Tragedi 11 September

Emak ada sms yang Abi dah seminggu tanak makan.Bagila aper pun, dia tanak.Habis kuat dia minum air.Jadi emak cuma bagi air glukos kat dia.

Sabtu tengahari, Unid balik.Tengok bulu dia dah kuncup dan penyek.Petanda dia tak sihat.Tapi dia still boleh jalan dengan lemah longlainya.

Unid beria beli barli, emak rebus.Nak bagi Abi minum sebab Abi ada problem dengan kidney.Dia takleh makan ubat langsung, maybe sebab dua bulan sebelum ni dia terlantar lumpuh dan makan banyak ubat.Tapi dia langsung tak mahu.

Malam tu, adik belanja kfc.Abi datang cium-cium.Unid try bagi, tapi dia refuse.Semua makanan termasuk catfood tuna favorite dia.Sebelum ni walaupun dia sakit terlantar dia still makan, tapi sekarang langsung tanak.

Unid belai-belai dia, mata dia layu tak bersinar cam dulu.Rasa cam ajal dia makin dekat, tapi susah nak terima hakikat.

Ahad pagi, unid angkat dia letak dia kat tepi.Dia dah sangat lemah, mata dia buka tapi seolah merenung jauh.Unid tengok bekas tidur dia, air yang semalam yang Unid suapkan keluar balik.Kencing dia sedikit jer.

Kemudian dia mengerang nazak.Unid takut nak tengok.Adik angkat Abi and letak balik dalam raga.

Unid nampak dia sakit.Sakit sungguh, ekor dia mengembang.Sesekali dia mengerekot.Takutnya.Emak pesan tak elok tengok and kacau kucing tengah nazak.Biarlah, kata emak.Jangan ditambah lagi sakitnya.

Tak lama kemudian Abi mati.Sedih.Pagi tu juga kami simpan.Rasa sunyi sangat, selalu weekend balik cari Abi dulu.Abi bukanlah sihat macam kucing lain.Banyak masa digunakan untuk merawat and jaga dia.Ajar dia berjalan, suapkan makan minum and main sekali.

Tapi Abi sangat kuat semangat, dia berjaya sihat beberapa hari sebelum dan semasa raya.Malah kami bawa dia beraya sekali and dia sangat excited.

Unid cuma fikir, mungkin Allah mahu pinjamkan dia sampai hari raya.Dia sakit dah lama, malah jika difikirkan patutnya sudah lama dia mati tapi ditakdirkan umur dia panjang juga sampai raya.Rindulah kami dengan keletahnya.

Abi, thanks for all the happiness that you brought.We miss you

Comments

Popular Posts