Bukit Bendera
Pada hari kejadian tayar pancit, aku bersama rakan berhiking ke Bukit Bendera. Kami sampai awal tapi di permulaan salah Hutan Lipur Teluk Bahang.Sampai di sana ,kami merenung papan tanda “Penang Hill Forest Challege “, trail yang terpanjang di Penang dan mengambil masa lebih kurang lapan jam. Anda berani? Kami berpandangan antara satu sama lain. Gila ? Aku dah lah first time hiking.Kang nanti ada yang kena kendong. ;P
Last-last kami menukar permulaan dari Kebun Bunga.Parking kereta kat sana dan mula mendaki dari sana.Mula masuk hutan lebih kurang kul 11 lebih la. Dalam perjalanan, memacam jugalah yang kami nampak. Monyet, semut mutiara (Unid seorang je panggil semut tu semut mutiara),air yang mengalir dari batu. Dugaan yang paling sakit adalah tangga dan juga jalan tar yang mencuram.Berpusing-pusinglah aku dibuatnya sebab nak jaga kaki supaya tak sakit.
“Kenapalah tak naik tren je? Kan senang?”
Ya , memang senang tapi perasaannya takkan sama dengan mendaki. Udara yang dihirup jadi tak sama, t-shirt rm 10 pun rasa cam biasa, ais kacang pun mungkin tak sesedap mana. Kenapa ya?Aku cuma rindukan perasaan menghargai, menghargai apa sahaja walaupun benda tu kecil.
Perasaan yang seperti seorang pengembara yang haus di padang pasir yang terjumpa lopak air.Lopak air yang mungkin kotor tapi itulah kegembiraan yang sukar digambarkan.
Berdiri di atas puncak Bukit Bendera setelah aku bersusah payah mendakinya adalah sesuatu yang tak dapat digambarkan. Semua jadi best walaupun ianya hanyalah biasa.Rasa badan berpeluh, rasa mengah dan rasa lenguh kaki semua jadi hilang begitu sahaja ketika sampai. Terlupa betapa penatnya kami sampai terpaksa berhenti beberapa kali, siap makan sandwich lagi.
Turun dari Bukit Bendera lebih kurang 6.30 petang, berlari-lari mengejar bas. Dah lama tak buat. Rindu betul.
Sampai stesen bas pelbagai hal berlaku, naik bas hingga ke destinasi terakhir Batu Feringgi, last-last terpaksa turun kerana terlepas destinasi yang sepatutnya iaitu Kebun Bunga.Tukar naik bas Rapid Penang pula.Oleh kerana bas tak masuk Kebun Bunga,kami terpaksa berjalan kaki.
Kawasan Kebun Bunga waktu malam amat menakutkan.Dari cerita yang didengar, kawasan itu kawasan hitam. Anjing-anjing yang menyalak seolah mahu menerkam. Ada seekor tak bertambat, memang sedia mahu menerkam tapi nasib baik di seberang jalan.Jika anjing tu berakal mungkin dah lama diterkamnya kami.
Memilih jalan belukar kerana takut orang jahat.Kawasan perumahan yang sunyi, di setiap rumah ada anjing dan ada poster Rakan Cop. Cuba berjalan laju dengan kaki yang sakit, tangan memegang handphone bersedia untuk mendail talian kecemasan kalau berlaku apa-apa.Aku berdoa sungguh-sungguh dalam hati. Masa tu terpikir, anehnya perasaan takut ini.Ianya jarang berlaku dan sangat menakutkan. Aku memikirkan mereka yang dilanda peperangan. Perasaan takut yang aku alami mungkin sudah biasa bagi mereka.Mungkin perasaan gembira itu aneh bagi mereka.
Akhirnya kami sampai ke kereta, masuk cepat-cepat, bergerak laju dan menarik nafas lega.Seorang rakan memberitahu ada beberapa orang sedang berkumpul di suatu tempat sedang memerhatikan kami, mungkin kerana tadi ada polis membuat rondaan.Kami bernasib baik, yalah hanya kereta member satu-satunya yang masih ada di situ. Kalaulah ada orang khianat pancitkan tayar, pecahkan cermin bagaimana? Sedih. Aku di Malaysia takut diserang orang sendiri, mereka di luar takut diserang orang asing.Pelik.
Kami menunggu giliran untuk menaiki feri.Hampir berjam juga tunggu, kereta dah berbau peluh dan stokin.Perut mula lapar.Dalam lama menunggu tiba-tiba dapat tahu feri akan bertolak pukul satu pagi. Haiyaaaaaaaaaaaaaaaa…kalau tau awal-awal lagi naik jambatan.
Akhirnya sampai juga ke seberang setelah merentasi jambatan, berhenti makan sekitar kawasan Butterworth.Tapi perut aku menolak, makan sikit jer dah tak abis. Mungkin sebab terlampau lama menahan lapar.Dah jadi devil’s friend.
Akhirnya sampai rumah lebih kurang pukul 3.00 pagi.Tidur dalam keadaan letih, esok nak menguruskan tayar pulak. Tapi banyak pengalaman, susah nak dapat tuh. Sebelum tidur aku terpikir semut mutiara.Semut yang buntutnya bulat kaler merah.Setiap kali berjalan seolah-olah ada mutiara merah di belakang semut tu.
ZZzzZZZZZ
This work by unid is licensed under a Creative Commons Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia License

Comments
Post a Comment