Sakit Gigi

Serious masa menulis takda mood nak menulis.Tapi digagahi jua.

SAYA SUDAH TIGA HARI SAKIT GIGI!

Saya mula terasa petang Ahad, sikit-sikit jer.Jadi tak rasa nak jadi teruk dalam masa terdekat.Lagipun Isnin kan kerja.Mungkin boleh bertahan sampai minggu depan, so boleh buat appointment dengan dentist.

Hari Isnin daytime waktu kerja.Memang terasa sakit tapi takde la mencucuk sangat.Ada issue dengan production, nasib baik saya tak ambik cuti hari tu.Kalau tak,penuh la inbox saya dengan issue critical dan mungkin saya boleh dapat heartattack selepas ambil MC.

Hari Isnin malam.Wow...serangan mula mencucuk.Sewaktu saya nak tidur.Sakit gila tak terkata.Rasa cam kepala jadi bengong.Tuhan saja yang tahu.Saya tak tentu arah, saya kena pergi klinik juga esok.Tapi klinik mana yang best kat Penang ni?Huii... malam tu juga saya menggoogle cari.Saya tatau saya tidur pukul berapa, tapi memang saya takleh tidur.

Pagi Selasa, gusi saya kurang sakit.Malam tadi cam nak rak, tetiba bangun pagi jer lega sikit.Mata saya bengkak sebab menangis.Saya kena pi office attend meeting and kemudian tengok dental policy.Lepas tu plan nak ambik half day untuk pergi dentist.Saya plan nak pi klinik yang kat kampung saya sebab saya biasa.

Mungkin kena drive like 70km tapi tak apalah, saya dah serik nak pi clinic sebarangan.Tapi clinic yang kat kampung tu tutup pulak hari ni.Aduh..what a bad day! Selepas menghadapi pelbagai issue, saya terpaksa buat appointment dengan dentist hari Rabu.Tapi bukan dengan dentist kat kampung.Dentist yang kat Penang selepas saya google.Hopefully oklah dentist ni.Hairan betul, walaupun dentist always in unwanted-to-see list, slot kat clinic gigi sentiasa penuh.Humm..ramai juga orang sakit gigi.Bayangkan saya book slot untuk esok pun dapat waktu petang.Nasib betul.

My teammate keep telling me to go and buy some painkiller, at least to soothe the pain during night time.Saya tak faham kenapa gigi sakit waktu malam?Kenapa tak waktu siang, waktu kita dok makan-makan?I mean waktu malam sakit macam minta nyawa, padahal kita tak makan pun.Jenuh saya sabarkan diri sendiri.

Oleh kerana takut kejadian semalam berulang, saya singgah pharmacy, bagi tau my condition.Sakit gigi, mungkin berlubang or bengkak especially waktu malam.Please bagi ubat yang dapat tahan sakit untuk satu malam.Tokey farmasi tu tanya bila appointment saya.So saya cakap esok Rabu pukul 3.So dia bagi ubat penahan sakit sampai pukul tiga.

Balik rumah, lepas makan terus saya telan ubat tu.Sekarang kul 9 malam.Takde tanda-tanda serangan lagi.Hopefully saya leh tidur lena.Tanak la meraung sesorang sebab sakit gigi.

Sakit gigi memang effect emosi.Saya nampak semua orang sangat kecik hari ni. :)

Comments

Popular Posts