang tak rapat dengan abah.Kalau nak diselidiki puncanya nanti jadi lain pula.

Tapi aku sayang abah.Tak kira macam mana, dia abah aku.Tak kira my life like hell still I need to thank him for giving me life.

Aku harap suatu hari nanti, jika aku berpeluang jadi ibu, anak-anak aku akan faham bahawa ibu mereka hanyalah manusia biasa yang selalu tersilap

Comments

  1. Insya-Allah Unid. Kalo kite mampu menyayangi orang, orang pasti akan sayangi kite balik walau seburuk mana pun kite. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts