Umrah 2018 Bahagian 6 : Peristiwa Lucu
***Disclaimer****
Sebelum anda membaca tulisan saya mengenai pengalaman saya tentang umrah, saya ingin menyatakan tulisan saya ini ada ekslusif mengenai pengalaman saya.Saya berasa sangat susah untuk menulis kerana tak kiralah sedalam mana saya menulis ianya tidak sama dengan pengalaman yang saya alami.Dan bukan semua perkara boleh saya tulis di sini kerana bukan semuanya senang untuk diceritakan dan saya ni mungkin lupa on certain details. Jadi bacalah dengan hati yang terbuka dan ambil yang baik baik sahaja.
****************
Sesiapa yang berkawan dengan saya tentu tahu tentang banyak cerita lawak dek kerana saya yang clumsy dan menonong ni.Dekat Tanah Suci pun ada jer perkara yang kelakar terjadi.
Payung kat Masjid Madinah akan ditutup di waktu malam. Jadi payung pun cantik, jadi tiang pun cantik. |
Sentuh
**Disclaimer : Saya bukanlah muslimah yang ideal. Walaupun saya tak pernah bersentuh dengan lelaki muslim tapi pernah saja saya berjabat tangan dengan lelaki bukan Islam bila berjumpa untuk meeting.Ianya memang jarang berlaku di Malaysia tapi pernah di luar negara. Ianya memang disebabkan kejahilan dan kekurangan diri saya.InshaaAllah saya cuba baiki dan mohon doakan saya ya.
Nak dijadikan cerita bila flight landed di airport Jeddah, saya tertinggal ke belakang akibat masuk tandas.*Sakit perut macam nak mati, tak kuasa saya nak follow rules*
Maka tinggallah saya beratur bersama-sama dengan warga negara lain.Masa pegawai immigresen tu suruh saya letak empat jari untuk scanning, saya letak. Tapi tah kenapa cap jari saya tak dapat dikesan, mungkin saya tekan tak kuat.Pegawai immigresen tu letak jari dia atas jari saya nak tekan, cepat-cepat saya angkat tangan saya.Tindakan refleks itu di luar sedar, saya cuma terfikir eh aku dalam ihram ni.*nampak tak betapa blurnya baru turun flight*
Bila saya tersedar, saya cepat cepat letak balik jari saya atas mesin tu dan tekan sedaya upaya nak bagi mesin tu detect.*tapi macam tak berjaya jer*
Pak Arab Immigresen tu membebel apatah *saya tak faham* sambil tarik beberapa helai tisu, dia letak tisu tu atas jari saya dan dia tekan jari saya. Berlapiklah kiranya kali ni.
Saya memang tahan gelak, malu pun ada padahal bukanlah first time saya deal dengan immigration.This is my first time jari saya tak dapat didetect, kat negara lain okay jer. Mesti pegawai tu pening nak layan kerenah hajah-hajah ni. Dahla tengah malam, berderet lagi yang beratur kat belakang saya. Bila dah settle dia cuma cakap kat saya, "Thank you." sambil geleng kepala. *Aduh sorry encik*
Polis
Sewaktu di Mekah saya biasa melihat wanita berniqab yang memang tutup habis; maknanya mata pun tak nampak. Memang ada tapi takdela banyak sangat. Tapi saya takdela rasa apa-apa pun.
Ditakdirkan ketika nak masuk masjid betul betul dekat pintu, saya tengah menguruskan emak *kalau tak silap saya* tukar kasut dan salin kasut tawaf.Sebab benda tu la rutin kami ketika di pintu masjid, keluarkan kasut tawaf dan simpan selipar dalam beg selipar.
Sewaktu saya berpaling tup tup lembaga hitam betul betul dekat saya. Saya terkejut terus melatah 'Allahu Akbar!!'. Serious terkejut sebab tengah-tengah bersembang betul betul wanita berniqab yang tutup semua saya berdiri betul betul depan saya.
'Selawat Hajah... selawat.. Allahuma..' Dia suruh saya berselawat sambil dia pun berselawat mungkin nak menenangkan. 'Just check bag only.' Saya perasan dia geleng kepala, mesti dia pun terkejut sebab saya melatah tadi.
Haduhhh.. rupanya polis wanita nak check beg saya.Itu procedure biasa tapi saya pun tak sure selama ni kenapa saya terlepas.Ha ha.Terus saya bagi semua beg saya.Seriously saya jerit tu bukan sebab takut tapi sebab terkejut.Ralik tengah buat benda lain tiba-tiba kalih dia betul betul depan muka.Kalau dia tak pakai hitam semua pun saya yakin saya akan terkejut.
Memang polis akan check beg; rasanya dia nak check makanan kut kut ada terbawa masuk ayam AlBaik ke atau benda benda lain yang mencurigakan tapi phone boleh bawak masuk.
Selepas saya tahu yang wanita yang berniqab penuh ni polis maka merekalah menjadi target saya untuk tanya soalan.Honestly mereka memang baik, walaupun tak nampak muka boleh rasa sifat keibuan diorang tau.
Mutawatif
Sebutan yang betul ialah mutawif. Banyak kali saya kena praktis sebab asyik tersebut 'mutawatif'. Malu sebab confident saya bersembang dengan mutawif tapi asyik tersasul sebut 'mutawatif'.
Tu tak termasuk nama mutawif saya kat Mekah.Mutawif kami sepanjang di Mekah ialah Ustaz Winarno. Saya terpaksa hafal nama dia banyak kali sebab asyik tersalah sebut. *minta maaf banyak ustaz* Dah confident baru berani sebut.
Mutawiif kami ni dah enam tahun study kat Mekah berasal dari Indonesia. Orangnya kecil dan rendang sahaja tapi dia punya suara bila cakap bahasa Arab kalau kita dengar betul betul macam orang Arab.Bila ustaz ni bercerita pasal memang menusuk sebab bahasa dia tersusun.Disebabkan dia dah lama kat Mekah, saya perasan yang semua perjalanan kami smooth saja, selalu sampai awal.Bila kami dah sampai baru bas lain sampai.
Tu tak termasuk tahap kesabaran lagi.Sampai saya terfikir, nak jadi mutawif ni kena sabar, kena pandai diplomatik, kena pandai nak sorok kemarahan.Sebab mutawif tak membebel lagi, saya yang dah start membebel seorang diri dalam bas tu.
Rijal
Saya ada beli dua helai seluar palazo special untuk umrah.Ditakdirkan di Madinah, saya memang kehabisan jubah nak pakai.*semua jubah saya dah busuk* Jadi saya pakai sweater besar dan seluar palazo.Pergi masjid saya pakai telekung.
Tapi waktu turun shopping, saya keluar tanpa pakai telekung tapi saya pakai shawl macam biasa la.Saya sebenarnya dah rasa pelik dah, macam ada jer mata-mata melihat saya.
Masuk satu kedai jubah ni. Tiba-tiba tukang jual tu tanya, 'Rijal?'
Ehh..
'Lelaki?' Dia tengok saya. Kat sana banyak peniaga tau bahasa Melayu so takleh lah nak kutuk kaw kaw.*tak baik la kutuk kutuk*
Mak saya,'Hei dia perempuan la.'
Adik saya dah gelak.'Dia ingat lelaki sebab Along pakai seluar.'
Okay, kat tempat diorang saya perasan kebanyakan lelaki pun pakai jubah labuh.Jadi kalau lelaki pun jarang berseluar apatah lagi pompuan kan.
Kami beli jubah kat situ dan saya terus sarung salah satu jubah dalam kedai tu juga. Tukang jual tu heran.
Saya cakap,'Saya pakai siap siap supaya orang tak ingat saya lelaki.' Terus dia gelak.
Cermin
Masuk toilet kat Masjidil Haram takde cermin ye kawan-kawan. Kat Masjid Nabawi saya tak tahu sebab saya tak masuk Masjid Nabawi. Kedai kedai jubah kat Mekah pun setakat kami pergi ni takda. Dekat Madinah ada juga kedai yang ada cermin.
Sila lupakan angan-angan nak pakai shawl yang rumit lepas ambil wudhu kat masjid, kat sini diorang pakai shawl tak perlu brooch atau peniti.Sup sap sup sap siap tanpa perlu tengok cermin.
Pernah adik saya bertanya kenapa takde cermin kat kedai kepada salah seorang penjual.Yelah nak tengok diri sendiri pakai jubah pun susah.
Penjual tu reply lebih kurang begini ,' kat sini tak boleh ada cermin.nanti orang bergaduh.'
Apa maknanya sampai sekarang pun saya tak faham.
Comments
Post a Comment