Tayar

Sabtu 17 January

Hari ni aku berjanji dengan member nak hiking Bukit Bendera. Sebelum apa-apa kena isi minyak dan angin dulu. Pertama kali aku akan memandu Ceri masuk Penang.

Lebih kurang pukul 7.00 pagi, aku memandu Ceri menuju ke stesen minyak kat Kilang Lama.Ceri berkelakuan pelik. Aku tak tahu kenapa, tapi pelik tak macam selalu.Sampai stesen minyak, tempat isi angin rosak. Mungkin boleh isi kat highway nanti.Isi minyak dulu.Aku pun isi minyak. Full tank beb.

Dalam perjalanan ke Mimos, Ceri semakin bertambah pelik.Something wrong with the tyre.Aku gagahi dengan 40 km sejam.Aku onkan lampu emergency lamp.Tayar ku berbunyi rasanya satu jalan leh dengar. Habis lah.

Sampai Mimos terus turun tengok tayar. Habissssss……Lubang .Member ku cuma menggelengkan kepala.
"Dari jauh boleh dengar kereta Unid.Asal bawak jugak?”
Aku terkelu.Tak tahu nak jawab apa. Mungkin tanak orang tunggu dan mostly sebab aku bodoh. :P

“Teruk dah ni.Memang kena tukar tayar baru”

Aku mengeluh.

“Camana?Jadi tak nak hiking ni?”

“Jadi. Balik nanti baru fikir pasal tayar ni.” Tayar ni melibatkan aku, Ceri manakala hiking melibatkan banyak orang dan sudah dipelan awal-awal.

Apa pun hiking dulu.Member ku memandu keretanya.Dan sepanjang hari tu telinga dan mataku sensitive.Tegak jer telinga bila orang sebut tayar. He he he.

Oleh kerana masa hiking pun berlaku pelbagai yang tak dijangka, pagi Ahad lebih kurang pukul 3.00 pagi baru sampai.Aku memutuskan untuk tidur di rumah member, esok bangun lepas rest cukup baru melawat Ceri. Selamba kan?Tatau kenapa tetiba jadi sangat selamba.

Ahad 18 January pukul 4.00
Aku dan member menukar tayar spare.Kemudian survey tayar di kedai sekitar Kulim. Dua ja sebab banyak kedai yang tutup.Akhirnya aku memutuskan membeli tayar baru. Terbang RM120.

Masalah selesai lebih kurang pukul 6.30.Kemudian aku bertanya kepada member ,” Nak pi Tesco Sungai Petani tak?” Gila kan?

“OK”

Jadi kami pun pekena ayam RFC untuk pertama kali.Begitulah akhirnya kisah Ceri yang malang.


Malam tuh aku balik, my housemate menasihatkan aku supaya menukar tempat parking. Mana tahu kut-kut ada yang tension dengan aku.Kurang percaya tapi akur sahaja.

Mungkin aku ada buat salah, dan menyakitkan hati orang… dan alangkah bagusnya jika ada orang berterus terang menegur kesalahanku.Setahuku parking ( kalau itu boleh dipanggil tempat parking yang sah la) tu tak ada kepunyaan sesiapa, tapi jika ada yang mahu apa salahnya dia memberitahuku.Tanak berdepan pun tak apa, tulis saja nota ,”Parking ni saya punya.” Aku akan faham.

Semoga tayar itu pancit kerana paku bukan kerana tindakan manusia.Because deep in my heart, I want to believe that I live with good people.

Adegan yang Jarang anda lihat



Adegan yang pertama kali anda lihat


Adegan yang tak mungkin anda lihat. Ceri Naik Marah . He he he


Creative Commons License
This work by unid is licensed under a Creative Commons Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia License

Comments

Popular Posts