Kasut

Pernah tak jumpa sales girl yang annoying? Unid selalu terkena.

Tadi unid mencari kasut.Unid mencari kasut yang selesa, menutup , tak berbunyi dan sesuai untuk pakai dengan skirt or baju kurung.Sebenarnya dah terbeli kasut bata... mahal pulak tu tapi ada bunyi tuk tak tuk tak pulak.Segan nak pakai, so sape berminat sila email ye.Baru sangat, lima kali pakai pi office saiz lima.

Okay, unid baru perasan kaki unid kecik sebelah.Tatau la since bila tapi sangat obvious ok.Sebelah kiri size 6 , sebelah kanan size 5.So Kalau pakai 6 sah-sahlah akan longgar kat kaki kanan.

So terpaksa la cuba size 5 dan kaki kire terpaksa la mengecikkan diri sedikit.Isk , sejak bila jadi gini tatau sebab sekarang pakai sneaker or sandal.So tak perasan apa perubahan kat kaki.

Jumpala kasut yang kiut miut...dan unid berkenan, yang ada cuma size 6 takde size 5.Maybe boleh pakai size 6 tapi sure kita nak try juga size 5.Bila try size 6 , bila jalan kasut yang bertutup pun jadi cam sandal sebab asik terkeluar.Even unid pakai size 5 untuk kasut bata tuh pun pernah kasut tercabut untuk kaki kanan.Haishh.

Sales girl tu beria juga nak suruh Unid beli

"Memang la kena pakai longgar.Nanti kalo ketat macammana u mau buka kasut lor."

Hui...memula macam masuk akal jer dia kata.Tapi bila pikir-pikir dah kaki kita boleh masuk tentulah boleh keluar.Lain la kalau kasut tu botol.Serious sakit hati dengar.Terus tawar hati tak jadi beli.Unid frust tak dapat size yang nak dibeli, dia frust sebab tak dapat jual.Biar.

Another case, pergi dekat bahagian skin care.Unid just nak survey-survey jer.Datangla sales girl yang agak berumur.

"U nak cari apa?"
"Tak cari apa-apa.Saja tengok barang."

Dia stare muka unid lama.serious annoying.unid tak de jerawat la[ayat perasan...abaikan]

"Eh , kulit muka u itam la.Beli la #^%$&%$&^"

Ehh... ehhh..

Comments

Popular Posts