If I feel stupid
Memang aku teringin nak belajar banyak benda.Berenang, bahasa baru dan pelbagai lagi despite of my bz hour (cam artist pulak).Nak dijadikan cerita aku pun berminat dengan satu pusat tuisyen ni.Tapi kelasnya hanya boleh dibuat jika pelajar-pelajarnya memenuhi bilangan quota yang ditetapkan.Takper la, aku pun masukkan namaku di dalam category yang berminat.
Dan hari ini,saat-saat yang ditunggu-tunggu sudah tiba.Aku mendapat panggilan daripada pusat tuisyen tersebut.
“Dah lama kami menghubungi cik, tapi cik tak angkat.”Katanya.
Ok.Memang ada dua miscal dua hari lepas yang tak sempat aku jawab.
Aku diberitahu kelas akan bermula Sabtu ni.Then aku tanya pasal bayaran.Maka dia menjawab bayaran penuh sebanyak RM350 perlu dibuat pada hari pertama kelas which mean Sabtu ni.
Wow..aku seolah-seolah diberi masa kurang dari seminggu untuk mengumpul duit.
Aku katakana padanya gaji aku masuk dua tiga hari selepas kelas, boleh tak aku bayar ansur-ansur, half pada first class then pada hari yang aku masuk gaji.
“Oohh..boleh.Tapi cik kena bayar RM400 sebab kalau ansur-ansur kami kira RM400.”
Fuh.Terdiam sejenak aku.Kalau gitu aku rugi RM50 hanya kerana lambat dua tiga hari.Aku makin tak faham kenapa sistemnya begitu.Dahla aku diberitahu dalam masa kurang seminggu.Lepas tuh kalau nak bayar lambat sikit kena penalty RM50.
Aku rasa diperbodohkan.Bukannya aku tak ada duit.Ada, tapi dalam simpanan yang memang aku malas nak ambil.Humm..kalau aku yang masih ada duit pun terasa macam ni, tambah la lagi kalau orang yang tak ada duit.Mana nak korek.
Aku bertanya pasal waktu kelas.
“Buat masa sekarang kami buat waktu malam.”
Huh.Jawapan yang meragukan sebab aku pernah diberitahu mereka tentang masalah jadual guru yang bertentangan dengan jadual mereka.Kemungkinan besar jadual tu akan berubah lagi dan waktu tu aku dah terikat dengan bayarang yang dibuat, masalah tu.
“Tak apalah.Saya tak berminat.”Aku menolak.Sedikit kecewa.
Dia cuba mendesak aku.
“Kalau saya bayar lambat dua tiga hari saya rugi RM50.”Aku memberitahunya.
“Umm.”Dia bersetuju, seperti dia sedar yang kat sini sebelah pihak sahaja yang bakal rugi iaitu aku.
“Maaflah, saya tak berminat.”Dan begitulah akhirnya.
Aku untung RM400.Dia rugi RM350.Dan aku terlepas kelas yang memang aku tunggu-tunggu.
Mungkin aku bodoh but even stupid girl hate to feel stupid.
p/s:Bakal cikgu renang aku sakit dan aku sangat kecewa.
Comments
Post a Comment