Rutin yang tunggang terbalik
Ahhh aku jarang tidur siang tapi tadi tertidur lepas Asar.Aku bangun masa azan Maghrib.Waktu solat sekarang awal, maghrib pukul 6.58 pm . Pening kepala sekejap.Sekarang aku takleh tidur.Tak tidur siang pun susah nak tidur apatah lagi bila tertidur siang, lagi la susah nak tidur.
Tutup lampu baca buku tak jalan.Lagi buat otak aku berpikir pulak.Last-last alang-alang dah tanak tidur sangat meh sini update blog.Padan muka sapa suruh tak ngantuk.
Hari ni aku keluar jogging dengan member dekat Taman Tasik Perdana.Selalu kalau weekend memang aku akan cuba cari tempat jauh sikit untuk jogging dengan syarat bangun awal la.Aku kalau terbangun lambat still lagi keluar pergi park tapi jalan bersantai-santai ler sebab tak kuasa nak berpanas-panas.sekarang pukul lapan pun panas melainkan kau berlari dalam hutan.
Member bawak aku makan lontong kat Alfiyah Lontong, ramai juga orang beratur makan kat situ.Tengahari makan lunch kat Tiga Budak Gemuk.Aku punya itenary utama hari ni makan jer kut.Perkara-perkara lain yang aku buat cuci toilet dan kemas sikit barang.Rutin aku tunggang terbalik lately.
Aku perasan sejak balik US hari tu rutin aku berterabur.Lepas tu kalau period nak tunekan balik waktu solat tu susah sikit.Kawan aku bagi tips - plan hari kau ikut waktu solat, bukan plan solat kau ikut hari kau.eh-- maknanya dahulukan solat dalam kegiatan harian.semua kegiatan harian ikut waktu solat bukan waktu solat ikut kegiatan harian.*okay baiklah #siscuba.
kelas tajweed aku dah habis dengan rasminya hari Rabu 31 Oktober dengan exam result aku yang mengejutkan diri aku sendiri.90%.Ada kakak seorang tu dapat 98% tapi aku tak terkejut sebab kakak tu memang pandai.siap boleh share lagi ilmu dia dengan kelas sebab dia belajar kat tempat lain sebelum tu.Kelas aku walaupun bunyi macam kelas tajweed basic tapi student kat situ pandai-pandai.Ada yang baca tu dah bunyi macam tilawah alQuran dah.tapi aku rasa sebab depa memang nak belajar bukannya fikir nak exam ke apa.Bila depa share ilmu tu baru aku tau ilmu tajweed tu sebenarnya sangat dalam.Yang setakat aku tau ni hanya sekadar untuk lepas baca quran jer.sedih pula bila kelas takde.hopefully aku boleh belajar lagi next year, bagus juga kalau dua kali seminggu pergi masjid.kalau tak duduk rumah melayan tv tak pun handphone.
hari khamis aku pergi berbekam.kali kedua untuk tahun ni.masa kali pertama parut bekam hitam, bukan merah ya.hitam.untuk certain tempat.aku heran kenapa setengah bekas bekam color tak hitam macam tu, setengah hitam,so aku google, rupanya bila darah tu bertoksin dia akan react dengan skin.so sebab tu setengah bahagian badan parutnya hitam, setengah tu merah,bila parut hitam lambat la sikit nak hilang bekas parut tu.
kali ni takde la sehitam macam hari tu tapi darah still berlendir dan berketul.lepas buat selalunya akan pening sikit macam biasa.cuma aku rasa perut aku macam berangin.tapi badan rasa ringan, dia tak rasa lemau.kalau ada kelapangan inshaaAllah aku akan buat lagi.biar darah bersih. tapi kannn...
kenala rajin exercises dan kenalah makan makanan berkhasiat.asal sumbat jer berbekam seumur hidup pun belum tentu sihat.
Dah pukul satu ni ... mata takleh tidur ni.esok pagi pagi dah keluar ada urusan.
Doakan aku tidur lepas ni.
-unid-
Comments
Post a Comment