Monday, September 15, 2008

Bulan di Langit

Macam biasa pagi Ahad, radio mesti Klasik Nasional.Radio haram disentuh ketika mak ada.Janganlah memandai nak menukar channel.Kalau tak, ada yang tak makan karang.

"Engkau bagai bulan di langit, sedangkan aku pungguk di bumi .Apakan daya ku…"Antara lirik lagu (lebih kurang la) yang menangkap telingaku ketika mengemaskan Mr. Leno Black.Lagu itu mendayu-dayu menggambarkan seorang lelaki yang mendambakan cinta seorang wanita tetapi merasa rendah diri.

Aku terfikir, jika benarlah lelaki itu menyintai wanita tersebut dia patut berusaha mendapatkannya.Jika wanita itu di bulan ke Marikh ke Pluto ke dia masih lagi boleh mendapatkannya.

Berusahalah jadi angkasawan.Jika tak berusaha jangankan di langit, di depan mata pun takkan dapat.Biasalah kalau kena reject dulu. Kejayaan= Usaha + Doa.

Jika dia benar-benar menginginkan wanita itu menjadi teman hidupnya, ibu kepada anak-anaknya ,insyaAllah dia akan dapat.Bukankah Adam yang menginginkan Hawa waktu dia melihat makhluk lain berpasangan di dalam syurga?Jika jodoh tak kemana bukan?

Yang banyak sekarang nih flirting around, saja nak main-main, test market.Tak berkat tau .Tak baik aniaya orang nanti Tuhan balas baru padan muka.

Unid: Jangan nakal-nakal ;-P. Korang ni asik baca jer blog nih, bila nak kasi komen ni.Sangap la.


 

1 comment:

  1. wahaha..unid dh pandai tuleh pasal cinta.. leh jadi dr.cinta arr pasni.. hehehe.

    nk reply sket la ape yg unid tuleh. setuju ape yg unid ckp. mmg ramai org skrg n especially a man mmg suke flirting around. xtau aper yg derang nak sebenarnyer.. pastuh nk carik yg perfect sedangkn diri sendiri pon mcm setan. hope tuhan beri balasan yg setimpal buat golongan org2 seperti itu.

    ReplyDelete