Cuti Deepavali 2017

"Unid jom kita jogging esok.Kat taman yang I suka tu, Botanical Garden." Kawan unid beria mengajak semalam.

"Alaa... malaslah.Esok mesti jamm.KLCC  park okay?Naik LRT ja." Unid meramalkan hari ni mesti jam sebab rumah berdekat Batu Caves.Sempena Deepavali mesti ramai yang nak pergi sembahyang kan.Tapi muka dia ala ala kecewa sedikit sebab office dia kat KLCC kan, haruslah KLCC tempat yang ingin dijauhi pada waktu cuti.

Sebelum tidur teringat yang unid pernah masuk ke Taman Tasik Perdana melalui Muzium Negara dan unid nampak ada jambatan dari KL Sentral ke arah Muzium Negara.

Maka pagi pagi seusai solat Subuh terus unid ketuk pintu bilik kawan."Nak jogging tak?"

"Nak!!." Rasa macam hari Sabtu padahal hari ni hari Rabu, cuti Deepavali.

Untuk ke Muzium Negara dari KL Sentral kena melepasi MRT. Tak perlu naik MRT tapi kena masuk stesen MRT Muzium Negara which will cost you 80 cent. Balik nanti pun sama, so think like you pay toll to use the way.

Alang-alang lalu kat dalam persekitaran muzium ni of course la akan ada foto sekeping dua kan.
Ni replika bas mini.
Comel color pink, kecik pulak tu.

Unid tak jogging pun actually, just buat workout sikit-sikit sambil jalan-jalan.Kaki tak berapa nak kuat so memang lately unid kurang berjogging.Unid just cari tempat yang sesuai dan ikut workout dari Youtube.Nanti unid share my workout haul lately.

Thank you flower for working hard and make us happy.
Thank you Allah for these beautiful gift.

Kat Taman Tasik Perdana ni semua tempat cantik.
Semua nak bergambar, terlupa jap tujuan asal nak bersukan

Berenti kejap makan mee goreng dekat cafe yang kat situ.Sedih betul, mee dia terasa kapur dan kering."Macam dari plastik terus masuk kuali."Komen member unid.

Mati selera nak makan, risau kut kut betul mee tu tak basuh.Nak makan nasi lemak , teringat nasi lemak hari tu pedas giler.Rasa sedih pun ada juga sebab masak langsung macam tak ikhlas.Unid bukanlah orang yang cerewet tapi mee goreng tu rasanya memang tak kena dengan tekak sesiapa pun.Sedih kan bila meniaga asyik fikir duit saja.

Lepas pusing seround, kami decide nak pergi Tesco.Yela kan dari masuk station jer kena charge 80 sen baik terus naik MRT ke Tesco dengan alasan nak cari plastik container yang colorful macam hari tu.Naik MRT ke stesen Mutiara Damansara.Stesen ni berdekatan dengan The Curve, Tesco Extra dan IKEA.Dengan badan berpeluh tu terus pergi lepak shopping complex kan.

Masa nak bayar container tu sekali lagi cashier buat silap.Beberapa bulan yang lalu masa unid beli container yang sama, kesilapan yang sama juga berlaku.Begini,container tu sebiji RM16.40 tapi ada promotion beli dua free satu.So unid ambil tiga.Bila scan dia still kira harga untuk tiga container.Instead of RM32.80 jadi RM49.20

Unid dah bagitau dekat cashier tu, dia reply ya macam faham jer.Tapi bila tengok total harga jadi RM60 lebih.Terperanjat kejap.Unid confirmkan dekat dia, ini beli dua free satu tau sambil tunjuk resit.

"Ya.Tu kan tolak kat resit tu." Dia tunjuk resit, memang dekat resit ada minus tapi harga yang bayar tak minus. Tak confident dengan diri sendiri,Unid ke tepi sekejap, bawak keluar handphone terus tekan calculator. Total harga container RM32.80 campur ubat gigi dan campur sponge badan.Harga betul RM 40 lebih jer, tak sampai RM50.Terus unid pergi dekat cashier tadi kirakan.Dia cakap,ohh silap.sila pergi kat customer services.

Menonong lah kami berdua ke customer services, macam biasa nak kena tunjuk jalan kira juga.Kalau sekadar tunjuk resit memang macam tak jalan sebab dia akan pointkan kat statement yang minus tu.Kawan unid menyampuk,"Hari tu dia beli benda sama, kejadian yang sama terjadi.Kenapa eh?"

"Ohh.. maybe cashier scan cepat cepat kut."jawab staf kat situ. Nada suara tu macam perkara perkara begini lumrah jer.Curiga pula hati ini.

Balik rumah, unid terfikir balik. Macam mana boleh silap sebab dua kali unid bagi tahu cashier tu.Masa sebelum dia scan, dia reply kat unid yang dia aware.Kali kedua bila unid found out resit tu salah, dia point kat statement minus free produk kat resit.Itu yang membuatkan unid terdiam dan berhenti ke tepi untuk kira balik.Mujur unid beli barang sikit.

Tengok resit ni, macam mana tiga container dah selamat masuk tapi dia scan kali keempat.Kiranya macam unid beli empat container.Maka unid nasihatkan korang, be careful. Make sure log kan harga kat calculator handphone so at least ada estimate berapa harga patut bayar. Kalaulah unid shopping banyak tadi mungkin ini tak perasan yang unid rugi RM16.40 tau.Mujur jugak otak ni berfungsi dengan baik hari ni.Selalu blur jer memanjang.Berkat bersukan kut.

Sampai rumah pukul satu, terus mandi,solat dan buat projek mengemas rumah iaitu bilik unid dan ruang tamu.Unid susun buku letak dalam container.Hari tu beria ria  nak buat reading corner kat ruang tamu tapi rumah jenis mudah berhabuk walaupun almost everyday sapu.Cuma buku buku takdela nak kelebek everyday.Nak selamat simpan terus dalam kotak.Meja antik unid pindahkan ke ruang tamu dan masukkan meja study kat bilik unid.

Kawan unid masak lunch.Lauk sikit tapi beria ajak unid makan.So makanan yang sikit tu kami share, syukur sangat sangat.Lepas makan sambung mengemop dan jemur baju.Tau tau dah masuk Asar.Cepat betul masa berlalu kan.Tapi lega sebab rumah dah kemas.Rumah bersih punca kelapangan fikiran.Kalau serabut tu cuba kemas rumah.Mesti rasa lega lepas tu kan.

Proper sikit my work space

Semua selamat masuk dalam kotak.
Ada barang-barang yang nak kena recycle dan
 dipulangkan kat tempat yamg sepatutnya

Sekarang baru sempat update blog.Hopefully korang pun enjoy cuti hari ni, esok kerja ya.Jangan lupa pula.

Bye.Jumpa lagi!💗




Comments

  1. Cantik betul bunga2 tu time kembang. I slalu jogging situ tak pernah lg singgah tgk bunga2 tu. Self note: singgah lain kali. Thanks unid!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts