Pepijat..Oh No!

Semua orang ada serangga/haiwan yang dibenci.Ada yang benci nyamuk.Ada yang benci cicak.Nak tau tak benda apa yang paling saya benci..

Tada....


Image source: http://www.martinfrost.ws/htmlfiles/nov2009/bedbug.jpg
Saya memula kenal binatang ni masa tahun 2007 kalau tak salah.Dekat KL, masa tu saya sewa bilik.Yang paling lawak, saya langsung tak kenal binatang ni.Memangla orang selalu sebut pepijat tapi usually saya faham software bug.

Selepas tiga bulan saya pindah di situ, saya kena symptom gatal-gatal yang sangat teruk.Consider the worst in my life.Saya mula mengesyaki air, yelah duduk kat KL mungkin air kotor.Saya juga mula jaga makan sebab saya fikir mungkin saya allergic or something.Habis duit saya beli supplement.

Sepanjang saya menyewa kat situ, saya memang pernah nampak makhluk di atas pagi-pagi.Melintas dari almari.Tapi saya fikir itu gegat.Saya juga jarang buka lampu bilik waktu malam sebab lampu di luar agak cerah.Jadi memang saya tak notice apa-apa waktu malam.

Nak dijadikan cerita, suatu hari dalam keadaan gatal di office saya menggoogle pasal gegat.Image yang saya dapat berlainan dari image di atas.Maka saya mula mengorek dan mengorek lagi.Maka terbongkarlah misteri kegatalan saya.Saya call emak, emak saya balas, "Hah...bukankah binatang tu sudah pupus?"
Tak pupus mak, saya jumpa binatang ni kat KL. :)

Saya rupanya mangsa pepijat.Malam tu juga saya buka lampu and OMG, this creature ramai-ramai beratur nak hisap darah saya.Kalau muka hancem cam Edward Cullen maybe boleh letak under consideration.Tapi muka mereka sangat buruk.Dan bayangkan mereka sudah besar dan sihat, thanks for my blood donation.

Since itu saya memang tak boleh tidur.Gatal plus trauma.Saya buang semua toto, bantal, soft toy.Baju-baju saya rendam air panas.Racun ridsect semua tak jalan.Itu yang paling sakit, bunuh diorang tak sesenang kita bunuh nyamuk atau lipas.Kebanyakan site kat google cakap, once they come in, they will make yours as theirs.

With tuan rumah yang tak mahu bekerjasama, saya takda cara lain melainkan pindah.Masa tu saya sangat berterimakasih pada sahabat saya yang menolong saya.Thanks to Syai, kalau tak kerana anda , mungkin Unid pun dah jadi pepijat sekarang. :P

Tapi ada juga orang yang survive dari pepijat.Saya sangat respect  atas ketabahan diorang.Binatang ni hadir untuk menguji kita.So saya harap sape yang pernah kena jangan putus asa.

Inilah jadinyer asyik concern tentang system bug sampai lupa bed bug.Ohh..ada lagi binatang yang saya tak suka, kalau ada time nanti saya citer.

Comments

  1. unid kene pepijat lg ker? mesti masa pepijat tu jumpe unid derang cakap, "Eh! kawan lama!" hihi~

    ReplyDelete
  2. Takde dah sekarang.Tapi still saiko. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts