5 Rencah 5 Rasa episod 13

Ini antara resepi yang sempat salin.Ikutlah atas risiko sendiri ya, saya pun kalut-kalut jer masa salin tu.

1)Omelette Mee
Pecah kan 5 biji telur .Masukkan kucai.Garam.Lada hitam.Kacau sekali.Biarkan
Lepas tu campurkan mee kuning dengan loh see fun.Masukkan susu 3/4 cawan dan kacau.
Masukkan minyak ke dalam kuali.Masukkan campuran telur dan campuran mee tadi ke dalam kuali.Api jangan kuat sangat ye.Potongkan
cili merah ke atas mee.Masak sekejap jer sebab nanti nak masak ngan oven pulak.Kemudian angkat dan parutkan cheese mozarela and parmesan ke atas mee telur tadi.
Kemudian masukkan ke dalam oven selama 10 atau 11 minit.
Siap.

2)Yee mee bebola daging

Daging kisar keringkan.Tanak darah-darah yer.
Tepung jagung/ubi.
Bawang merah
garam
Telur kuning sahaja
Lada hitam
Sedikit oat

Gaul semua bahan sekali.Kemudian bentukkan bulat-bulat cam cekodok.Biarkan.
Kemudian bebola daging tu digoreng dengan minyak yang sedikit.Sekejap jer.Pastu angkat.

Untuk bahan sayuran.
Anak jagung.
Carrot.
Lada Benggala.
Bawang besar.
Tomato.

Kemudian tumis bawang and sayuran dengan minyak tadi.Pastu letak pati tomato, pastu letak air.Tambah gula , garam and lada hitam.Pastu cuka satu sudu besar.Masukkan sayur yg terakhir iaitu lada benggala.Pastu masukkan bebola tadi tu balik.Pastu hidangkan dengan yeemee.


3)Char kuteow sea food
Lala
Udang
Sotong
Fish cake
Minyak bijan
Lada
sos kicap

Gaul sume bahan dengan perisa 2 tu.Pastu masukkan kucai.

Pastikan kuali panas gile.Masukkan sikit minyak.Pastu udang.bawang putih and fish cake.Pastu chili boh.Sos tiram pastu kuew teow.Pastu kicap cair pastu kicap pekat.Masukkan kucai.serbuk perasa(ajinamoto kut).Masukkan sotong and lala.

Lastly masukkan telur kalau suka.Pastu taugeh kalau suka gak.Pastu hidang..tadaaaa...

Comments

Popular Posts