Umrah 2018 Bahagian 2 : Dia sebaik baik Perancang
***Disclaimer****
Sebelum anda membaca tulisan saya mengenai pengalaman saya tentang umrah, saya ingin menyatakan tulisan saya ini ada ekslusif mengenai pengalaman saya.Saya berasa sangat susah untuk menulis kerana tak kiralah sedalam mana saya menulis ianya tidak sama dengan pengalaman yang saya alami.Dan bukan semua perkara boleh saya tulis di sini kerana bukan semuanya senang untuk diceritakan dan saya ni mungkin lupa on certain details. Jadi bacalah dengan hati yang terbuka dan ambil yang baik baik sahaja.
****************
Dia yang memperbaiki rancangan
Jika saya imbas kembali sepanjang tahun 2018 banyak perkara yang terjadi samada saya rancang atau tidak tapi rupanya sangat berkait dengan umrah saya.
Saya menghadiri kelas Quran Tajweed tahun ini dan langsung saya tak terfikir tentang umrah.Saya tamat kelas dan menduduki peperiksaan.Malah sempat menghadiri jamuan akhir tahun sebelum menunaikan umrah.Cantik tak , sekurang-kurangnya bacaan saya lebih baik sedikit dari dahulu dan saya pergi menunaikan umrah selepas saya tamat kelas.
Semasa mendaftar saya sangat berharap yang rombongan kami akan ke Madinah dahulu sebab saya rasa macam tak ready jer nak masuk Mekah dahulu dan terus buat umrah.Yelah ilmu tak banyak kan.Kalau masuk Mekah dahulu maknanya kami kena berniat ihram atas kapal terbang sewaktu ianya melintasi sempadan atau sejam sebelum ia melintasi sempadan.
Jika kami memasuki Madinah dahulu, kami tak perlu buat umrah dan berniat ihram sebab kami ke Madinah dahulu.Waktu itu saya rasa ianya lebih senang sebab saya dah sampai Madinah maka saya ada lebih masa untuk belajar dengan mutawif kemudian mula berniat ihram di Bir Ali.Takde la kelam kabut especially nak pakai ihram (untuk abah saya) di KLIA kemudian terpaksa alert di atas kapal terbang.Begitulah fikiran saya pada mulanya.
Tapi ditakdirkan kami ke Mekah dahulu, bererti kami perlu berniat ihram atas kapal terbang.Maka disebabkan itu saya menghadiri khursus lebih kerap dan bertanya lebih kerap sebab saya tanak ada yang tersilap.
Adik ipar saya menghantar kami di KLIA , dia banyak menolong abah especially berkaitan dengan ihram sebab dia sudah berpengalaman menunaikan umrah sebelum ini.Kami ditakdirkan duduk berdekatan saya duduk bersebelahan dengan emak dan adik saya dengan abah saya.Maka saya berpeluang untuk ajar emak cara guna tandas , cara nak makan dan lain-lain.
Kami sampai ke Mekah hampir nak masuk Subuh dan setelah mendapat persetujuan ramai masing-masing setuju untuk mula tawaf, saie dan lain-lain selepas Subuh.Maknanya kami berada dalam ihram mungkin lebih 24 jam dan saya sudah terlanggar akibat tercabut rambut saat saya ke tandas selepas penerbangan mendarat.
Di Mekah kami sibuk beribadat dan Alhamdulillah selesai umrah wajib ditambah juga dengan dua umrah sunat.Bila kami berada di Madinah keadaan menjadi lebih relax walaupun kami rasa tak sihat.Mujurlah kami sudah selesai menunaikan umrah, jadi bila berada di Madinah rasa macam merdeka dari exam pula.Saya pun tak risau tentang haid sebab dah selamat buat umrah.
Saya betul betul bersyukur kerana bila difikirkan entah apalah yang saya boleh buat jika saya pergi bersama kedua ibu bapa saya.Emak saya penakut , sebab dia rasa diri dia bodoh jadi dia menjadi clingy.Itu tidak mengejutkan kerana sebagai orang tua yang boleh dikatakan tidak pernah travel jarak jauh begini , tidak tahu berbahasa English atau Arab baginya semua alien.
Abah saya degil dan over confident. Dialah yang paling betul - kalau dia mendengar nasihat saya untuk satu kali pun saya rasa bertuah. Dia juga tidak suka ditegur oleh emak.Typical lelaki yang tak boleh ditegur oleh orang yang dia rasa bukan ada-ada especially isteri. Jadi emak dan abah macam kucing dan anjing tak boleh dibiarkan tanpa pemantauan.
Mujur ada adik saya, dia handle abah dan saya handle emak.Adik saya saja yang boleh berkeras dengan abah.Itupun ada yang tak lut juga. Awal awal lagi abah lah yang bising dekat anak isteri jangan bawa barang banyak tapi waktu nak berangkat orang lain semua cukup cukup jer beg yang Andalusia bagi, dia yang terlebih beg.Adik saya terpaksa audit pula dan satu beg besar lebihan terpaksa dibuang dari beg abah saya. Pisau cukur dah berapa, selipar dah berapa punya takut hilang.Jubah baju - siap nak pakai sehari sekali. Benda penting seperti tali pinggang untuk kain ihram boleh pula dia lupa.
Mujurlah adik saya yang buat audit tu sebab kalau saya atau emak tobat lah tak boleh.Saya pesan sekali jer supaya jangan lupa ini itu, terus abah saya snap dan jeling saya sambil berkata ,'kenapa kau rasa aku boleh lupa benda benda macam tu?' katanya dengan yakin.Maka saya tutup mulut rapat-rapat dan biarkan adik saya yang uruskan.Jika ada yang saya rasa tak kena, saya bagi tau adik saya. Dekat emak pun saya pesan benda yang sama."Jangan ditegur, biarkan." Perkara yang paling saya nak elakkan adalah bergaduh di tanah suci.
Emak seorang yang prihatin jadi dia akan tegur takut nanti suaminya lupa.Suami pula ego sebab baginya dia takkan lupa.Dek disebabkan itu instead of going together four of us to mosque saya decide pergi asing-asing. Maknanya emak dengan saya dan ayah saya adik yang uruskan. Bunyi macam masalah besar kan tapi percayalah pada sesiapa yang biasa menguruskan orang tua - benda kecil pun boleh jadi besar.
Memang kalaulah adik saya tak ikut - saya tak boleh bayangkan apa yang terjadi. Saya memang bersyukur sangat sangat bila Allah takdirkan dia ikut.
Semasa lebih kurang seminggu sebelum berlepas ke Mekah saya terserempak dengan seorang wanita yang baru balik umrah di kedai makan.Dia MC dah empat hari dan memang nampak sakit.Dia berkongsi pengalamannya pergi umrah.Memang seronok cuma katanya penat berjalan sebab hotel jauh.Saya tanya hotelnya di mana, dia memberitahu hotelnya betul betul di jam besar lebih kurang 50 meter.Tapi katanya dek kerana masjid yang luas dan pintu yang jauh maka penat berjalan kaki.
Saya memberitahu yang hotel dalam pakej saya adalah hotel Hera lebih kurang 690 meter dari masjid."Eh jauh tu dik. Akak yang 50 meter ni pun rasa jauh."
Dah tentulah saya panik apabila wanita tersebut pun merungut hotel tersebut jauh apatah lagi saya.Okay lupakan tentang saya - apatah lagi untuk kedua orang tua saya.Ibu saya memang tak boleh jalan jarak jauh.Lutut dia tak kuat , malah beberapa lama dahulu dia memang sakit lutut dan memang jenuh berubat sebelum sembuh dan boleh berjalan seperti sekarang.
Saya telefon pihak Andalusia malah saya telefon emak juga.Risaunya Allah sahaja yang tahu.Masa itu saya memang nak tukar hotel walaupun dikenakan bayaran tambahan.Jarak 690 meter tu mungkin tak ada masalah buat saya,adik dan juga abah sebab dia memang suka berjalan tapi rasanya tidak untuk emak.
Malangnya tak dapat ditukar kerana rombongan semua sudah diassign ke Hotel Hera, jika saya dapat tukar sekalipun saya perlu berjalan ke Hotel Hera untuk menaiki bas ke Madinah kerana segalanya sudah diuruskan begitu dan memang sudah last minute untuk pindaan. Maka saya berserah bulat bulat pada Allah. Pihak Andalusia memberitahu yang saya boleh mendapatkan perkhidmatan kerusi roda jika perlu.Saya telefon emak, saya cakap Allah dah plan hotel ni untuk kita.Saya ambil hotel ni sebab saya tak mampu nak sponsor pakej hotel yang dekat - dulu bagi saya 690 meter doable tapi setelah saya dengar wanita tersebut merungut sedangkan dia muda lagi saya jadi risau.Emak cakap takper - kita tawakal jer dan doa banyak-banyak. Lagipun saya dah usaha kan.Macam biasa mak saya cool jer padahal dia yang sakit lutut.
Ditakdirkan Allah bila sampai kami tak terasa jauh langsung.Memang ianya jauh akan tetapi disebabkan ianya jauh maka kami berpeluang melihat suasana bandar Mekah di sepanjang perjalanan kami ke masjid.Sepanjang jalan kami berpeluang berzikir.Malah ditakdirkan Allah, emak saya mampu berjalan dan menunaikan tawaf, saie dan lain-lain.Malah emak sangat suka hotel ni sebab makanan dia sedap.Kena dengan lidah dia.Serunding yang saya bawa tak bersentuh malah boleh sedekah kat orang.Saya bawa serunding tiga botol dek risau makanan tak kena dengan tekak dia.So satu meal pun mak saya tak miss.
Ketika ustaz memberi kuliah, dia berseloroh lebih kurang begini ,'hotel kita jauh maka masa berjalan tu boleh digunakan untuk menghafal doa-doa.'
Jadikan setiap langkah itu pahala walaupun ianya jauh.
Rasa comel pula bila tengok gambar ni.Ini Haji Winarno, mutawif kami.Ini kalau tak salah dalam perjalanan nak buat umrah sunat. |
Di Mekah kami sibuk beribadat dan Alhamdulillah selesai umrah wajib ditambah juga dengan dua umrah sunat.Bila kami berada di Madinah keadaan menjadi lebih relax walaupun kami rasa tak sihat.Mujurlah kami sudah selesai menunaikan umrah, jadi bila berada di Madinah rasa macam merdeka dari exam pula.Saya pun tak risau tentang haid sebab dah selamat buat umrah.
Anak Emas
Saya sangat bersyukur bila adik saya berkata suaminya menyuruh dia meyertai kami menunaikan umrah."Kasihan Along sorang-sorang nak jaga mak dan abah."Saya betul betul bersyukur kerana bila difikirkan entah apalah yang saya boleh buat jika saya pergi bersama kedua ibu bapa saya.Emak saya penakut , sebab dia rasa diri dia bodoh jadi dia menjadi clingy.Itu tidak mengejutkan kerana sebagai orang tua yang boleh dikatakan tidak pernah travel jarak jauh begini , tidak tahu berbahasa English atau Arab baginya semua alien.
Abah saya degil dan over confident. Dialah yang paling betul - kalau dia mendengar nasihat saya untuk satu kali pun saya rasa bertuah. Dia juga tidak suka ditegur oleh emak.Typical lelaki yang tak boleh ditegur oleh orang yang dia rasa bukan ada-ada especially isteri. Jadi emak dan abah macam kucing dan anjing tak boleh dibiarkan tanpa pemantauan.
Mujur ada adik saya, dia handle abah dan saya handle emak.Adik saya saja yang boleh berkeras dengan abah.Itupun ada yang tak lut juga. Awal awal lagi abah lah yang bising dekat anak isteri jangan bawa barang banyak tapi waktu nak berangkat orang lain semua cukup cukup jer beg yang Andalusia bagi, dia yang terlebih beg.Adik saya terpaksa audit pula dan satu beg besar lebihan terpaksa dibuang dari beg abah saya. Pisau cukur dah berapa, selipar dah berapa punya takut hilang.Jubah baju - siap nak pakai sehari sekali. Benda penting seperti tali pinggang untuk kain ihram boleh pula dia lupa.
Mujurlah adik saya yang buat audit tu sebab kalau saya atau emak tobat lah tak boleh.Saya pesan sekali jer supaya jangan lupa ini itu, terus abah saya snap dan jeling saya sambil berkata ,'kenapa kau rasa aku boleh lupa benda benda macam tu?' katanya dengan yakin.Maka saya tutup mulut rapat-rapat dan biarkan adik saya yang uruskan.Jika ada yang saya rasa tak kena, saya bagi tau adik saya. Dekat emak pun saya pesan benda yang sama."Jangan ditegur, biarkan." Perkara yang paling saya nak elakkan adalah bergaduh di tanah suci.
Emak seorang yang prihatin jadi dia akan tegur takut nanti suaminya lupa.Suami pula ego sebab baginya dia takkan lupa.Dek disebabkan itu instead of going together four of us to mosque saya decide pergi asing-asing. Maknanya emak dengan saya dan ayah saya adik yang uruskan. Bunyi macam masalah besar kan tapi percayalah pada sesiapa yang biasa menguruskan orang tua - benda kecil pun boleh jadi besar.
Memang kalaulah adik saya tak ikut - saya tak boleh bayangkan apa yang terjadi. Saya memang bersyukur sangat sangat bila Allah takdirkan dia ikut.
Jarak yang subjektif
Semasa lebih kurang seminggu sebelum berlepas ke Mekah saya terserempak dengan seorang wanita yang baru balik umrah di kedai makan.Dia MC dah empat hari dan memang nampak sakit.Dia berkongsi pengalamannya pergi umrah.Memang seronok cuma katanya penat berjalan sebab hotel jauh.Saya tanya hotelnya di mana, dia memberitahu hotelnya betul betul di jam besar lebih kurang 50 meter.Tapi katanya dek kerana masjid yang luas dan pintu yang jauh maka penat berjalan kaki.
Saya memberitahu yang hotel dalam pakej saya adalah hotel Hera lebih kurang 690 meter dari masjid."Eh jauh tu dik. Akak yang 50 meter ni pun rasa jauh."
Dah tentulah saya panik apabila wanita tersebut pun merungut hotel tersebut jauh apatah lagi saya.Okay lupakan tentang saya - apatah lagi untuk kedua orang tua saya.Ibu saya memang tak boleh jalan jarak jauh.Lutut dia tak kuat , malah beberapa lama dahulu dia memang sakit lutut dan memang jenuh berubat sebelum sembuh dan boleh berjalan seperti sekarang.
Saya telefon pihak Andalusia malah saya telefon emak juga.Risaunya Allah sahaja yang tahu.Masa itu saya memang nak tukar hotel walaupun dikenakan bayaran tambahan.Jarak 690 meter tu mungkin tak ada masalah buat saya,adik dan juga abah sebab dia memang suka berjalan tapi rasanya tidak untuk emak.
Malangnya tak dapat ditukar kerana rombongan semua sudah diassign ke Hotel Hera, jika saya dapat tukar sekalipun saya perlu berjalan ke Hotel Hera untuk menaiki bas ke Madinah kerana segalanya sudah diuruskan begitu dan memang sudah last minute untuk pindaan. Maka saya berserah bulat bulat pada Allah. Pihak Andalusia memberitahu yang saya boleh mendapatkan perkhidmatan kerusi roda jika perlu.Saya telefon emak, saya cakap Allah dah plan hotel ni untuk kita.Saya ambil hotel ni sebab saya tak mampu nak sponsor pakej hotel yang dekat - dulu bagi saya 690 meter doable tapi setelah saya dengar wanita tersebut merungut sedangkan dia muda lagi saya jadi risau.Emak cakap takper - kita tawakal jer dan doa banyak-banyak. Lagipun saya dah usaha kan.Macam biasa mak saya cool jer padahal dia yang sakit lutut.
Ditakdirkan Allah bila sampai kami tak terasa jauh langsung.Memang ianya jauh akan tetapi disebabkan ianya jauh maka kami berpeluang melihat suasana bandar Mekah di sepanjang perjalanan kami ke masjid.Sepanjang jalan kami berpeluang berzikir.Malah ditakdirkan Allah, emak saya mampu berjalan dan menunaikan tawaf, saie dan lain-lain.Malah emak sangat suka hotel ni sebab makanan dia sedap.Kena dengan lidah dia.Serunding yang saya bawa tak bersentuh malah boleh sedekah kat orang.Saya bawa serunding tiga botol dek risau makanan tak kena dengan tekak dia.So satu meal pun mak saya tak miss.
Ketika ustaz memberi kuliah, dia berseloroh lebih kurang begini ,'hotel kita jauh maka masa berjalan tu boleh digunakan untuk menghafal doa-doa.'
Jadikan setiap langkah itu pahala walaupun ianya jauh.
Comments
Post a Comment