Kucing dan Kereta

Last Friday, saya time off. Sebab? Nak hantar Ceri for major servis kat Perodua Seberang Jaya.Pagi-pagi lagi saya berkonvoi ke sana from rumah.Sambil tu bawak kucing saya si Abi sekali sebab nak singgah kat vet di Kulim.

So after sampai, discuss apa yang patut, maka saya pun meninggalkan Ceri saya di Service Centre and tumpang kereta adik saya.Kami singgah kat Kulim untuk Abi treatment.

Abi makin teruk, langsung takleh bergerak cuma boleh buka mata and nangis sikit-sikit waktu dia rasa lapar ataupun dia rasa nak membuang.

Kat klinik tu, ada dua ekor kucing yang datang for treatment on the same morning.Seekor tu nama dia Boiboh, dia tak sakit tapi owner dia cakap mau kasi potong sebab suka pancut-pancut.Kesian Unid tengok kucing tu, cuak jer muka dia.Yang seekor lagi nama dia Michli, kalau tak silap la.Michli selsema and batuk.Tapi dalam semua-semua tu, Abi la paling kritikal.

Bila jumpa doktor, doktor pun cakap dia tak jamin jangka hayat Abi.Sedih giler masa tu.Tapi dia kata mata Abi masih lagi ligat and bersinar.Dia cakap Abi still young and masih bersemangat untuk hidup.Dia suntikkan vitamin and bagi ubat untuk rangsangkan antibodi.

Sepanjang dua hari ni, Unid memang habis masa jaga Abi.Suapkan makanan, atur dia membuang.Ada satu malam tu, dia kencing atas tangan.Dia mengiau sebab dia nak kencing, Unid ingatkan dia mengiau sebab lapar.So suapla makanan, dan dia memang lapar pun.Pastu tengah-tengah suap tu dia mengiau lagi and at last tak tahan dia pun terkencing.

Sedih la tengok dia, sebab cuba bayangkan kucing usually pembersih.Masa dia boleh berjalan sikit-sikit dulu, memang  by hook or by crook dia gagahkan diri untuk buang air kat tempat yang sepatutnyer.Sekarang dia cam lumpuh.Keempat-empat kaki dia cam lembik.Cuma mata jer bersinar-sinar bila dia lapar, waktu lain dia tidur.

Tadi pun dah suapkan dia sebelum balik Penang.Dulu pernah gak doa supaya dia mati, sebab kesian sangatTapi bila fikir balik, tak elok doakan kematian.Kita harus yakin dengan Allah yang menjadikan kita dari tak ada kepada ada.Allah yang menghidupkan Abi, maka Allah boleh menghidupkan dan menyihatkannya.Tetapi jika Allah mahu mematikannya, saya redha.Apapun kami sekeluarga harap sangat si mata besar dan bulat tu hidup dan cergas.

Pasal kereta Viva saya yang bernama Ceri tuh, hummpphh.. kena lebih kurang RM544.Takpalah, kita puasa jer bulan nih. :)

Comments

Popular Posts