Umrah 2018 Bahagian 7 (Akhir) :Jika diberi peluang untuk saya pergi lagi
***Disclaimer****
Sebelum anda membaca tulisan saya mengenai pengalaman saya tentang umrah, saya ingin menyatakan tulisan saya ini ada ekslusif mengenai pengalaman saya.Saya berasa sangat susah untuk menulis kerana tak kiralah sedalam mana saya menulis ianya tidak sama dengan pengalaman yang saya alami.Dan bukan semua perkara boleh saya tulis di sini kerana bukan semuanya senang untuk diceritakan dan saya ni mungkin lupa on certain details. Jadi bacalah dengan hati yang terbuka dan ambil yang baik baik sahaja.
****************
Bila saya call mak tanya pengalaman dia, dia kata sukar nak explain.Setiap kali nak bercerita dia kata rasa sebak. Rasa nak pergi lagi dan lagi.Samalah saya, bila teringat menitik air mata.Rasa rindu *atau angau* tak tau nak cerita. Sekarang baru faham kenapa orang asyik nak pergi dan kenapa kerajaan Arab Saudi terpaksa strictkan undang-undang sebab kalau tak, jenuh diorang nak layan keangaunan ini.Tak termasuk yang curi curi menetap kat sana tu.
Jika Allah beri peluang untuk saya ulang pergi mungkin perkara di bawah adalah perkara yang saya nak perbaiki. Mungkin anda bertanya saya tips harap harapnya perkara di bawah ini berguna.
Dekat Madinah banyak girl time sebab pintu masjid asing-asing |
Jika mampu bawalah orang tua anda
Atau bawa sesiapa yang menjaga anda dari kecil yang sudah tua.Sebab kebanyakan orang tua sudah tak enjoy nak pergi melancong ke mana-mana. Nak suruh duduk rumah anak pun dah tak betah.Ada jer alasan, ayamlah itiklah berbagai. Tapi jika diajak ke Mekah, seorang diri pun sanggup tau.Berapa banyak orang tua tak pernah naik flight, English tatau, Arab tak tau, bahasa Melayu standard pun tatau bagi sesetengah tu.Ada yang buta huruf lagi tapi boleh baca jawi dan AlQuran. Bayangkan dengan kelemahan itu mereka nekad nak pergi Mekah buat umrah atau Haji.
Bila saya beritahu emak saya yang saya nak bawa mereka pergi umrah, dia betul betul excited.Dia tukar rutin dia bangun lagi awal walaupun dia dah memang awal semata-mata nak menghafal doa, nak solat nak berdoa. Abah saya awal lagi lagi dah beli tali pinggang walaupun tali pinggang tu dia terlupa nak bawa. Mereka tukar rutin mereka , allocate masa nak belajar dan beribadah walaupun belum lagi pergi.
Itu belum lagi masa pergi, pengalaman saya jaga emak, bila dia pegang saya dan bergantung dengan saya; masa rasanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya.*menangis ni* . Orang tua kita sesusah mana pun mereka, mereka sangat memerlukan kita anak-anak untuk jaga mereka.Saya fahamlah sekarang kenapa pahala jaga orang tua ni besar sangat.Dia tak macam jaga anak-anak yang kita boleh post dalam instagram tu.
Jika pahala dekat sana berganda-ganda, maka jangan lepaskan peluang untuk gandakan pahala besar berbakti dekat orang tua anda.Orang tua kita sibuk mendoakan kejayaan kita samada kita sedar atau tidak, sekarang kita ada rezeki kongsilah dengan mereka.
Emak request gambar untuk kenang-kenangan |
Maka nasihat saya, jika mampu bawalah.Jangan berfikir susah sangat, doa banyak-banyak supaya dimudahkan.
Belajar dan belajar
Pergilah khursus umrah selalu, jangan rasa sekali pun dah cukup. Pergi selalu sebab ustaz lain-lain, kaedah penyampaian lain.Malah dalam khursus tu bukan sahaja ilmu umrah sahaja yang kita dapat, ilmu lain pun.Saya beli buku cara nak ingat makna bacaan dalam solat, betulkan alFatihah dan lain-lain. Kita jarang check kekurangan diri, inilah masanya nak muhasabah.
Rutin saya pun bertukar dek disebabkan nak pergi umrah. Niatkan nak pergi umrah kerana Allah dan supaya Dia tambahkan ilmu kita.
Bila kita ada pengetahuan, ketakutan kita inshaaAllah berkurang. Pergi sana tanpa pengetahuan itu yang kadang-kadang kita takut tak bertempat.
Malah bila sampai di sana, teruskan belajar. Tanyalah orang seperti tukang sapu di mana tempat wudhu. Saya tidak pernah ambil wudhu guna spray sepanjang di sana sebab saya tahu tempat ambil wudhu ada di setiap penjuru Kaabah cuma kena masuk dalam bangunan.Ada yang di bawah tangga. Saya rasa nak spray tu lambat, better saya jalan kaki saja ke tempat wudhu.
Lagi pula kemungkinan mutawif berlainan pendapat, malah lain ustaz pun boleh lain. Lain di sini bukan bermakna salah tau. Contoh niat bersyarat tu pun mungkin ada berlainan pendapat, bayaran dam pun boleh jadi lain. Masa ni ilmu ni berguna untuk kita sesuaikan dengan keadaan kita.
Pernah dengar kisah yang mutawif asyik kenakan dam kambing sahaja untuk semua permasalahan. Jika kita tahu salah kita apa kita boleh bayar ikut yang kita belajar. Mutawif tu mungkin tak salah, tapi mungkin pegangan dia keras sedikit.Itulah gunanya cari ilmu banyak banyak bukan nak cari salah orang tapi nak selesaikan masalah kita sendiri.
Familiarkan diri dengan masjid tu kalau boleh seawal yang mungkin. Buat research dan banyakkan tanya, tanya jer pekerja kat situ.Guna basic language jer contoh 'wudhu?wudhu?'
Takyah nak atur grammar bagai sebab mereka belum tentu tau English.Tanya jer dalam bahasa Melayu.
Malah plastik selipar pun disediakan pihak masjid tau.Malah khutbah jumaat tu boleh didengar melalui satu apps ke radio tu *alamak saya tak ingat*. Jadi hari jumaat boleh dengar translation direct. Hari jumaat pagi pagi ada booth pertanyaan disediakan, sila tanya. See, tu la bila banyak tahu takdelah rasa masjid tu takde sedia kemudahan apa-apa.*membebel kat diri sendiri*
Masjidil Haram tu antara yang berprestij tau, ada team pembersihan, team minuman, team info dan lain-lain.Kalau tak mana mungkin diorang nak handle puluhan juta manusia tau.
Tawaf, tawaf dan tawaf
Tawaf mendapat pahala berganda di Mekah.Jadi jangan lepaskan buat tawaf sunat selalu. Masa tawaf ni kita dapat tengok pelbagai manusia berdoa. Ada yang tua, buta, muda dan pelbagai menghadap sesak semata-mata berdoa.Saya gigih naik tingkat atas sekali sebab nak lihat pemandangan ni. |
Kalau penat barulah solat qadha/solat sunat atau baca quran.Ini pendapat peribadi saya.
Tawaf adalah perkara yang saya rindu nak buat lagi sebab tawaf tak boleh buat kat tempat lain melainkan di Kaabah saja. Jadi jika diberi peluang pergi lagi, saya harap saya boleh tawaf puas-puas.
Luaskan sumber pahala
Sedekah, senyum , zikir, positive thinking dan apa sahaja amalan yang baik itu berpahala dan di sana berganda-ganda.
Saya bernasib baik kerana datang haid di hari terakhir tapi tidak bermakna mereka yang haid ketika di Tanah Suci itu bernasib malang. Redha dengan ujian seperti tak boleh nak pergi masjid sebab haid yang Allah bagi tu pun berpahala.
Luaskan pemikiran yang banyak lagi amalan yang tak perlu pun masuk masjid. Bersihkan bilik, mudahkan urusan mereka yang nak buat ibadah. Berzikir, bermuhasabah atau tolong shopping barang supaya orang lain boleh fokus pergi masjid tak perlu nak shopping-shopping dan pelbagai lain.
Moga moga sepanjang haid tu kita berpahala, sepanjang bernafas tu berpahala.
Doalah selalu dan bulatkan hati
Sebab tak kira bagaimana kitaberusaha pun, Allah yang menetapkan sesuatu perkara.
Doa sebelum pergi, sepanjang perjalanan, sepanjang di sana dan sepanjang masa. Mereka bermusafir doa mereka makbul maka sepanjang ini berdoalah.
Doa untuk orang lain. Sebab tu saya tanya kalau kalau ada sesiapa nak kirimkan doa sebab kadang-kadang saya blank tak tahu nak buat apa. Moga-moga kiriman yang anda beri itu memberi ilham untuk saya untuk terus berdoa dan melatih diri supaya sentiasa berdoa.
Pagi sebelum balik saya berjumpa dengan seorang wanita. Dia beriktikaf kat masjid tu dari pagi sampai tengahari.Rupanya dia masuk Raudhah tapi dia tak fokus sangat nak buat ibadat dalam Raudhah tu *logikla sebab tempat tu sesak kut , tapi selepas keluar dari Raudhah akan ada ruang yang lengang. Jadi dia ambil peluang kat situ baca Quran, solat dan sebagainya.
Dekat Masjid Nabawi dah tak terikat dengan umrah dan lain-lain, jadi banyakkan masa beriktikaf dan beribadat dalam masjid. Wanita yang haid takleh masuk dalam masjid tapi kat kompleks luar tu boleh.Penuhkanlah pahala dengan membaca tafsir, buku-buku berfaedah dan berzikir.
Bila saya fikir balik, mindset saya pun salah juga rupanya selama ni. Asal haid jer berhuha huha merdeka. Terlupa yang masa haid adalah masa saya explore ibadat lain yang tak perlu solat dan baca quran.
Bawa barang secukupnya bukan berlebih-lebih
Bila nak travel inilah masalahnya ,'apa nak dibawa?'
Jika saya diberi peluang lagi saya akan lebihkan bawa inner - t shirt kat dalam. Jubah tu tak perlu banyak especially kalau berniat nak shopping. Inner - t shirt tu mungkin akan busuk so tak best nak diulang pakai.
Kebarangkalian baju nak kotor sebab najis tu tak ada sebab kat sana bersih.Tahi burung pun susah nak nampak walaupun burung banyak.Lagipun cuaca berangin membuatkan kita tak berpeluh.
Makanan nak bawa ke tak? Hari tu barang yang terlebih bawa adalah serunding. Sebab paling risau takut mak tak ngam dengan makanan sana. Silap saya sebab dah bungkus makanan guna ala-backpacker. Mujur lah tak bawa megi. Kalau nak bawa pun bawa sikit sudahlah hanya untuk lepaskan kempunan. Apatah lagi kalau pergi bersama travel agen.
Masa kat Mekah, makanan kat Hotel Hera tu sedap mak saya tak miss satu pun. *angkat tangan malu-malu,saya pun* . Dekat hotel kat Madinah tu macam kurang sikit, macam nak ke Arab sikit. Masa ni la mungkin serunding tu berguna just nak bagi lalu makan.
Tetapi jangan sesekali bawa makanan sebab takut kelaparan, kalau pergi dengan travel agen tak mungkin kelaparan. Malah ada makanan tak habis pun sebab diorang akan sediakan makanan selalu.
Jika nak bawa juga, bawalah biskut atau snek yang kecil kecil tu sebab senang nak sedekah. Saya ada bawa biskut Munchies paling best bila boleh edarkan dekat kompleks masjid Nabawi tu especially bila snek yang kita bawa tu spesis rare yang kat sana boleh dapat.
Tetapi jangan sesekali bawa makanan sebab takut kelaparan, kalau pergi dengan travel agen tak mungkin kelaparan. Malah ada makanan tak habis pun sebab diorang akan sediakan makanan selalu.
Jika nak bawa juga, bawalah biskut atau snek yang kecil kecil tu sebab senang nak sedekah. Saya ada bawa biskut Munchies paling best bila boleh edarkan dekat kompleks masjid Nabawi tu especially bila snek yang kita bawa tu spesis rare yang kat sana boleh dapat.
Duit kecil
Memang bila tukar duit kat money exchange susah nak dapat duit kecil.Masa tukar duit dapat 500 , 100 riyal jadi susah nak bersedekah kan. Jadi masuk shopping komplex contoh yang dekat Masjidil Haram tu Jabal Omar *kalau tak salah* , belilah makanan contoh fast food ke *ayam Albaik yum yum*. InsyaAllah dapatlah duit kecil kecil.Kalau nak tukar duit dari budak budak yang meniaga takde permit tu susah rasanya sebab diorang pun meniaga curi curi. Kalau nak pecah duit kat kedai kedai yang kat tepi jalan tu pun rasanya susah. Saya berpendapat, tukar kat kedai makanan especially kat shopping complex senang sikit.Makanan tu pun boleh disedekahkan juga.
Cara lain boleh beli pakej chocolate kat kedai macam Bid Dawood tu, coklat tu pun boleh disedekahkan.
Lagi satu janganlah tukar sekali gus, cerdik sikit la no. Hari ni tukar sikit, esok tukar sikit.
Bandar Madinah agak moden sedikit dari Mekah |
PENTING : Jangan bawa semua duit pergi masjid. Pandai pandailah simpan atau sorok mana mana.
Ini untuk tukar duit kecil kecil mengikut pengalaman saya yer.Kalau ada kemampuan bersedekah not-not besar apa salahnya kan .
Kesihatan
Ambil vaksin, kalau ada pakej promosi lebih apa salahnya letak vaksin lebih sikit.Kat sana jumpa bermacam orang tau, dari negara yang maju dan juga yang tak.Kita tatau siapa bawa penyakit apa.Sebelum nak buat ayat tawakal atau doa lebih kita berusaha.Labur sedikit untuk kesihatan.Ubatan secukupnya sepecially untuk demam, batuk dan selsema. Banyakkan pakai mask di luar waktu ihram. Masa ihram tak boleh pakai mask(takleh tutup muka). Dekat sana seriau tau orang dok batuk batuk, kita takleh jangka virus apa orang bawa dan kita punya imunisasi pun tak tau sekuat mana.*saya trauma sebab pernah masuk hospital H1N1*
Bawa mask yang ikat belakang tu senang sikit. Lepas tu jangan ikut hati sangat, ikut tahap kesihatan badan juga bila beribadat. Jangan gagahkan sampai tak cukup tidur, tak cukup makan. Biar kita dua minggu kat sana sihat daripada pulun buat ibadah dua tiga hari lepas tu jatuh sakit.Takut nanti ibadah kita ke mana dan end up tersusahkan orang lain pula.
Sebelum pergi tu banyakkanlah exercise seperti berjalan, jogging. Jaga makan sebelum pergi dan semasa berada di sana. Menjaga kesihatan tu pun dapat pahala.
*ish..ish.. nasihat orang pandai kan*
Selipar
Pendapat saya sandal getah tu sangat cun untuk perempuan sebab boleh pakai dengan stokin. Yang ala-ala croc tu pun senang. Sebab bila getah semua tak ralat bila masuk tandas atau nak basuh bila nak masuk masjid.Beli yang kain atau kulit mahal tak rasa sayang pula nak jirus air. Tu tak termasuk kalau tiba-tiba ditakdirkan hilang pula.Kasut guna untuk jalan jauh jauh. Sandal getah ni lebih kepada untuk aktiviti ibadah harian kita.
Saya perasan saya perlu basuh sandal saya sekali dua jer. Hari lain tapak dia bersih jer malah tak perlu basuh bila nak masuk masjid.
Sedekah
Kepada siapa yang sesuatu kena tanya hati sendiri tu.Memang dekat sana ada jer sindiket pelik pelik. Selalunya mereka ni jenis meminta dan paksa-paksa.Malah ada budak budak masa kami melawat masjid mana tah, memang memaksa suruh beli.Adik saya pernah menyaksikan pergelutan sebab kes memaksa ni.Bila beli satu kat satu orang, yang lain berkerumun suruh beli.Jangan terkejut kalau tiba-tiba keluar masjid ada wanita berpurdah minta duit dekat anda.
Pernah nampak beberapa wanita kalau tak salah saya empat kut bersama seorang kanak kanak kecil dan semuanya kudung tangan kiri (macam kena potong) duduk beratur dari paling kecil ke besar tadah tangan.
Sedekah dekat mereka yang bermusafir kat situ yang rasa susah sebab bukan semua senang nak ke Mekah tu. Mungkin kawan-kawan serombongan kita atau jemaah dari negara lain. Yang bekerja kat situ, kalau perasan ada jer pekerja wanita yang membersihkan tandas dan bilik wudhu.
Kalau nak wakaf alQuran, boleh rujuk mutawif sebab kalau nak wakaf kat Masjid bukan semua Alquran diterima ya.Hanya AlQuran yang ada kelulusan Madinah sahaja. Patutlah kat masjid tu cantik jer susunan AlQuran, seragam semua. Jangan pandai pandai nak beli Quran kat Malaysia dan wakaf kat sana.
Malah ada program untuk tahlil dianjurkan oleh pihak Andalusia, masa ni pun boleh sedekah.
Terpulang nak sedekah kat siapa tapi yang penting hati kita rasa betul dan ikhlas.
Berlapang dada
Sebab bukan semua perkara terjadi ikut rancangan kita. Kalau rancangan kita selari dengan kehendak Allah maka menjadi.Jika tidak, tak payah fikir Allah marahlah atau bala ke. Fikir yang Allah dah revise rancangan kita dan Dia memperbaiki rancangan kita.
Sama ada rancangan kita jadi ke tak, orang baik ke tak itu semua kehendak Allah. Yang penting kita ni kena selalu baiki diri dan bersangka baik dengan Allah dan Allah sangat berkehendakkan kebaikan untuk kita lebih dari kita sendiri tau.
*
*
*
*Eh penatlah nak taip banyak-banyak, kalau ikut nak cerita memang banyak. Apa kata korang tanya pula. Apa-apahal silalah tanya kat komen tu.*
Akhir kata,saya doakan anda berpeluang pergi ke Tanah Suci dan doakanlah saya boleh pergi berkali-kali.*uppss*.
Comments
Post a Comment