Bukit Tinggi , Padang 2017 :Part 1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini unid nak share pengalaman unid di Bukit Tinggi, Indonesia pada 19-22 Ogos 2017.Dua bulan baru nak kuar cerita kan? Ishh...ishh....*Tepuk dahi sendiri*
Unid bahagikan kepada dua bahagian sebab entri panjang sangat.Unid kan suka membebel.Dua tiga muka surat tak cukup, jadi sebelum anda kelabu mata dan naik hantu sebab kena scroll lebih baik unid buat dua bahagian.
Sebenarnya unid tak terfikir nak pergi ke Indonesia lagi kerana awal tahun ini unid baru sahaja explore Lombok. Jadi ingatkan nak berehat sekejap dari pengembaraan ke Indonesia tapi ditakdirkan tiba tiba member ajak pergi.
Percutian kali ini unid simpulkan bukan adventurous sebab ke mana mana dengan supir.Jadi mungkin sesuai untuk orang yang tak suka kerenyahan atau yang travel bersama famili.Cumanya bersupir atau travel agent ni kurang adventurous.Yelah, dah pergi mana mana pun supir bawakkan.Semua story yang kita dengar dari supir, restoran atau kedai pun supir yang recommendkan.Kalau kita tak study lagi teruk, ikut jer supir. Berhenti kat satu spot selfie sikit done.Sesuai untuk mereka yang tak nak perah otak study bagai.
Unid buat itenari lepas tu cari supir, jadi takdelah rasa macam tak belajar apa-apa.Kalau nak bersupir ni seeloknya beramai ramai.Kalau berdua memang sakit sikit sebab dia kira harga satu kereta plus upah dia bawa.Kereta paling kecik pun Avanza.Ye lah sapa nak buat bisness dengan kereta kancil kan.Last setelah ditolak dibahagi kami pilih Aldi.Harga dia paling berpatutan buat masa sekarang.
Lepas makan , duduk kat sofa dan terlelap.Bangun jer pukul 6 so terus pergi solat.Yang paling best, disebabkan ada masalah teknikal kami berpeluang stay dalam Premium Louge tu PERCUMA. Rezeki kan.Mula mula my friend plan nak belanja sekali dua dua dapat free =)
Nota :
19 Ogos 2017-Sabtu: KLIA2 to Minangkabau Airport
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Padang hanya mengambil masa lebih kurang sejam. Kami berlepas pada pukul 7.50 am (KUL) dan mendarat pada pukul 8.00AM(Padang). Perbezaan masa adalah sejam.
Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau adalah kecil jadi tak perlu risau berlari lari kerana gate tak banyak.Pemeriksaan immegresen mudah walaupun ramai orang.Masa sampai Aldi dah tunggu dekat airport.Dekat luar tu ramai supir yang tunggu.Kalau nak adventure , boleh saja ambil supir kat sini.Bas DAMRI pun ada.
Kami plan tengok Batu Malin Kundang sebelum ke Bukit Tinggi sebab masih lagi pagi.Kedudukan airport lebih kurang berada di tengah-tengah antara Padang dan Bukit Tinggi.Disebabkan kami menginap di Bukit Tinggi , maka kami merancang untuk explore Padang pada hari pertama.
Malin Kundang ni mengisahkan anak yang derhaka kerana tak nak mengaku ibu kandungnya.Dek kerana patah hati, ibu Malin Kundang menyumpahnya menjadi batu.Cerita menarik dari supir.
Lepas tu kami terus ke hotel.Hotel De Kock Cafe member unid book. Hotel ini lokasinya sangat strategik. Dekat dengan masjid, Jambatan Limpapeh,Jam Gadang, Lubang Jepun(Lobang Jepang). Boleh dikatakan semua walking distance.Bilik air dia bersih , katil queensize.Lengkap tv dan water heater.Hotel ini boleh dikatakan hotel bajet. Total kami bayar lebih kurang IDR1110000.Cuma yang kurang best adalah di bawah adalah bar.Pada waktu malam ada liveband. Agak bising.Lagi satu tangga hotel ini tangga besi gitu.Jadi susah juga nak naik turun especially kalau ada barang.Hotel ini tidak sesuai untuk orang yang morning person,sebab bila nak keluar waktu pagi nak kena kejutkan staf sebab nak buka pintu.Pengurusannya kurang memuaskan.Jadi unid tak mencadangkan hotel ini especially bagi family.Tapi kalau aim just nak tidur dan murah, takde masalah.Nasi goreng dia boleh tahan.Cuma untuk harga sebegitu mungkin ada hotel lain yang lagi bagus.
Bila supir tu hantar kami kat hotel banyak kali dia pesan kalau nak keluar bagitau dia.Tapi kami penat sangat mungkin sebab malam tadi tidur tak nyenyak.Memang tidur lena betul.
Nota:
Tapi memang luas okay, sejauh mata memandang.Kami berhenti sekejap sahaja sebab kami ke Danau Biru.Danau Biru yang kami nak pergi ni jauh,malah supir kami pun tak pernah sampai ke situ lagi.Dia ada jugak la berhenti untuk tanya orang dan call kawan dia tanya arah.Memang unid sengaja letak Danau Biru dalam itenari sebab cantik.Jadi rasa nak check betul ke cantik sebab setakat ni jarang jumpa blog pasal Danau Biru.
Jalan ke situ agak teruk sebab tak bertar.Unid onkan Google Map so far alhamdulillah Google Map tunjuk jalan yang benar.Mula mula was was jugak sebab jalannya agak di luar jangkaan.Tapi takde lah teruk sangat pun.Bila sampai rupanya ada jer orang kat sana.
Cantik, memang biru. Kawasan ini kawasan kuari.Tempat pengeluaran arang batu.
Kat sini kami makan bekal kami.Puas hati sebab ke Danau Biru ni.Kalau ikut hati unid,memang nak turun tengok kat bawah.*Menyesal pun tak guna*
Lepas makan terus kami bertolak.Unid takde apa dalam plan because dalam itenari cuma Danau Singkarak dan Danau Biru.Unid tak expect kami ada masa nak berjalan lagi tapi rupanya awal lagi. Jadi Zainal bawa kami ke Istana Pagar Ruyong.Mujurlah dia bawa sebab rugi kut kalau ke Sumatera Barat tapi tidak ke Istana Pagar Ruyong.Ini tempat penting bagi orang Minang.
Istana Pagar Ruyong terbakar banyak kali.Antara yang paling latest pada tahun 2007. Jadi istana sekarang bukanlah yang asli.Orang cakap istana yang dulunya lagi besar.Susah unid nak bayangkan sebab sekarang pun unid rasa dah besar.Cuma barang barang kat sini tak banyak sangat dan unid sangat sure sebelum ni mesti lagi banyak.
Hari ini unid nak share pengalaman unid di Bukit Tinggi, Indonesia pada 19-22 Ogos 2017.Dua bulan baru nak kuar cerita kan? Ishh...ishh....*Tepuk dahi sendiri*
Unid bahagikan kepada dua bahagian sebab entri panjang sangat.Unid kan suka membebel.Dua tiga muka surat tak cukup, jadi sebelum anda kelabu mata dan naik hantu sebab kena scroll lebih baik unid buat dua bahagian.
Sebenarnya unid tak terfikir nak pergi ke Indonesia lagi kerana awal tahun ini unid baru sahaja explore Lombok. Jadi ingatkan nak berehat sekejap dari pengembaraan ke Indonesia tapi ditakdirkan tiba tiba member ajak pergi.
Percutian kali ini unid simpulkan bukan adventurous sebab ke mana mana dengan supir.Jadi mungkin sesuai untuk orang yang tak suka kerenyahan atau yang travel bersama famili.Cumanya bersupir atau travel agent ni kurang adventurous.Yelah, dah pergi mana mana pun supir bawakkan.Semua story yang kita dengar dari supir, restoran atau kedai pun supir yang recommendkan.Kalau kita tak study lagi teruk, ikut jer supir. Berhenti kat satu spot selfie sikit done.Sesuai untuk mereka yang tak nak perah otak study bagai.
Unid buat itenari lepas tu cari supir, jadi takdelah rasa macam tak belajar apa-apa.Kalau nak bersupir ni seeloknya beramai ramai.Kalau berdua memang sakit sikit sebab dia kira harga satu kereta plus upah dia bawa.Kereta paling kecik pun Avanza.Ye lah sapa nak buat bisness dengan kereta kancil kan.Last setelah ditolak dibahagi kami pilih Aldi.Harga dia paling berpatutan buat masa sekarang.
18 Ogos 2017-Jumaat : Tidur di airport
Oleh kerana flight waktu pagi, langkah paling selamat adalah berada di airport pada malam hari sebelumnya.Unid naik Skybus dari KL Central.Masa unid explore KLIA2, banyak sebenarnya tempat yang kita boleh tidur contoh CAPSULE.Harga untuk semalam taklah mahal sangat kalau share. Kami tak boleh nak tidur jadi banyak bermain dalam airport.I think around 4 am, member nak cuba diskaun voucher untuk Plaza Premium Lounge. So untuk pertama kalinya unid merasa duduk di lounge.Dalam tu ada makanan, bilik tidur,shower dan kemudahan lain.Nasi lemak dia sedap.Ramai pulak orang makan nasi lemak kat situ.Cukup lemak dia dan sambal dia pun sedap.Lepas makan , duduk kat sofa dan terlelap.Bangun jer pukul 6 so terus pergi solat.Yang paling best, disebabkan ada masalah teknikal kami berpeluang stay dalam Premium Louge tu PERCUMA. Rezeki kan.Mula mula my friend plan nak belanja sekali dua dua dapat free =)
Nota :
- Dapatkan tidur yang cukup kerana tidur cukup sangat mempengaruhi mood.Share dengan member untuk book hotel kat airport kalau perlu bermalam di sana.
- Study penting samada backpack atau pakai travel agent.Itu tujuan mengembara kan, mencari ilmu.Study sebelum pergi ke sesuatu tempat untuk kita kenal tempat itu lebih dalam dan mengelakkan kita berbuat sesuatu yang berlawanan dengan budaya.
19 Ogos 2017-Sabtu: KLIA2 to Minangkabau Airport
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Padang hanya mengambil masa lebih kurang sejam. Kami berlepas pada pukul 7.50 am (KUL) dan mendarat pada pukul 8.00AM(Padang). Perbezaan masa adalah sejam.
Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau adalah kecil jadi tak perlu risau berlari lari kerana gate tak banyak.Pemeriksaan immegresen mudah walaupun ramai orang.Masa sampai Aldi dah tunggu dekat airport.Dekat luar tu ramai supir yang tunggu.Kalau nak adventure , boleh saja ambil supir kat sini.Bas DAMRI pun ada.
Kami plan tengok Batu Malin Kundang sebelum ke Bukit Tinggi sebab masih lagi pagi.Kedudukan airport lebih kurang berada di tengah-tengah antara Padang dan Bukit Tinggi.Disebabkan kami menginap di Bukit Tinggi , maka kami merancang untuk explore Padang pada hari pertama.
Malin Kundang ni mengisahkan anak yang derhaka kerana tak nak mengaku ibu kandungnya.Dek kerana patah hati, ibu Malin Kundang menyumpahnya menjadi batu.Cerita menarik dari supir.
- Malin Kundang asalnya seorang anak yang baik.Dia sangat bijak berniaga, jika dia menjual segala keuntungan akan diberi bulat bulat kepada orang tuanya.Tidak mementingkan diri sendiri.Malin adalah bahasa Minang yang bermaksud alim. Jadi jangan terkejut kalau dalam perjalanan ada kedai bernama Pak Malin kerana malin bermaksud alim.
- Dek kerana kemiskinan, Malin Kundang bertekad untuk mengubah nasib keluarganya.Walaupun berat , ibu Malin merelakan keinginan anaknya.Dikatakan akhirnya Malin berjaya sampai ke satu kepulauan yang subur tanahnya kemungkinan Malaysia.Maka Malin berusaha keras sampai berjaya. Dan dia mengahwini anak gadis orang besar di situ.Kerana malu dengan asal usulnya, Malin tidak pernah menceritakan tentang keluarganya walaupun si isteri sentiasa memujuk kerana ingin tahu.
- Sehinggalah satu saat dia berlayar ke tempat asalnya.Ini menurut supir, mungkin dia berlayar kerana ingin menunjukkan kepada isterinya tempat asalnya.Pada fikirannya ibu bapanya mungkin sudah meninggal dunia.
- Akan tetapi ibunya masih lagi hidup, setiap hari ibu ini menunggu di pelabuhan kalau kalau Malin Kundang sudah pulang.Saat ibu tua ini mengecam wajah anaknya, excited dia nak berjumpa anak tetapi waktu itu Malin sangat malu untuk mengaku wanita tua yang miskin itu ibunya walaupun isterinya berkata, jika itu ibu kamu , megakulah.Akan tetapi Malin keras hati dan akhirnya disumpah oleh ibu yang patah hati.
Okay, itu cerita yang unid dapat dari supir.Jangan pula anda ambil cerita unid sebagai fakta ya, cerita itu mengikut pemahaman unid ya, unid nak share jer.
Batu Malin Kundang terletak di Pantai Air Manis.Pantainya tak sebiru pantai di Lombok. Malah arca kisah Malin Kundang juga menjadi tempat pembuangan sampah.Sedih juga melihat tempat yang kaya dengan sejarah tetapi kotor.
Rasa macam makan sate dengan kuah mee jawa.Tapi kecik.Jujur unid cakap mahal lagi dari sate sini. |
Durian yang dicampur ais kerim. Masa makan unid dah terfikir balik rumah boleh try buat. Ais kerim campur dengan durian. |
Lepas tu kami mencari simcard.Unid beli XL macam kat bawah. Harga IDR25.000 . Dengar cerita dekat airport mahal, so carilah dekat kedai kedai topup.Beli ada benda ni mudah sikit nak berhubung.Sebab tu unid boleh buat live kat Facebook =)
Kemudian kami ke Air Terjun Lembah Anai.Air terjun ni berada di tepi jalan on the way nak ke Bukit Tinggi.Mula mula unid bayangkan bolehlah unid berendam tetapi memang tidak sesuai sebab air terjun ni bukan berada di dalam hutan.Ianya betul betul di tepi jalan.Sekadar celup celup kaki sahaja.
Dah celup celup kaki sikit, terus kami ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM) .Terus solat jamak kat sini.Lepas tu makan nasi dekat Pak Datuk, restoran padang.
Makan kat sini. Sorry tak sempat snap gambar makanan. Gambar bumbung makanan jer yang unid sempat. |
Bilik yang kami book ada balkoni. Perasan tak bumbung Minangkabau yang menghalang pemandangan. |
Bilik air bersih dan water heater berfungsi dengan baik. |
Nota:
- Bergaul dan bertanya dengan orang tempatan adalah lebih baik dari menghakimi tanpa menyiasat.Ada masa kita perlu berhati hati.Jadikan pengembaraan anda happy tanpa perlu meletakkan debat politik, perbandingan budaya yang tidak sihat.
20 Ogos 2017- Ahad:Danau Singkarak,Danau Biru, Istana Pagar Ruyung
Seriously tidur lena semalam tapi still bangun Subuh.Sini syuruk 6.15 cik kak oii.Terang benderang.Unid dapat tahu inilah waktu Malaysia di zaman dahulu.Bukan dari segi bila cerah dan gelap.Tetapi dari segi jam.Waktu Malaysia ditukarkan mengikut waktu Kota Kinabalu pada tahun 1981 untuk menyeragamkan waktu Malaysia.Dan sebenarnya ini bukanlah pertama kali waktu Malaysia ditukar, waktu kita pernah juga ditukarkan semasa pemerintahan Jepun mengikut waktu Tokyo.
Jadi bila orang kata jam melayu lambat, mungkinkah ia merujuk masa kita yang dilewatkan. Rujuk PERUBAHAN WAKTU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
Macam biasa unid akan bangun awal dan merayau rayau kawasan.Selepas Subuh, ada ceramah berkumandang dari masjid yang berdekatan.Muka muka orang kat sini sama seperti orang Melayu kita.Malah nama pun.Jadi susah nak beza mana satu pelancong dari Malaysia dan Indonesia di sini.Lepas tu kami singgah dekat sebuah gerai.Unid makan lontong dan kawan unid makan nasi uduk dan kopi O. Harga lebih kurang IDR32.000 .
Balik hotel lebih kurang pukul 7 pagi. Budak budak yang bekerja kat situ masih lagi tidur dekat kerusi.Mungkin penat sebab hotel ni waktu malam baru hidup.Ada pekerja perempuan masakkan nasi goreng tapi sebab kami dah makan kami bungkus nasi goreng tu.Itulah faedah kalau bawak tupperware =).
Kami naik dan bersiap untuk trip seterusnya.Kali ini supir bernama Zainal menjemput kami pukul 8.00 pagi.Ini salah satu ciri yang membuatkan unid suka dengan supir ni sebab on time.Kalau supir tak on time tak ke sakit hati.Baik naik public transport kan.
Kami ke Danau Singkarak dahulu.Untuk pengetahuan Danau Singkarak adalah danau yang terbesar di kepulauan ini.
Waktu unid pergi tu mungkin pagi lagi jadi tak ramai orang, unid pun tak sure adakah tempat yang kami berhenti tu tempat yang sepatutnya pelancong berhenti atau supir just berhenti sahaja kat tepi mana mana danau tu?Bila dah balik sini rasa macam lain pula pemandangan Danau Singkarak ni.Mungkin sebab banyak bahagian lain yang best atau masa kami pergi tu sangat pagi jadi orang belum lagi lepak kat situ.
Seriously tidur lena semalam tapi still bangun Subuh.Sini syuruk 6.15 cik kak oii.Terang benderang.Unid dapat tahu inilah waktu Malaysia di zaman dahulu.Bukan dari segi bila cerah dan gelap.Tetapi dari segi jam.Waktu Malaysia ditukarkan mengikut waktu Kota Kinabalu pada tahun 1981 untuk menyeragamkan waktu Malaysia.Dan sebenarnya ini bukanlah pertama kali waktu Malaysia ditukar, waktu kita pernah juga ditukarkan semasa pemerintahan Jepun mengikut waktu Tokyo.
Jadi bila orang kata jam melayu lambat, mungkinkah ia merujuk masa kita yang dilewatkan. Rujuk PERUBAHAN WAKTU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
Macam biasa unid akan bangun awal dan merayau rayau kawasan.Selepas Subuh, ada ceramah berkumandang dari masjid yang berdekatan.Muka muka orang kat sini sama seperti orang Melayu kita.Malah nama pun.Jadi susah nak beza mana satu pelancong dari Malaysia dan Indonesia di sini.Lepas tu kami singgah dekat sebuah gerai.Unid makan lontong dan kawan unid makan nasi uduk dan kopi O. Harga lebih kurang IDR32.000 .
Balik hotel lebih kurang pukul 7 pagi. Budak budak yang bekerja kat situ masih lagi tidur dekat kerusi.Mungkin penat sebab hotel ni waktu malam baru hidup.Ada pekerja perempuan masakkan nasi goreng tapi sebab kami dah makan kami bungkus nasi goreng tu.Itulah faedah kalau bawak tupperware =).
Kami naik dan bersiap untuk trip seterusnya.Kali ini supir bernama Zainal menjemput kami pukul 8.00 pagi.Ini salah satu ciri yang membuatkan unid suka dengan supir ni sebab on time.Kalau supir tak on time tak ke sakit hati.Baik naik public transport kan.
Kami ke Danau Singkarak dahulu.Untuk pengetahuan Danau Singkarak adalah danau yang terbesar di kepulauan ini.
Waktu unid pergi tu mungkin pagi lagi jadi tak ramai orang, unid pun tak sure adakah tempat yang kami berhenti tu tempat yang sepatutnya pelancong berhenti atau supir just berhenti sahaja kat tepi mana mana danau tu?Bila dah balik sini rasa macam lain pula pemandangan Danau Singkarak ni.Mungkin sebab banyak bahagian lain yang best atau masa kami pergi tu sangat pagi jadi orang belum lagi lepak kat situ.
Tapi memang luas okay, sejauh mata memandang.Kami berhenti sekejap sahaja sebab kami ke Danau Biru.Danau Biru yang kami nak pergi ni jauh,malah supir kami pun tak pernah sampai ke situ lagi.Dia ada jugak la berhenti untuk tanya orang dan call kawan dia tanya arah.Memang unid sengaja letak Danau Biru dalam itenari sebab cantik.Jadi rasa nak check betul ke cantik sebab setakat ni jarang jumpa blog pasal Danau Biru.
Jalan ke situ agak teruk sebab tak bertar.Unid onkan Google Map so far alhamdulillah Google Map tunjuk jalan yang benar.Mula mula was was jugak sebab jalannya agak di luar jangkaan.Tapi takde lah teruk sangat pun.Bila sampai rupanya ada jer orang kat sana.
Cantik, memang biru. Kawasan ini kawasan kuari.Tempat pengeluaran arang batu.
Cantik kan manusia yang dekat di hati tu. |
Lepas makan terus kami bertolak.Unid takde apa dalam plan because dalam itenari cuma Danau Singkarak dan Danau Biru.Unid tak expect kami ada masa nak berjalan lagi tapi rupanya awal lagi. Jadi Zainal bawa kami ke Istana Pagar Ruyong.Mujurlah dia bawa sebab rugi kut kalau ke Sumatera Barat tapi tidak ke Istana Pagar Ruyong.Ini tempat penting bagi orang Minang.
Istana Pagar Ruyong terbakar banyak kali.Antara yang paling latest pada tahun 2007. Jadi istana sekarang bukanlah yang asli.Orang cakap istana yang dulunya lagi besar.Susah unid nak bayangkan sebab sekarang pun unid rasa dah besar.Cuma barang barang kat sini tak banyak sangat dan unid sangat sure sebelum ni mesti lagi banyak.
Kami solat kat situ.Kat mana mana sahaja di sini surau dan masjid ada.Jadi tak ada masalah nak solat.Cuma tirai kat dalam masjid atau surau is not woman friendly.Ada yang tempat wudhuk pun bercampur.Setakat ini kat mana mana tempat masjid di Indonesia konsepnya terbuka.Jadi pandai pandailah korang.
Lepas tu berenti kat kedai kain sebab member unid nak shopping kain.Unid tak reti beli kain ni, seriously kalau unid beli jer mesti tak kena so unid duduk diam diam jer hahaha. Serik sebab banyak kali beli selalu tak sesuai.
Keluar dari kedai kain pun dah gelap, so kami pergi makan terus. Balik dan tidur untuk pengembaraan seterusnya.
Nota:
- Naluri masa pengembaraan sangat kuat dan jangan ambil ringan.Solat jangan lupa.Doa musafir sangat mudah makbul.Jangan tinggal solat hanya kerana kita travel walhal tujuan kita travel adalah kerana Allah.
Bersambung di Bukit Tinggi , Padang 2017 :Part 2
Comments
Post a Comment