Challenges

"Nur, I noticed that in your KPI you are not good describing challenges.I know you did a lot of amazing and challenging stuff but you are not good enough describing your challenge in KPI form.You make your task look like easy peasy.You face a lot of difficulties such raining, crocodiles while paddling the boat but when I read your description it seem like you have romantic evening!"

Da... saya ingat lagi kata-kata boss saya ketika meeting beberapa tahun dahulu.Dia seorang programmer maka dia faham apa yang saya dah buat dalam kerja. contoh render chart dynamically - berapa biji chart akan digenerate mengikut element dalam account, kalau account tu ada satu element maka satu chart bersama dynamic calculation akan automatically display. system synchronization *err saya tak reti explain-sorry* dan handle user  requirement yang pelik-pelik.Bagi mereka yang berpengalaman, mereka faham bidang kerja saya.Ianya tidak semudah Google, copy dan paste. Tetapi memerlukan research, berfikir... dan berfikir.Itu yang membuatkan saya tak berapa 'on earth'  *sewel dalam erti kata lain* sangat mungkin.

"saya buat kerja susah nampak senang." (bagus)
"saya tak pandai bercerita tentang kesusahan"(perlu diperbaiki)

Melihat cabaran sebagai bukan suatu kesusahan adalah sesuatu yang bagus.Tetapi tidak pandai bercerita dan berkomunikasi apabila saya berada di golongan manusia yang kadang-kadang judgemental akan menyukarkan keadaan.

Contoh, saya mendengar rungutan dan rungutan.Jika saya ingin menasihat maka buah paku keras seperti akan dipulangkan seperti :

"takpela kerja kau tak sesusah kerja aku."
"aku takleh work flexible macam kau."
"takpela kau banyak masa."
"takpelah, keluarga akak tak bermasalah macam keluarga saya"

Kadang-kadang saya tak perlu nak buka suara pun.Mereka sendiri yang berkata direct to face ,"untung lah boleh work from home." tanpa mengambil kira apa yang perlu dikorbankan untuk mendapat sesuatu.

Tak apalah dengan manusia yang judgemental.Saya yakin saya boleh pekakkan telinga dan butakan mata.Tetapi apabila saya berjumpa kawan-kawan yang dalam kesusahan yang inginkan pertolongan saya sukar berkongsi.Namun inshaAllah saya ini pendengar yang baik.*boleh simpan rahsia* =)
Saya ingin belajar bercerita dan mendengar dengan baik kerana saya yakin saya boleh tolong ramai orang.

Emak saya apabila kami ditimpa kesusahan.Ayat yang selalu dikatakan adalah,"jangan risau.ada jalan ni.ada orang lagi susah dari kita."

Kadang-kadang punya nak bagi tahu orang lain lagi susah dari kami dia akan membandingkan kami dengan rakyat negara lain atau orang yang sakit sampai nak mati.

"Kita susah nak belajar jer sebab tak cukup duit, ada orang nak hidup pun susah.Duit banyak tapi takleh nak rawat sakit.Lagi susah."

 Walaupun kadang-kadang saya jadi annoy.Sikit-sikit orang lain lagi susah.Kalau tak dapat orang, lembu pun dia guna buat perbandingan.

"Lembu yang takde otak tu pun Allah bagi dia berusaha untuk hidup.Apatah lagi kita ni manusia."

Hoh...saya rasa annoyed, nak marah pun ada, nak gelak pun ada.Sampai hati mak bandingkan dengan lembu.Hu hu.

Pernah saya call dia lepas habis exam, mengadu tentang soalan susah.*comelnyer la saya kan*

Dia jawab,"takpe Along dah usaha dah.InshaaAllah boleh."

"Tapi Along tak baca buku pun."

"Along jawab soalan tak?"

"Jawab."

"Hah..tu kira usahala tu.Jangan risau."

Gitteewww...kalau sebelum exam kau nak main-main memang siap.tapi bila perkara dah lepas, ianya lepas.mak saya cool gitu.

keyword :
bila kita susah jangan risau ada orang susah dari kita.tapi jangan duduk saja, kena usaha.bila dah usaha berserah.

tak kiralah walaupun kita nak mati sekalipun, kita masih beruntung.Konsepnya gitu.Melihat hikmah dalam setiap perkara.

apabila diuji susah, ingat ada orang lagi susah.jangan fikir kitalah yang paling susah dalam dunia ni.setiap orang ada masalah dan Allah itu Maha Adil maka setiap kesusahan hambanya adalah setimpal.Nabi Nabi paling diuji tetapi mereka paling disayang Tuhan.

setiap kesenangan sesorang tu Allah bagi ada ujian dan nikmatnya.ianya tidak semudah buat A dapat A atau buat B dapat B.Kadang-kadang kita dilorongkan ke jalan A tidak menuju ke A akan tetapi ke C atau mungkin C.1, C.2 .C.3.

contoh :
 kita diuji dengan ibu bapa yang mencabar.memang susah anak yang sepuluh nak jaga ibu bapa sebab ianya bukan diukur kuantiti.kalau anak-anak degil boleh dihukum atau dihantar sekolah.kalau ibu bapa?nak suruh dia pakai baju yang kita bagi pun susah.disimpannya baju tu untuk special day yang entah bila.*haih*
mungkin kita tak dapat membetulkan ibu bapa kita sampai bila-bila tapi iman kita makin bertambah.Walaupun pada akhirnya ibu bapa kita tak berubah pun tapi iman kita makin tinggi.Itu yang sebenarnya tujuan Allah menghantar ibu bapa yang mencabar untuk setengah anak-anak kat dunia ni.

Jika kita sedih dan kita tahu kita bersedih, pujuklah hati kita.Baca buku buku yang baik, mendengar perkara-perkara yang baik, keluar bergaul dengan kawan-kawan yang baik.

Saya tidak mahu menyedihkan hati jika hati sudah hati sedia sedih.Maka saya perlu pujuk hati dengan perkara-perkara yang perlu seperti belajar bersyukur atas perkara-perkara yang kecil.Membaca alquran dan melihat cabaran dari pengalaman Nabi-Nabi.Memakai baju cantik-cantik atau seringkas senyuman.

Menjadi seorang yang ceria bukan senang kerana ianya soal hati.Tetapi ianya tak mustahil kerana perlu latihan dan latihan.

Apa yang saya perlu saya ubah
- belajar berkomunikasi dan bercerita detail tentang cabaran saya.Di sini bukan bercerita untuk merungut tetapi bercerita untuk berkongsi.Jika ada orang mengetahui jalan saya, mungkin mereka dapat memperbaiki perjalanan mereka.

- belajar bersyukur always. belajar bahawa hidup ini bersama Allah jadi buruk dan baik itu adalah ujian untuk memperbaiki diri.Perkara buruk jika dilihat sebagai teguran akan menjadi titik perubahan.

- sedia membantu yang lain dalam menjalani hidup.terdapat dua jenis manusia.ada yang memang hendak dibantu dan ada yang tidak mahu dibantu.Bantu mereka yang hendak dibantu.Bersedekah pada orang yang memerlukan dan menggunakan duit itu ke jalan yang baik dan menggalakkan mereka berusaha.Jangan bersedekah pada orang yang berjudi atau minum atau sesiapa yang kita tahu tidak menggunakan bantuankan ke jalan yang berfaedah.

Jika sesiapa ada tips untuk improvekan communication dan bantu saya untuk bercerita verbally terutamanya silalah bagi.

Moga bermanfaat.

unid






Comments

  1. I’m loving this post. Muhasabah diri dibuatnya. Thanks unid :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts