Minggu Yang Gelap

Isnin 15 September

Aku call pusat penghantaran  tu, nak bertanyakan kurier yang dikirimkan dari KL.Suara seorang perempuan menjawab.”Bila sampai eh?”

“Esok kak.”Katanya.

Aku pun dah beritahu abah dan adik kalau ada orang yang datang menghantar kurier.Petang tuh aku balik.Tak ada pun kiriman.Kecewa sedikit.Tapi tak apalah, minta-minta la tak ada polis, atau kemalangan berlaku.Ye lah road tax aku dalam kurier tuh

Selasa 16 September

Aku call pusat penghantaran tuh.Melalui internet aku dapat track ke mana kurier aku.Lebih kurang pukul satu lebih status out of delivery.Macam biasa perempuan jugak menjawab, “Esok kak.”

“Confirm ke?”

“Ye kak confirm.Esok sebab tak sempat.”

“Okay.”Still aku bersabar.Balik rumah, macam biasa tak ada apa-apa penghantaran.Mungkin delivery guy tak sempat sampai , ye lah bulan puasa takkan la nak kerja sampai petang.

Rabu 17 September

Aku malas nak follow up sebab aku confirm hari ni mesti sampai.Seorang member ofis mengoferkan diri untuk call pusat penghantaran tersebut tapi aku malas nak follow up.Sampai lah hari ni.

Balik rumah petang tuh, aku tanya abah.”Tak ada pun”.Kiranya dah seminggu aku bawak Ceri keluar secara haram la.Panas juga hati nih.

Khamis 18 September

Pagi – pagi aku call pusat penghantaran tuh.

Aku : Nak tanya pasal kurier saya bila nak sampai?

Operator: Dah hantar dah semalam tapi tak ada sapa.

Aku:Hah, ye ked ah hantar semalam?Kenapa tak ada sapa call pun?

Operator wanita:Ye, tapi tak ada orang.

Aku:Habis tu camana?Hari isnin pun awak cakap hari selasa, tapi tak sampai pun.Ada jer orang kat rumah tunggu

Operator:Dah tak da orang.Orang kami pun ada hari tertentu pergi sana

Aku:Habis tuh camana nih?Bila saya boleh dapat nih?

Operator:Esok la, esok akak ada kat rumah tak?

Aku:Mana ada.Saya kerja.Tapi adalah orang kat rumah tu.Sepatutnya awak call saya ke kalau ada masalah.

Operator:Habis tuh camana?Akak takde kat rumah

Aku:Okay .Kalau saya tuka alamat ke Kulim camana?Bila boleh dapat?

Operator:Esok

Aku:Esok jugak?Confirm ni, kang nanti hantar hari Sabtu problem pula sebab saya takda.

Operator:Ye sampai esok.

Aku pun memberi alamat ofis kepadanya.

Aku: Boleh tak awak ulang alamat saya tuh, kut-kut tersalah

Dia pun mengulang sehingga sampai ke line poskod tuh dia diam.Bengang

Aku:Kenapa?

Operator:Tak payahla ulang-ulang!!Kan dah sampai kat sana .Buat apa nak ulang-ulang?

Aku terdiam mendengar suaranya yang kasar.Tak apalah, dia kerja kat pusat penghantaran, mungkin dia lagi tau nama-nama kawasan.

Selepas tuh dia letak tepon.Air mata aku rasa cam keluar gak nih, sebab ye lah jarang orang berkasar ngan aku.Pompuan pulak tuh.Kalau lelaki memang la ada yang kene telan.Tau-tau jer air mata kuar, terus jer aku lari gi toilet.Tension tul.Teringin aku nak jadi cam orang lain boleh jer maki-maki hamun.Susahlah aku cenggini, asyik kena buli.

Lepas tuh aku mengadu kat agen aku kat kl, message jer la.Tau-tau jer dia call balik aku.Bengang la dia sebab company dia yang guna service pusat penghantaran service tuh.”Asal Unid tak cari jer manager dia?”

