Bengang lagi!

Lately mood saya swing.Bukan tiap-tiap hari ke?Tiap-tiap hari, tapi this month lagi swing.

Bukan sebab banyak kerja , tapi sebab sikap certain people yang saya rasa saya takleh tahan.Boleh tak kita just break or judge someone based on our assumption?Tataulah kalau boleh.Tapi seeloknya , and rasanya tak patut.

Contoh, kita rasa orang tu tak suka kita, then kita putuskan hubungan dia padahal kita assume.So far orang layan kau baik, tapi kau assume diorang hipokrit.Boleh ke cenggitu?

Itulah situasi yang berlaku sekarang.Dulu bukan main baik, semua masalah tuang kat saya.Saya pun dengan baik hatinye menadah telinga, bagi semangat.Tiba-tiba di suatu hari yang tenang, saya notice perangai dia berbeza , asal ajak keluar jer tanak.So saya koreklah, of course saya memang jenis terus terang tanya kenapa?

Then she said something like this, "You just be good to me because you want to use me."

Ahaks.Nak mengamuk ke nak gelak?Sekali saya terfikir, why the hell I want to use her? Dia kaya ke? Bijak pandai ke? Rasanya selama ni dia yang selalu mengadu masalah dekat saya, tiba-tiba takde angin takde hujan, dia rasa dipergunakan.Eh..patutnya saya lah terasa diguna-gunakan.

Then tiba-tiba dia bring out benda-benda yang langsung tak logik akal.Contoh, saya just ajak dia lunch because saya tanak makan seorang.Yup, saya akui.Tapi saya jarang gila menolak ajakan dia nak lunch dengan saya compare dia yang menolak.Tapi saya diam.Malah sehingga last day, I talked to her, I am telling her that I am wearing braces, having difficulty to eat but if nak lunch sama, you can ask me out.Tapi dia menolak , then I try to investigate why at last, terkeluar lah semua benda dari dalam hati dia selama ni.

Tup-tup, issue saya selalu dengan team saya.Eh apa kes ni? Saya keluar dengan team saya rasanya tak sampai sepuluh kali.Dan dah kata keluar dengan team, takkan sesuka hati kau nak ajar member ko sendiri join the club.Buatnya boss nak belanja ke aper ke, tak ke fasal-fasal kena consider engkau sekali.Aci kerat jari ,if you have discussion /lunch/dinner/event ngan team kau, kau nak ajak saya sekali ke?

Then she listed out, all the thing that she assume about me.So you just mad and want to turn on cheek to me because of that your assumption.

Yang paling hangat hati, sikit-sikit  kataTuhan di pihak dia.Aduh, rasa cam pantang orang guna perkataan Tuhan untuk tempat yang salah.

Saya cakap kat dia, Tuhan beri awak kawan, so peliharalah kawan-kawan anda.Tapi dia dengan selambanya cakap ohh... tak perlu, cukuplah Tuhan baginya.

Bila saya cuba betulkan tanggapan dia, bahawa sebelum kita sesuka hati guna perkataan Tuhan memihak sebelah siapa baik kita check diri kita , dia dah naik angin.Dengan selambanya dia cakap, ayat kamu harus dibetulkan.Kata dia sinis mau menyindir saya "Saya tahu Tuhan di sebelah mana, awak yang perlu tahu." Siap bagi last word kat saya.


Okay , bila dah guna perkataan Tuhan ni saya diam.Saya diam sebab saya takut saya tersalah sebut ke aper ke kang tak fasal jadi dosa lain, lagipun dia dah mention last word, macam serius jer dia nak berpatah arang dengan saya .Biarlah dia nak fikir apa, tapi bukankah syak wasangka tu dosa.Saya cam confuse dengan pegangan dia.Rasanya kalo orang tu betul-betul alim, dia takkan sesuka hati nak cari gaduh.
Malah kalau boleh dia nak elakkan bergaduh.

Saya panas hati sebenarnya bukan sebab dia.Tapi saya rasa sangat lawak dan bodohnya manusia termasuk saya , putus hubungan atas sebab yang tak masuk akal.Untuk mengelakkan ketegangan berlaku, sekarang saya mengambil langkah berdiam diri.Biarlah masing-masing dengan haluan masing-masing.

p/s: Dalam hati sedih, sebab rupanya sepanjang persahabatan orang itu buruk sangka terhadap saya.Humm..mungkin petunjuk rasanya ni :P


Comments

  1. ha... da tau petunjuk, tayah nak moody lelame la yer...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts