Moving
January 04
I am moving out.Since aku balik Kedah bulan May aku berulang alik dari rumah Aku memang mengharapkan yang aku dapat rumah sewa.Syukur, thanks God dapat juga. Bukannya aku benci duduk di rumah tapi aku rimas . Walaupun mak aku bukan lah mengongkong sangat tapi sifatnya yang mudah risau membuat aku rimas. “Alah..Along memanglah tak paham perasaan mak sebab Along tak da anak”
Hadeila.Aku dah besar, lagi pun lagi tiga tahun nak cukup 30 (Tua benor).Dari kecik aku biasa berdikari tiba-tiba bila besar aku nak dimanja-manjakan rasa cam rimas pula.Manja pun bertempatlah.Aku tahu pukul berapa aku patut bangun pagi dan aku jarang bangun lambat.Aku bukannya liar.Tapi kalau asyik disoal siasat yang tak liar pun macam nak jadi liar.
Akhirnya aku dapat bilik yang aku boleh menangis sebebasnya, tunjuk perasaan sebebasnya, menulis sebebasnya.Bilik aku mungkin jadi kemas atau selerak sebebasnya.Depend on my mood.
“Maaf mak, along sangat sayangkan mak.Sebab tuh along fikir elok along keluar.Kalau kat sini along boleh pilih samada nak makan atau tanak sesuka hati.Along boleh stress sesuka hati.Jadi emak takkan susah hati bila tengok along muram ke apa.Along cuma nak masa untuk along.”
Emak juga paham, aku kerja balik tak tentu.Ada time lambat dan waktu tu dia akan mula risau.Itu antara sebab lebih baik aku duduk tempat lain.
Dan kucing putih ku, si Abang yang control macho.Aku jarang rapat dengan kucing ni, especially kucing ni yang jenis control punya kucing.Bukan jenis manja.Tapi setiap petang dia akan duduk di laman, melihat kereta lalu lalang, menunggu kepulangan ku.Sebaik sahaja kereta aku masuk ke laman, dia akan masuk ke dalam rumah buat derk macam takde apa-apa.Begitu rutinnya setiap hari, menunggu aku pulang tetapi tak menyambut kepulanganku. Macam mana nanti kalau tunggu –tunggu tapi tuannya ini tak pulang.Itulah …ego sangat.Mahu tapi malu.He’ll get used to it.
Comments
Post a Comment