Cuma ada sekarang
Ahh..Hampir setahun aku duduk di sini. Aku teringin nak mengambil kelas Mandarin, tapi setakat nih tak berjumpa lagi kelas. Rasa macam nak belajar berenang , itupun tak tau kat mana.Nak melancong , pompuan banyak songeh pula kalo merayau sesorang.Leceh kalau nak backpack.
Nak sambung study, duit tak cukup.Nak beli rumah, pendapatan tak berapa nak stabil. Aku mengeluh melihat cermin, “Alamak kedut” Nak beli segala anti penuaan juga mahal.
Banyak benda yang belum tercapai tapi kekadang usaha sendiri pun belum tentu cukup.Umur makin meningkat, tau-tau banyak yang terbuang.
Uhhh…Aku mengeluh.Bagaimanalah agaknya negara-negara yang dilanda peperangan.Aku di Malaysia aku asyik risau takut tua nanti takda apa-apa, diorang kat sana dilahirkan memang untuk mati dibom tak sempat nak memikirkan hari tua.
Aku di sini makan ikut suka hati, dekat sana berpuasa sepanjang masa.Sana tak ada yang sempat memikirkan masa depan,rancangan untuk sambung belajar atau kahwin.Mereka cuma ada sekarang. Kekadang aku menyoal kenapalah aku ini dihidupkan?Tapi kalau didengar oleh kanak-kanak di Gaza mungkin mereka akan menyampah dan menyumpahku.Aku yang hidup begini masih lagi mempersoalkan takdir, padahal mereka di sana dilahirkan untuk mati serta merta. Hidup mereka pembaziran kah? Aku terkelu sendiri.
Aku memang manusia yang tak tahu diuntung.Merungut tentang benda-benda kecil. Bayangkan kalau kita tak ada masa depan, yang ada cuma sekarang?Apa yang nak dibuat eh?

Comments
Post a Comment