Code

Lebih kurang pukul dua petang tadi unid berkira kira nak upload code yang lama diketepikan untuk sementara waktu dek kerana ada task lain yang memerlukan perhatian lebih.Sekali cari file,file tu hilang.PANIK!

Memang hilang terus.Unid renung jer screen laptop tu dengan rasa tak percaya.Folder tu takde backup, seriusly macam tak percaya dengan diri sendiri.Selalu unid alert, organize malah siap remindkan orang lain supaya buat backup selalu tapi hari ni unid dapati folder ni takde backup langsung.THIS IS NOT SO ME.Memang rasa macam nak hentak dahi kat keyboard.

Code tu memang takde kat Production sebab code baru.Sebelum ni ada kat UAT tapi UAT refresh baru baru ni.Yang lagi kelakar dan tak boleh blah 'sayer lah yang refreshkan UAT Sandbox tu' dan MATI MATI unid ingat unid backup dulu sebab itu procedure sebelum refresh UAT. Sekarang folder tu takde, yilleekkkk.

````GIGIL```

Kalau tak jumpa kena perah otak dari mula, dah tu code yang lama tu dah siap cun melecun.User siap approve tapi suruh simpan tepi dulu.Bila dia kata ON terus deploy takyah pikir-pikir.Satu hal pulak nak suruh dia confirm lagi sekali.

Memang selamat diri sendiri kena maki dengan unid.

"Unid , you are so organize, so particular so fussy kenapa benda macam ni boleh lepas??" &*^$&#$^&#!!!

Suasana tegang ini diburukkan pulak dengan Eclipse hang, frozen madly deadly.Asal bukak ,klik kat file jer hang, padahal sebelum ni okay jer.Restart banyak kali, sama gak still keras kejung.Unid syak sebab Java update baru baru ni dan unid syak Eclipse refresh code from server tak function dan menyumbang kepada masalah ni.Banyaklah syak wasangka.Unid configure Eclipse, tak jalan,Nak hang jugak.Ingat nak guna function Search kut kut nasib baik.Oh, lantaklah unid dah takde masa nak configure ko, nanti guna Notepad jer dulu.

Try cari file guna Window search pula tapi sekali return unknown error.Eh eh korang hari ni berpakat nak kenakan aku eh?Memang sedaplah satu laptop ni kena maki dengan unid.WTH with you guys!!!

credit . Unid tambah drama jer =)
Okay,kelihatannya unid tak ada pilihan melainkan :

  1. Maki diri sendiri ,masuk bilik kunci pintu dan menangis.Tak tipu tadi menitik jugak air mata  ni atau
  2. Pergi lepak dan lupakan apa yang berlaku.Senyum tak perlu kata apa apa... 

Mula mula selepas maki diri sendiri rasa memang nak tidur jer.Tapi tak kira apa pun  pilihan di atas code tu nak kena siapkan juga.Takkan unid nak bagi senyuman mesra pula bila user mintak deploykan code tu kan?Dahla deadline dekat ni.

Jadi nak tak nak, kena hadap jugak.Maka dengan hati yang berat unid cari balik implementation note.Implementation Note  cuma listkan configuration dan simple deployment step.Rasa ralat juga buka note ni sebab note ni bukti yang code tu berfungsi dengan baik tapi sekarang code tu takde.Tapi takpalah tak perlu buang masa nak fikir nama class kan.Bersyukur juga sebab ada disiplin buat implementation note.

Buka Notepad ++ , start nak buat pseudocode. Sambil tu buka DEV sandbox untuk upload sekali DING!!! Allah Maha Kaya code unid ada kat DEV sandbox.Walaupun unid tak berapa pasti samada code itu berfungsi dengan sempurna tapi ada.Sekurang-kurangnya unid tak perlu perah otak dari mula.

Dari pukul dua sampai pukul empat tadi unid menggigil cari code tu tapi langsung tak terlintas nak cari kat DEV sebab jarang guna DEV sandbox tu.Memang bersyukur dan berterima kasih kat unid dari masa lalu sebab terpikir nak upload code tu kat DEV dan secara tak langsung menyelamatkan unid masa sekarang yang sedang biul ni.Terima kasih ya Allah.

Terus sambung kerja macam biasa.Sedar tak sedar dah pukul enam nak masuk pukul tujuh.Terus shutdown laptop, penat sungguh hari ni.Penat kena maki.

Nota:

  • Manusia ni kan walau sesempurna mana pun mesti ada silap kan.Unid fikir unid dah well prepared dengan kejadian kejadian macam ni tapi kalau nak jadi dia akan jadi juga.
  • Bersiap sedialah sentiasa sebab kalau terjadi benda buruk pun, ianya takkan menjadi terlampau buruk.
  • Sabar... jangan contohi unid okay 
Bye.💗





Comments

Popular Posts