Diet

Okay...saya bukanlah penggemar kopi asalnya.Dekat rumah, hanya abah saya jer minum kopi yang lain sume teh.Saya pun sangat suka teh, especially waktu petang.Kalo tak minum petang rasa missing plak tapi itu hanya berlaku di rumah.

Di office, semenjak saya berkhidmat di tempat baru ini saya sudah terkena symptom ketagihan.Ketagihan kaffein.Ketagihannya hanya berlaku di office sahaja atau senang cakap waktu weekdays jer, weekend I become tea person.

Apatah semenjak adanya coffee maker yang jahat tu, lagilah ketagihan ini menjadi-jadi.Latte or mocahinno (tak sure spelling betul ke tak-bantai jer).Especially kalo saya sedang memerah otak.Tapi saya perasan juga, saya susah nak tidur even tidur pun mesti terjaga.Adakah ini bahana kaffein?

Hari ini saya teguk coffee sampai ke petang.Sekarang saya rasa system saya nervous, tak termasuk dehydration lagi.Masa masuk Guardian tadi dok usha-usha barang, saya terfikir, tak guna saya survey produk apa yang paling baik kalau pemakanan saya tak jaga.Kan? Kan? So mulai detik ini saya akan start diet kopi.Teh takleh, teh masih dimaafkan walaupun berkaffein, aci tak?Alaa ..minum teh waktu weekend jer pun. Kita ganti ngan  minuman lain,  back to Milo, owh ... maybe can try Horlick.

Jangan ada sesapa pula nak belanja unid kat coffee bean. :)

Comments

Popular Posts