Umrah 2018 Bahagian 1 : Niat
***Disclaimer****
Sebelum anda membaca tulisan saya mengenai pengalaman saya tentang umrah, saya ingin menyatakan tulisan saya ini ada ekslusif mengenai pengalaman saya.Saya berasa sangat susah untuk menulis kerana tak kiralah sedalam mana saya menulis ianya tidak sama dengan pengalaman yang saya alami.Dan bukan semua perkara boleh saya tulis di sini kerana bukan semuanya senang untuk diceritakan dan saya ni mungkin lupa on certain details. Jadi bacalah dengan hati yang terbuka dan ambil yang baik baik sahaja.
****************
Saya baru balik dari menunaikan umrah pada 25 November dan saya bertolak ke sana pada 14 hb November.Jujur saya katakan inilah kali pertama saya 'homesick' nak ke Mekah dan Madinah lagi.Sekarang baru saya faham kenapa orang asyik rindu saja nak pergi sana dan kenapa orang asyik berulang kali pergi sana.Kalau boleh nak mati di sana.Susah nak cerita ,it's complicated macam orang angau gitu.
Bila saya imbas kembali, saya boleh katakan Allah itu sebaik baik perancang.Tapi tentulah kita sebagai hamba kena pasang niat, berkehendak dan berusaha.
Awal tahun ini saya ada buat visual board dan perbaiki rutin saya.Dalam visual board tu saya tempek beberapa gambar dan antaranya gambar Kaabah.Sekarang bila saya tengok balik visual board saya tu saya sendiri tak sangka sudah ada beberapa keping yang menjadi kenyataan.Alhamdulillah.
Jika anda tanya saya bagaimana? Saya mungkin boleh katakan pasanglah niat.Niat baik inshaaAllah tak ke mana lepas tu baru lah usaha kan.
Duit simpanan saya tak banyak, banyak lagi hutang saya. =) . Saya memang berniat nak bawa mak dan abah dan tentulah bukan senang sebab saya memang tak ngam abah saya.Senang cakap tak ramai orang yang ngam abah saya.Degil, panas baran, susah nak diajak berbincang.Selalunya dia akan meninggikan suara dan selalunya orang malas nak panjang-panjang so mengalah lah jalan yang mudah.Dia jer la nak menang. Nenek saya surrender, atuk saya surrender, adik beradik dia pun surrender. Hanya orang yang dia suka saja yang dia akan dengar. Kalau ikut hati memang rasa macam tak berbaloi nak bawa pergi umrah sebab takut nanti sakit hati berulam jantung saja
Tu la kan bisikan syaiton kan.Tapi kan Allah lagi powerful, so Dia hantar bisikan macam ni dekat saya.
"Saya bawak orang tua pergi umrah pahala besar tau.Memang habis duit banyak dan belum tentu saya happy tapi pahala banyak.Bapa kau suka ke tak ke itu bukan urusan saya tapi urusan Allah.Hutang saya bertimbun memang ambil masa nak bayar tapi jangka hayat ibu bapa saya pun tak panjang juga.Jika ditakdirkan mereka pergi dulu, habislah sumber pahala saya.Lagi pula saya belum kahwin, ini masa saya untuk kutip pahala banyak banyak.Kalau kahwin nanti saya kena go through suami pulak.Bukan tak boleh tunggu kahwin tapi kalau peluang datang sekarang apa salahnya."
Maka memang saya pasang niat dan cuma bagitau emak suruh doakan.Tak berapa lama kemudian, adik saya nikah, kebetulan suami dia pun berniat yang sama.Maka saya happy - dalam hati tak apalah mungkin saya tak perlu ikut sebab dia dan suami boleh pergi dengan emak dan abah.Saya tak konfiden sangat saya boleh handle kekalutan travel especially dengan abah.Lagi pula kalau saya tak pergi, bolehlah duit yang lebih tu digunakan untuk package yang mahal dan selesa sedikit.
Tapi emak saya berkeras, dia tak yakin nak pergi tanpa saya.Dia kata kalau saya tak pergi siapa pula nak jaga dia.Dia lagi redha ambil package murah.
Beberapa lama kemudian, suami adik saya dapat offer sambung belajar maka cita-cita nak pergi umrah kelihatannya mungkin tinggal impian.Dalam hati saya tahu emak saya teringin sangat nak pergi.Yelah, nak tunggu haji bukan senang oii.
Makanya ketika saya bercuti di Langkawi bulan Ogos yang lalu, saya revise dan confirm dengan emak tentang tarikh.Emak menangis sebab happy sangat especially sebab dia dah fikir mungkin tak kesampaian hajat dia nak pergi dek kerana suami adik saya sambung study.Saya bagitau dia saya akan uruskan dan tanggung perbelanjaan tapi dia cuma perlu bayar dua ribu sahaja sebab saya tak mampu nak sponsor semua.Saya suruh dia bincang dengan abah samada abah setuju ke tak.
Itulah titik permulaannya.Abah saya setuju.Alhamdulillah tiba-tiba suami adik saya mencadangkan adik saya ikut sekali kerana pendapatnya agak sukar untuk saya menguruskan kedua-dua orang tua saya seorang diri.Kebetulan pula adik saya ini anak emas bapa saya dari kecil.Dalam erti kata lain, pendapatnya tu kedengaran lebih wangi pada abah saya berbanding dengan saya.Alhamdulillah, nampaknya jalan dipermudahkan.
Tapi perjalanan saya nak ke umrah ni bukan semuanya pelangi dan kuda unicorn.Saya balik kampung untuk menguruskan pasport orang tua.Kemudian pada bulan September saya ke US menghadiri seminar selama seminggu jadi saya serahkan urusan vaksin dan dokumen orang tua saya kepada adik saya malangnya dia pula ditimpa keguguran.Tarikh berangkat adalah 14 November maka segalanya menjadi last minute.
Banyak halangan menimpa sehingga saya terfikir betul ke tidak keputusan saya nak pergi umrah.Tapi tulah bila kita pergi khursus berjumpa dengan orang yang pelbagai, semangat saya kuat balik.
Sepanjang process nak pergi umrah adalah process pembelajaran untuk saya.
Memang akan ada bisikan jahat yang mengatakan mungkin saya bakal ditimpa bala di Mekah seperti cerita cerita dalam majalah Mestika.Yelah saya ni bukan orang baik-baik dan bukan anak yang baik.Tah aper la yang menunggu saya di Mekah tu kan.Tu la setan kerjanya nak menghasut jer.
Ada seorang makcik berniaga serunding betul betul depan Andalusia HQ dan dia pernah pergi umrah.Ada ketika saya berbual dengannya, saya berkata lebih kurang begini :
"Ntahlah... Alhamdulillah saya ni dapat juga pergi umrah walaupun dosa banyak."
Muka dia berubah cepat-cepat dia potong."Jangan cakap macam tu.Fikir yang baik baik.Doa dari sekarang.Doa supaya dapat masuk Raudhah, doa supaya boleh solat dalam Hijr Ismail."
Begitu nasihatnya.Saya mengambil masa beberapa lama sehinggalah saya terfikir tentang istidraj.
Astaghfirullahalazim.
Berapa banyak saya sudah berkata ,"walaupun saya ini buat dosa ini dan ini tapi saya masih lagi diberi kebaikan begini-begini."
Saya juga pernah mendengar antara kawan-kawan saya berkata,"walaupun saya ni selalu tinggal solat tapi Allah tak kedekut bagi nikmat."
Apabila kita memikirkan it's okay kita berdosa sebab Allah still lagi panjangkan umur kita dan bagi nikmat sedangkan kita aware yang kita berdosa tanpa terfikir nak memperbaiki atau bertaubat berkemungkinan kita dalam istidraj.
Maka saya perbaiki niat saya, saya nak pergi umrah sebab nak perbaiki diri saya.Saya pergi khursus beberapa kali sebab nak bagi faham betul-betul.Saya tanya soalan pada sesiapa sahaja mengenai pengalaman pergi umrah.
Saya bertemu dengan makcik jual serunding tu setiap kali pergi khursus dan setiap kali berjumpa dia mesti excited bagi nasihat.
"Kita dapat pergi umrah ni sebab Allah jemput.Bukan sebab duit banyak atau apa.Orang lain duit banyak dapat dari EPF sibuk nak besarkan rumah yang dah besar, sibuk nak bukak bisness walaupun dah banyak duit belum tentu nak simpan untuk pergi umrah.Ramai yang ada duit tapi yang nak menggerakkan hati untuk ke umrah tu Allah.Jadi kena bersyukur banyak-banyak dan doa yang baik-baik."
Setiap kali saya berjumpa dengan sesiapa pun saya akan minta mereka doakan saya dipermudahkan urusan.Aura mereka yang pergi khursus kebanyakan positif, masing-masing saling mendoakan. Ada yang belanja saya makan tanpa saya tahu pun.Tau tau dia tap bahu saya dan cakap,"Akak dah bayar makanan kamu."
Disebabkan saya nak pergi umrah saya cuba fahami makna solat saya sedikit sedikit.Memang ada hari yang saya giveup tapi saya buat juga.Sepanjang khursus saya bukan saja dapat ilmu cara buat umrah tapi ilmu-ilmu lain.
Ibadah umrah dan haji adalah antara ibadah yang special sebab ianya akan memaksa kita keluar dari comfort zone.Disebabkan ianya bukanlah senang maka Allah hanya mewajibkan sekali sahaja seumur hidup.Ibadah lain boleh dibuat di mana sahaja tapi ibadah umrah dan haji memaksa kita keluar dari tempat kita dan mengembara ke tanah suci.Kita terpaksa bermusafir, kita bertemu dengan pelbagai orang dan kita terpaksa tukar rutin kita kerana apa?
Kerana Allah.
Gambar kenangan. Ehsan dari salah seorang group |
Bagaimanakah saya boleh terjebak pergi umrah tahun ini?

Sangka baik dengan Allah

Comments
Post a Comment