Sunday, March 11, 2012

Bekalan

Unid selalu perhatikan orang tua kat keliling unid dan selalu terfikir bila unid tua apa akan jadi kat unid?

Bolehkah buat programming lagi dalam umur 70 lebih, dah pencen pun.Umur 60 pun tak sure boleh ke tak lagi.Yelah sebab mesti mata pun dah start rabun pastu badan pun dah start sakit-sakit.

Selalu terfikir, apakah benda yang paling penting di waktu kita tua?Ramai sekarang tengah kumpul harta, bagus..bagus.Ramai gak orang tua nasihatkan unid macam tu.Tapi harta tu first thing ke?

Orang tua ni kadang-kadang kita suka and kita respect, tapi ada jugak yang kita tak suka dan kita tak respect.Tentunya bukanlah pasal harta pun.

After fikir-fikir and timbang balik, maybe persediaan untuk hari tua adalah 3 perkara [buat masa sekarang]

1) Kesihatan yang baik
Bayangkan kalau muda-muda tak suka jaga kesihatan, penyakit selalu nye akan datang waktu kita tua.Sebab antibodi and sistem badan dah tak larat nak handle.Contohnya, muda-muda merokok sehari sampai 4 , 5 kali, agak-agak umur 60 tahun kita sama tak dengan orang yang tak merokok.

Unid ada jumpa orang tua dalam surau, dia cergas and kurus orangnya.Rambut pun takda uban.Dia kerja cuci office jer.Dia cakap masa  muda-muda dia selalu ambik supplement, selalu jaga kesihatan.Dia pesan jaga diri elok-elok sebab masa tua selalunya dah takde duit nak beli ubat macam dia.Tapi badan selalu sakit kan susah tu. Kalau badan sihat, still lagi boleh kerja kat restoran, minum-minum kopi ngan kawan-kawan seusia.

Kalau ada duit berjuta tapi habis dekat hospital pun buat apa kan?Memang tua tak dapat dihalang , sama juga sakit tapi amalan kita kan boleh dikawal . :)

2) Akhlak yang mulia di waktu muda.
 Benda-benda ni memang penting since muda lagi ,tapi kalau muda-muda asyik buat jahat jer lepas tu fikir ahh.. tua nanti aku tobat arr.Agak-agak bila tua kita boleh hidup aman tak? Orang respect tak kat kita? Silap hari bulan orang ambil peluang balas dendam.Yela..contoh paling senang seorang bapa yang aniaya anak dia.Tinggalkan famili, kurang ajar dengan anak-anak.So bila si bapa tu dah tua, agak-agak anak tu berebut ke nak jaga bapa dia.Kalau lah jaga pun atas nama perintah Allah jer, takde la nak jaga atas nama kasih sayang.Bila dah tua, banyak benda yang kesal pun tak berguna.

3)Ilmu yang bermanfaat.
Ilmu lah yang menjaga kita waktu kita tua ke muda ke.Senang ke susah ke.Harta boleh banyak tapi kalau tak ada ilmu silap haribulan harta jadi rebutan orang jer, kita yang tua ni ditinggalkan.So timbalah ilmu sebanyak-banyak di waktu muda.So bila tua nanti boleh lah jadi penasihat untuk orang muda.Orang muda sangat gemarkan orang tua yang berilmu. :)

[ini entri autopost]

No comments:

Post a Comment