Antara Rambut dan Lontong

Lunch hour, saya nak makan sesuatu yang lain.Ada satu kedai tu, sebelah dengan my favorite Nasi Ayam.Ada jual macam-macam tapi selama ni saya tak pernah la order.

Tapi hari ni saya nak try.Lontong.Dah lama gila saya tak makan lontong.Last makan seingat saya masa saya kerja kat KL.Ada makcik tu jual waktu pagi.So pagi-pagi dah makan lontong as breakfast.Rasanya waktu itulah saya jatuh cinta dengan lontong.

Maka hari ini adalah hari pertama saya makan lontong semenjak saya kerja di utara ni.Saya pun excited bercerita tentang lontong pada sahabat saya.Sambil bercerita , saya menggaul-gaul lontong sebelum saya nak makan dan tiba-tiba uppss..

Benda hitam berjurai di sebalik kobis.Saya angkat dengan sudu dan tengok betul-betul.Yelah tak salah lagi, bukan bulu jagung tapi rambut.Walaupun kalau boleh saya nak nafikan, tapi itu sah sah rambut!

Mati selera saya.Serba salah.Nak bagi tahu ke tanak.Dahlah saya first time makan kat situ, ramai orang pula.Kalau saya bagi tau jatuh tak air muka makcik ni?Saya confuse.Selalunya untuk kes-kes macam ni saya diam dan bayar jer.Tapi kali ni nak diam lagi ke.Bercampur baur dengan kesian pula.

Saya tanya sahabat saya,"Macam mana ni?"

Dia cakap bagitau jer untuk lesson.So next time orang akan berhati-hati.Dalam keadaan serba salah tu, at last saya bawa mangkuk and tunjuk dekat makcik tu.

Reaksi makcik tu, "Ya Allah.Minta maaf nak.Makcik tak nampak..Nak makcik buat lain ke?"

Isk..nak ke tanak.Saya jawab nak walaupun sebenarnya dah tak de mood.Hipokrit!

Makcik tu pun hidang semula.Sambil mengunyah saya fikir macam-macam.Bagaimana kalau sebenarnya rambut tu memang ada dalam periuk since dia masak lagi? Macam mana kalau makcik ni, just buang jer rambut tu and hidang lontong yang sama? Macam mana kalau kena santau dan pelbagai pemikiran keji di kepala otak saya.

Akhirnya saya cuma berjaya mengunyah tiga ketul sahaja dek kerana pemikiran saya yang keji membuatkan saya tak lalu makan.

Masa nak bayar , makcik tu tanya, "Boleh makan ke tak?Kalau tak boleh tak payah la bayar."

Adesss..tapi saya juga yang order tadi."Takpalah makcik, susahkan makcik je."So saya bayar bukan sebab lontong tapi sebab kasihan.Next time takyah jadi hipokrit!

Korang pernah tak berperasaan macam ni?

Comments

  1. penah rasa camtuh.. satu hari, ade ulat sayur dlm lauk sayur yg syai makan. syai tolak tepi pinggan..abg ame nampak. pastu dia gi complaint. syai nak diam jer. mls nk bising2. from that day, abg ame terus boikot kedai tuh terus. huhu.

    unid kalu nak makan lontong lg, mai la umah kat tepeng (kpg syai) hari raya nti. insyaAllah, dijamin bersih. hehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts