Tahu-tahu jer dah tua ..eh

Sudah mau masuk 2012.Unid belek-belek blog ni.Eh...archive since 2006.Sekarang dah 2012.Sudah enam tahun rupanya.Tak sangka lama juga, kalau anak dah masuk tadika dah.

Tapi unid tengok penulisan unid.Takde isi sangat pun.Banyak ngarut-ngarut.Banyak emo.Memang unid emo pun and bila emo suka menulis.Suka menulis since sekolah.Dulu buat cerita pendek and bagi kengkawan baca.

Tapi tak serius pun.Sebab?Bapa tak suka unid menulis or melukis.Tak kisahlah walaupun unid boleh gak menulis and melukis tapi dia tak suka.Unid sorok sume tulisan/lukisan.Dan memandangkan banyak kesusahan hidup yang dialami penulisan dan lukisan pun cam terkubur.

Masuk U, terus tak menulis.Mau menulis tapi tak ada feel.Kosong and separuh jalan.Kalau mau ikut hati rasa macam nak tulis sahaja kisah hidup sendiri buat novel.Dari miskin sampai nak beli beras pun kena ikat perut sampai la sekarang still survive.Sekarang takde la kaya pun, malah banyak halangan yang perlu dihadapi.Tapi bila mau menulis, terfikir pula antara yang termasuk dalam halangan ini adalah kerenah orang yang tersayang(bukan pakwe or sewaktu dengannye okay).

Jika saya mahu menulis kisah hidup saya, saya terpaksa membuka cerita punca utama keberantakan hidup which mean saya akan mendedahkan keburukan sesetengah orang.Dan jika saya cakap, okay kita letakkan bukan nama sebenar, sahih-sahihlah orang boleh agak kalau saya dah kata kisah based on the true story.

Ada benda-benda yang susah nak diluahkan.Jadi bila benda utama tidak diluahkan, kadang-kadang kita akan terluahkan benda-benda yang remeh.Malah kadang-kadang unid terover benda-benda yang remeh.Sebab benda yang major susah nak diluahkan.

Contoh(Bukan kisah unid nyer,ini misalan sahaja)Jika bapa anda seorang penagih dadah? Adakah anda  dengan redhanya meluahkan kesusahan hidup anda di blog.Boleh tu boleh tapi susah kan?Anda mahu bersedih dan berkongsi dan dalam masa yang sama anda seolah-olah membuka pekong di dada.Ye la.. penagih dadah tu kan bapa anda.Kutuk banyak-banyak pun bapa anda jugak.Bila anda nak share dengan orang, orang pula kutuk bapa anda, mesti la rasa angin gak kan.Dan kalau orang tu comment cakap , takper sabarlah ye.Saya lagi teruk anak yatim.Anda rasa cam nak pelempang tak?Orang kadang-kadang suka comparing instead of listening/reading.Susah and complicated bila nak bercerita dengan orang sebab tak kira apapun itu bukan kasut mereka.So ada benda-benda terpaksa dipendam dan lama-lama menjadi dendam kan?

So yang terbaik, berdoa and mengadu pada Allah.Berserah dan berusaha takat mana yang boleh.

Ehhhh...melalut mana hala tah niSo walaupun rasa tak serius menulis tapi still menconteng kat blog.Sedar -sedar rupanya 6 tahun dah umur blog ni, rasa malu sendiri.Yelaa, baca balik previous entri rasa cam banyak yang negatif dari positif.But I really hope the reader in case kalau ada, jangan lah ambil yang negatif tu.Ambil and contohi yang positif dah la yer.

I will try my best, untuk improvekan penulisan especially message.I still believe that nothing wrong to share personal life.Sebab sekarang memang fesyen macam tu malah untuk case unid ni banyak kegunaannya.Unid sekarang kerja kat Penang, umur pun meningkat, all my friends dah kawin pun dah ada anak pun.Kalau unid nak tau perkembangan mereka unid akan refer kat facebook, blog.Nak call nak ngadu sumer tu kena fikirlah diorang pun dah ada famili.Tup-tup unid call tengah malam nak nangis-nangis tak ke kacau diorang,pulak tu nak menyembang sampai berjam.Marah husband diorang nanti.So I think writing is the best medicine, for me lah.Maybe not with the correct grammar even bahasa pun rojak-rojak jer but the point is, I want to tell something.I want to speak about something tak kisahlah orang baca ke tak.Cuma berpada-padala kan.Kalau kita tulis untuk mencetuskan peperangan tu kan tak baik kan.

Harapan saya untuk tahun baru
Bersabarlah dan bertawakallah.Langit tidak selalu mendung dan jika betul pun ia mendung, insyaAllah ia membawa hujan rahmat

Comments

Popular Posts