Auto mode

Kenapa tak cuba cara ini? Saya tunjukkan code saya
Ini kan hard code.Dia merenung pelik dan tidak percaya.
Saya renung balik code saya, juga tidak percaya.Seperti budak darjah satu punya code.Sangat bodoh dan tak menyelesaikan masalah langsung.
Dia ketawa.
Anggaplah ini lawak petang.Saya cuba menutup malu.

Pernah tak anda rasa keliru?
Keliru yang sangat keliru sehingga otak seperti berhenti berfungsi.Rasa seperti kemanusiaan hilang dari diri anda.Yang tinggal cuma tubuh kosong tanpa akal.

Perasaan yang pelik yang menyebabkan saya hilang dari diri.Pertama kali?Saya hilang kawalan.Cepat-cepat saya mengemas pulang.Waktu memandu, saya cuma berdoa supaya tidak kemalangan.Kerana saat ini, pengendalian tubuh saya adalah auto mode!

Comments

Popular Posts