Antara tangisan dan senyuman
Aku membaca sebuah buku himpunan cerita-cerita pendek dari Asia Barat. Ceritanya ringkas, buku kanak-kanaklah katakan.
Seekor dubuk melalui sebatang sungai.Dia ternampak seekor buaya di tepi sungai, lalu menegurnya.
“Apa khabar Encik Buaya?”
Sang buaya mengeluh.”Aku sebenarnya sangat sedih dengan nasibku ini.Ada kala aku menangis apabila mengenangkannya tetapi orang mengatakan ‘Itu air mata buaya sahaja’. Tak ada siapa memahamiku”
“Aku pun begitu juga.” Ujar sang dubuk.”Ada suatu hari, aku melihat matahari naik.Hatiku benar-benar bahagia lalu aku tersenyum, tetapi orang berkata ‘Ahh..itu sekadar senyuman dubuk sahaja’. Padahal aku senyum betul-betul dari hati”
Pengajarannya , suka duka orang biasa tidak dipandang sama oleh orang yang kaya dan terkenal.
Ps: Maaf jika penceritaan semula ini tak bagus. Unid guna ayat sendiri sahaja

Comments
Post a Comment