Saturday, September 6, 2008

Anak-anak Ramadhan

Malam 1 Ramadhan, perangai adik berbeza sekali.Resah gelisah cam kucing nak beranak jer.Memang la dia kucing and dia nak beranak.Kami sudah menyediakan kotak untuknya di tempat gelap di balik pintu, tapi still dia menangis di luar.At last , kami letak kotak kat depan suma orang,baru dia nak masuk dalam kotak tuh.Tak malu tul nak beranak depan suma orang.


Barulah dia tenang dan beranak.Aku siap menyuruhkan adik ku merakam sekali, bukan senang nak tengok kucing beranak.Yang lawaknya, air ketuban pecah meletup plop terkena dahi adik aku.Tak senonoh tul.Tapi mudah jer dia beranak, senyap jer , dah tu bukan seekor tapi empat ekor.Inilah hasilnya.



Dan waktu dia beranak, aku tak sure apa la si abang buat.Rasanya dia bukanlah bapak kepada anak-anak ini.
"Bukan saya.Saya tak bertanggungjawab." Tegasnya sambil merenung ke langit, keresahan.


"Betul sumpah." Siap cium tiang lagi.Blah la ko Abang.

No comments:

Post a Comment