Umrah 2018 Bahagian 5 : Di sebalik berebut
***Disclaimer****
Sebelum anda membaca tulisan saya mengenai pengalaman saya tentang umrah, saya ingin menyatakan tulisan saya ini ada ekslusif mengenai pengalaman saya.Saya berasa sangat susah untuk menulis kerana tak kiralah sedalam mana saya menulis ianya tidak sama dengan pengalaman yang saya alami.Dan bukan semua perkara boleh saya tulis di sini kerana bukan semuanya senang untuk diceritakan dan saya ni mungkin lupa on certain details. Jadi bacalah dengan hati yang terbuka dan ambil yang baik baik sahaja.
****************
Hajarul Aswad
Saya tak tau kenapa saya tak berasa nak kucup Hajarul Aswad. Melihat pegawai polis yang berpaut di situ dan orang yang berasak-asak saya memang tak mahu pada mulanya.Sebab tak ada termasuk amalan yang mendatangkan pahala rasanya melainkan Nabi Muhammad pernah buat.Malah kata Umar, ianya hanya seketul batu jika tidak kerana Nabi mengucupnya Umar pun tak ingin nak mengucupnya.
Sehingga suatu hari sedang saya bertawaf seorang diri, tiba-tiba saya teringin nak mengucup Hajarul Aswad. Saya nak tau bagaimana rasanya jika boleh.Lagi pula emak tak ikut bersama kalau tidak saya akan risaukan keselamatan emak di kawasan sesak begitu.Begitu fikiran saya sehingga tiba tiba ada seorang lelaki yang entah dari mana bertanya,"Mahu mengucup Hajarul Aswad?"
Apakah jawapan saya? Terasa macam doa dimakbul di masa itu tentulah saya jawab ya.
Maka tiba-tiba dia dan seorang kawannya menolak saya ke Hajarul Aswad berasak dalam manusia yang berebut-rebut.Jujur saya cakap, saya macam nak pengsan.Rasa macam dalam medan perang, saya sampai berdoa supaya tak jadi.Tak cium pun tak apa.Takut betul ada kejadian buruk berlaku sebab susah nak cerita betapa berasaknya termasuk pegawai polis yang bising-bising.
Memang gamat rupanya di tempat Hajarul Aswad itu.Memang saya dapat pegang dan masukkan kepala dalam Hajarul Aswad tapi jika orang bertanya mahu ulang ke tak? Saya jawab tak sebab suasana begitu memang mengejutkan buat saya.
Selepas itu kedua lelaki tersebut meminta wang buat sedekah. "Keluarkan semua kak, seribu ada?"Kata kawannya,
Oh tiba-tiba saya rasa sangat jengkel.Mujurlah saya memang tak bawa duit banyak, yang saya bawa pun hanya untuk sedekah.Jadi saya keluarkan dan beri.
"Itu dompetnya dibuka." Suruh mereka tidak puas hati dengan jumlah yang saya beri.
"Ini bukan duit , ini phone."Saya menunjukkan phonenya - casing phone saya memang macam dompet.
Mereka kecewa. Saya pun. Saya kecewa bukan sebab duit saya habis. Saya kecewa bila memikirkan entah kalau-kalau yang berebut rebut tu adalah mereka yang mengejar duit. Bermati mati berebut nak merapat dengan Hajarul Aswad tapi cara yang belum tentu diredhai Allah. Mujur saya yang kena, bagaimana kalau emak saya.
Namun begitu saya belajar sesuatu.Saya rasa insaf dan berterima kasih pada Allah. Memang Hajarul Aswad itu batu suci tapi benarlah ianya mengumpul jutaan dosa manusia. Saya berpeluang menyentuhnya, rupanya ia kering dan bersih walhal saya mati ingat ingat ianya berlemoih dengan air mata dan hingusan manusia. Alhamdulillah.
Raudhah
Sebelum saya sampai ke Mekah dan Madinah saya terlebih dahulu membaca dan tentulah antara yang saya baca tentang cara nak masuk Raudhah - taman syurga di dunia di Masjid Nabawi. Ada yang mengatakan pakai tudung hitam, pakai niqab dan pelbagai lagi.
Hari pertama kami pergi dengan mutawif wanita sebab di Masjid Nabawi pintu masjid lelaki dan wanita tak sama. Kami memasuki raudhah melalui pintu 25.
Keadaan memang sesak tapi kami pergi dengan mutawif jadi agak teratur,Semua orang mendengar kata mutawif. Mutawif banyak beri nasihat antara kata-katanya yang saya ingat.
"Menunggu itu memang satu penyiksaan tapi bagi orang beriman gunakanlah waktu menunggu itu untuk berzikir, membaca alQuran dan lain-lain.Kalau tunggu tanpa buat apa-apa memang menyiksakan."
Alhamdulillah saya berpeluang solat lebih di Raudhah, antara punca saya dapat solat lebih sebab setiap kali saya bertanya ,ada sesiapa yang belum solat masing masing blur macam tak tahu nak buat apa.Saya ambil kesempatan itu untuk solat dan solat lagi.Sehingga ada orang menjawab 'ya saya nak solat baru saya berhenti' dan bantu dia untuk solat.
Itu pendapat saya tak kiralah dalam Hijr Ismail ataupun Raudhah.Tujuan nak masuk bukan nak tengok tengok tapi nak solat dan berdoa. Jadi dapat jer peluang solat.Jika takleh nak solat proper - rasa macam boleh angkat sahaja takbir dan mula solat, kalau tak doa...doa dan doa.Tapi manusia memang ramai jadi sebelum masuk tu memang kena nekad nak buat apa siap-siap bukannya dah masuk baru nak berfikir-fikir.
Hari yang lain saya cuba masuk waktu malam, kali ini saya berpakaian ikut tips kat internet. Serba hitam.Tapi rasanya asakan manusia nak dibandingkan dengan waktu pagi baiklah waktu saya pergi.Memang saya bercampur dengan bukan orang Malaysia, ada juga dua tiga orang Indonesia dan beberapa orang Malaysia. Yang lain rasanya India, Pakistan, Uzbek dan yang lain-lain.
Ya Allah, polis wanita jenuh membebel dalam bahasa Arab dan Urdu. Saya boleh tangkap perkataan seperti 'akhlak dalam masjid'. Memang kali ni asakan macam orang gila. Saya berada di depan memang nak patuh arahan polis suruh tunggu.Tapi dek asakan saya tercampak keluar ke depan, elok ke depan tapi saya tak masuk Raudhah saya berhenti kejap buat solat taubat. Nampak group tu dah berasak masuk Raudhah.Elok sudah balik , saya masuk group yang menunggu dan saya perasan ada wanita senyum dan geleng kepala melihat saya, saya syak dia rasa pelik kenapa saya tak ambil peluang masuk jer raudhah tadi.Nak masuk dalam Raudhah?? Seriously group tadi pun bersesak tataulah boleh masuk solat ke tak.
Saya tunggu lagi -- kali ni diorang langgar jer polis. Saya tercampak depan dan kali ni saya menghala masuk Raudhah. Tapi saya tak tau kenapa rasa sedih.Rasa malu.Agak-agak apalah Nabi rasa tengok umat dia berebut-rebut macam ni.Polis pun sanggup dirempuh.Dalam group tu saya perasan ada yang mengandung...ya Allah. Saya solat dua rakaat lepas tu saya cepat-cepat keluar.
Nabi bersabar berpuluh tahun dengan perangai manusia, kita nak melawat dia takleh nak bersabar sikit.Saya tak nampak apalah value masuk Raudhah kalau dengan berebut-rebut dan pentingkan diri sendiri.Moga moga Allah beri hidayah kat kita semua.
Kalau tanya tips nak masuk pendapat saya, masuk waktu pagi.Settlekan breakfast supaya tak kelaparan. Lagipun pagi tu much better dari selepas isya.Selepas isya badan penat nanti stress dan mungkin sebab tu orang merempuh saja. Biarlah dapat masuk last kat raudhah daripada berebut-rebut.Ada sebab polis tu categorizekan orang Asia dan lain-lain sebab orang Malaysia setahu saya bendul sikit.Mengikut arahan sikit lagipun body language sama bangsa senang nak faham.Niat betul betul nak jumpa Nabi dan berdoa supaya dapat tunjuk akhlak yang baik.
Tapi bila difikirkan balik betapa kasarnya orang Arab ni hati diorang baik. Polis wanita yang jaga Raudhah tu membebel jer panjang, marah sana sini tapi takdelah sampai bubuh penampar.Siap boleh kena rempuh lagi dengan orang ramai.
Kalaulah kita di tempat polis-polis ni agak-agak kita boleh tak bersabar? Dahlah jutaan manusia melawat tempat diorang.Diorang tak charge pun duit untuk masjidil Haram atau masjid Nabawi.Dekat masjidilHaram tu lagi la 24 hours orang keluar masuk. Agak-agak yang datang tu semua spesis baik hati, mendengar kata dan bersopan santun ke?
Berebut dekat hajarul aswad, dah saf penuh still lagi nak masuk masjid. Curi masuk juga lepas tu siap bersyukur lagi sebab boleh masuk. Bayangkan kalau ada kebakaran dalam masjid tu? Agak-agak siapalah yang disalahkan.
Kalaulah saya di tempat diorang silap hari bulan saya tembak jer puak puak ketegaq ni tapi diorang tak.*Nampak tak saya tak sabar.Geleng kepala*
Keras keras pun kau boleh jugak masuk masjid buat ibadat. Tu tak termasuk pasukan pencuci, pasukan air zam zam. Asyik membersih walhal ada puak yang tak reti pergi kencing dekat tempat tak sepatutnya tapi disebabkan diorang ni commited masjidil Haram ni bersih.
Air zam zam tu minumlah, nak bawak botol pun tadahlah. Takde sapa nak larang.Ada pulak puak puak yang tak berapa nak reti pergi ambil wudhuk dekat tong tu. Bolehlah depa bising ,"Haji... Hajah..." tapi buat derk jer. Memang macam tak berdosa kan tapi bila aku fikir balik sebagai tetamu di manalah adab kita.
Kalau difikirkan, betapa baiknya tuan rumah ni walaupun garang kan. Cuba bayangkan kalau kita di tempat diorang.
Hari yang lain saya cuba masuk waktu malam, kali ini saya berpakaian ikut tips kat internet. Serba hitam.Tapi rasanya asakan manusia nak dibandingkan dengan waktu pagi baiklah waktu saya pergi.Memang saya bercampur dengan bukan orang Malaysia, ada juga dua tiga orang Indonesia dan beberapa orang Malaysia. Yang lain rasanya India, Pakistan, Uzbek dan yang lain-lain.
Ya Allah, polis wanita jenuh membebel dalam bahasa Arab dan Urdu. Saya boleh tangkap perkataan seperti 'akhlak dalam masjid'. Memang kali ni asakan macam orang gila. Saya berada di depan memang nak patuh arahan polis suruh tunggu.Tapi dek asakan saya tercampak keluar ke depan, elok ke depan tapi saya tak masuk Raudhah saya berhenti kejap buat solat taubat. Nampak group tu dah berasak masuk Raudhah.Elok sudah balik , saya masuk group yang menunggu dan saya perasan ada wanita senyum dan geleng kepala melihat saya, saya syak dia rasa pelik kenapa saya tak ambil peluang masuk jer raudhah tadi.Nak masuk dalam Raudhah?? Seriously group tadi pun bersesak tataulah boleh masuk solat ke tak.
Saya tunggu lagi -- kali ni diorang langgar jer polis. Saya tercampak depan dan kali ni saya menghala masuk Raudhah. Tapi saya tak tau kenapa rasa sedih.Rasa malu.Agak-agak apalah Nabi rasa tengok umat dia berebut-rebut macam ni.Polis pun sanggup dirempuh.Dalam group tu saya perasan ada yang mengandung...ya Allah. Saya solat dua rakaat lepas tu saya cepat-cepat keluar.
Nabi bersabar berpuluh tahun dengan perangai manusia, kita nak melawat dia takleh nak bersabar sikit.Saya tak nampak apalah value masuk Raudhah kalau dengan berebut-rebut dan pentingkan diri sendiri.Moga moga Allah beri hidayah kat kita semua.
Kalau tanya tips nak masuk pendapat saya, masuk waktu pagi.Settlekan breakfast supaya tak kelaparan. Lagipun pagi tu much better dari selepas isya.Selepas isya badan penat nanti stress dan mungkin sebab tu orang merempuh saja. Biarlah dapat masuk last kat raudhah daripada berebut-rebut.Ada sebab polis tu categorizekan orang Asia dan lain-lain sebab orang Malaysia setahu saya bendul sikit.Mengikut arahan sikit lagipun body language sama bangsa senang nak faham.Niat betul betul nak jumpa Nabi dan berdoa supaya dapat tunjuk akhlak yang baik.
Polis Arab
Polis Arab memang garang. Saya pun ikut kutuk orang Arab macam-macam sebelum aku ke tanah suci. Tak berdiplomatik, tak sistematik la, bla bla. *Astaghfirullah...geleng kepala*Tapi bila difikirkan balik betapa kasarnya orang Arab ni hati diorang baik. Polis wanita yang jaga Raudhah tu membebel jer panjang, marah sana sini tapi takdelah sampai bubuh penampar.Siap boleh kena rempuh lagi dengan orang ramai.
Kalaulah kita di tempat polis-polis ni agak-agak kita boleh tak bersabar? Dahlah jutaan manusia melawat tempat diorang.Diorang tak charge pun duit untuk masjidil Haram atau masjid Nabawi.Dekat masjidilHaram tu lagi la 24 hours orang keluar masuk. Agak-agak yang datang tu semua spesis baik hati, mendengar kata dan bersopan santun ke?
Berebut dekat hajarul aswad, dah saf penuh still lagi nak masuk masjid. Curi masuk juga lepas tu siap bersyukur lagi sebab boleh masuk. Bayangkan kalau ada kebakaran dalam masjid tu? Agak-agak siapalah yang disalahkan.
Kalaulah saya di tempat diorang silap hari bulan saya tembak jer puak puak ketegaq ni tapi diorang tak.*Nampak tak saya tak sabar.Geleng kepala*
Keras keras pun kau boleh jugak masuk masjid buat ibadat. Tu tak termasuk pasukan pencuci, pasukan air zam zam. Asyik membersih walhal ada puak yang tak reti pergi kencing dekat tempat tak sepatutnya tapi disebabkan diorang ni commited masjidil Haram ni bersih.
Air zam zam tu minumlah, nak bawak botol pun tadahlah. Takde sapa nak larang.Ada pulak puak puak yang tak berapa nak reti pergi ambil wudhuk dekat tong tu. Bolehlah depa bising ,"Haji... Hajah..." tapi buat derk jer. Memang macam tak berdosa kan tapi bila aku fikir balik sebagai tetamu di manalah adab kita.
Kalau difikirkan, betapa baiknya tuan rumah ni walaupun garang kan. Cuba bayangkan kalau kita di tempat diorang.
Comments
Post a Comment