Malas tul aku.Tau-tau agen aku tuh pi serang HQ pusat penghantaran kat KL.

Tengahari aku dapat call dari operator.Dengan suara kasarnya, tak ada salam pun, “Akak ke yang call kat Dato Keramat tadi??”

“Takde lah, agen kut.”

“Ni akak, ni no pon BM, kurier akak akan dihantar ke BM.So akak call la diorang”

“Ok”

Petang aku balik rumah, tanya abah aku samada dia ke mana-mana tak Rabu kelmarin.

“Tak.Abah tunggu kat rumah.Pagi adalah abah kuar setengah jam jer  beli ikan”

Sah.Samada delivery guy tuh tak reti nak jenguk atau tanya orang ataupun diorang memang tak hantar pon kurier tu.Cam tak logic plak, ada ker orang susah payah cari rumah lepas tuh tengok cam takde orang terus blah.Kalau  orang kampong sendiri nak gi kenduri logic la.Ini kerja, larat ke dia berulang kali nak jenguk rumah aku.

 Jumaat 19 September

Pagi-pagi aku dah call cawangan BM.Malas nak kasi muka dah.Operator nya kata confirm kurier aku akan sampai hari ni.

Tengahari, aku call balik.Aku nak mintak no tepon delivery guy tu, kut-kutla sesat pulak.

Operator : Kami pakai contractor.Contractor takde pickup , so takde no pon diorang.

Aku:(Blur) Habis tuh camana awak track

Operator: (Maybe dia dok refer info aku) Eh, salah nih akak .Alamat akak kat KK mana leh hantar kat BM …bla..bla…………. –

Aku:Ehemmm..baru jer pagi tadi  saya call korang cakap kurier saya ada dan hari ni akan sampai.

Operator: Ohh..ye ke? Kejap ye.    Ohhh..ada-ada

Aku cam nak pening, muntah pun ada.: Boleh tak saya nak no tepon orang yang pegang kurier saya.

Operator tuh lantas bagi no tepon delivery guy tu.

Aku call pulak Nasrul bukan nama sebenar.Suka hati lah aku nak letak nama apa pong.

Aku: Encik Nasrul ada pegang kurier saya.

Nasrul:Ya.

Aku:Bila boleh sampai?

Nasrul:Dalam tengahari la kut.Atas kul dua camtuh

Aku:Confirm eh?

Nasrul:InsyaAllah kak, kalau saya tak mati.

Aku:Takper saya doakan awak tak mati lagi. (Memang aku dah tak larat nak tunggu dah)

 

Petang.At last, akhirnya sampai jugak kurier aku.

Nasrul: Cuba akak tengok alamat nih? (Dengan muka menyindir)

Aku tengok KULIM, pastu poskod pastu Bukit Mertajam.Bodoh betulla sapa yang tulih alamat nih.Kulim kat Kedah.Bukit Mertajam kan kat Penang

Nasrul: Alamat pun tak betul.Banyak saya dapat alamat macam ni ( Nak sound aku la tuh)

Aku: Tak, bukan saya yang tulis.Saya dah suruh operator awak ulang sebab saya nak check alamat tuh.Tapi dia tanak, dia dah tau katanya.

Nasrul: Ooohh..kurang ajar  tul orang tuh.

Huh…macam-macam orang aku jumpa.Penatlah layan orang.Penat…layan Mr. Leno juga yang best.

Comments

  1. huh! yg baca ni pon sakit ati. syai pon ade prob gak ngan roadtax delivery..adeke sok dh nk blk kmpung cuti raya, ptg tu baru nk pos (Sabtu). giloss aper.. akhirnye wat appointment jupe agent tuh kat masjid pantai dalam. nasib baik la dok area kl. lega bila dh dpt..kalu x alamatnyerr seminggu la jgk bwk kete secara haram ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts