Bisik pada langit
Aku jarang nak ajak orang tengok movie.Kali ni setelah melihat review, menggoogle trailer maka dengan senang hatinya aku mengajak kawan-kawan tengok movie ni.
Alasan :
Malam Sabtu aku bersama sama housmate aku pergi Melawati Mall dan sebelum masuk wayang aku pergi tarik sikit tisu toilet.Aku tak bawak tisu, aku takut aku nangis so aku ambil sikit tisu toilet.Yelah dah tagline pun #matamasukhabuk, aku tanak la guna tudung lap hingus dan air mata.
Masa tengok tu , housemate aku nangis, aku pun nangis tapi makan popcorn tak berenti.Housemate aku confuse tengok aku .Nak buat macammana,sedih tu memang lah sedih tapi hidup mesti diteruskan . Ada budak seat atas tersedu-sedu nangis. Giler la cerita ni.Masa aku view seat kat online macam banyak kosong,sekali hall penuh.Penuh air mata panggung ni.
So ini review aku.
Aku seriusly nak paksa semua orang tengok.Rasa macam nak bawak mak aku tengok sekali, haih watak mak dalam cerita ni mengingatkan aku kat mak aku.
Janganlah risau walaupun korang akan menangis dekat hall sebab kesudahan cerita ni takkan membuat anda patah hati selama-lamanya.Korang akan rasa berbaloi dengan setiap titisan airmata korang tu 😆.Bila dah tengok tu jangan lupa bagi tau aku .Aku nak tau gak pendapat korang pasal cerita ni.
Nah trailer.
Bye.
Alasan :
- Review yang sangat baik dan rasional.Setakat ni review pasal filem ni best.
- Aku dah tengok trailer, buat research (google jer pun) dan aku memang nak tengok movie ni.
- Pelakon mantap dan real. Aku tatau nak explain macam mana ni, cuma aku lagi prefer pelakon pelakon yang muka macam orang yang kebanyakan aku jumpa.Bukannya super handsome, super lawa , cantik ni subjektif tapi kan aku rasa sangat tak real kalau pelakon tu perfect sangat.Faham ke?
- Jalan cerita yang memang terjadi di sekeliling hidup kau.Okay berapa kerat lah orang miskin giler tapi muka cantik giler lepas tu kahwin dengan jutawan yang sembang sembang juta juta tapi kat office asyik risaukan awek jer?Tak banyak kan? Tapi cerita tulah yang bersepah sepah kan?Aku suka cerita simple simple tapi deep.
- Dalam hati aku memang doa supaya cerita ni best supaya aku boleh tukar perspektive aku tentang filem tempatan.Lagipun kau dah beria ia ajak kawan sekali masuk wayang tup tup cerita tak best.Terkilan jugakla kan.
Malam Sabtu aku bersama sama housmate aku pergi Melawati Mall dan sebelum masuk wayang aku pergi tarik sikit tisu toilet.Aku tak bawak tisu, aku takut aku nangis so aku ambil sikit tisu toilet.Yelah dah tagline pun #matamasukhabuk, aku tanak la guna tudung lap hingus dan air mata.
Masa tengok tu , housemate aku nangis, aku pun nangis tapi makan popcorn tak berenti.Housemate aku confuse tengok aku .Nak buat macammana,sedih tu memang lah sedih tapi hidup mesti diteruskan . Ada budak seat atas tersedu-sedu nangis. Giler la cerita ni.Masa aku view seat kat online macam banyak kosong,sekali hall penuh.Penuh air mata panggung ni.
So ini review aku.
- Aku suka jalan cerita ni. Memang boleh relate dengan kehidupan kita.Kalau kau rasa takde relationship pun aci potong bawang mesti kau tau ada orang yang hidupnya relate dengan kisah ni.
- Sarat dengan pengajaran.Cerita ni takde hero tau, semua watak dalam cerita ni takde baik giler atau buruk giler.Contoh, seorang bapa yang protective sangat dengan anak perempuan dia sampai lupa anak anak lain.Tapi dia bukannya bapa kejam tak bagi makan kat anak lain ke apa, dia jalankan tanggungjawab tapi macam terlupa ada ketidakadilan dalam menjalankan tanggungjawab tu.Lepas tu dalam keluarga ni buruk baik macam mana pun, bila orang luar kacau keluarga kita kita akan marah.Contoh, adik kau buruk macam mana pun kau jer boleh maki hamun dia, orang lain tak boleh.Ishh... susah nak cerita,senang cerita tengoklah sendiri.
- Cinematografi (aku tak sure term ni betul ke tak) tapi itu antara yang aku selalu take note bila aku tengok movie.Bagi aku susunan scene dia memang cantik.
- Pelakon dia memang superb... adeh watak mak, watak adik, watak Hajar, watak abang, bapa iskk..
- Bila habis tu kau akan perasan banyak hint yang boleh answer 'why?' at the end of story.Sampai aku rasa macam nak tengok lagi boleh, nak study hint pulak kali ni.
Aku seriusly nak paksa semua orang tengok.Rasa macam nak bawak mak aku tengok sekali, haih watak mak dalam cerita ni mengingatkan aku kat mak aku.
Janganlah risau walaupun korang akan menangis dekat hall sebab kesudahan cerita ni takkan membuat anda patah hati selama-lamanya.Korang akan rasa berbaloi dengan setiap titisan airmata korang tu 😆.Bila dah tengok tu jangan lupa bagi tau aku .Aku nak tau gak pendapat korang pasal cerita ni.
Nah trailer.
Bye.
Comments
Post a Comment