Janganlah bersedih wahai wanita...kerana dirimu begitu berharga

Assalamualaikum~

Waktu unid round giant sorang-sorang, ada la nampak bookstore kecik ni.Unid masuk and belek-belek buku kat situ.Tiba-tba nampak tajuk buku 'Jangan Bersedih' untuk wanita , bukunya kecik and pocket size[i mean handbag size kut].Kat rumah unid dah ada buku 'La tahzan' tapi kan tatau la kenapa tak berapa selera nak baca.But still unid beli buku ni sebab harga dia cuma RM10 ...lebih kurang harga majalah fesyen yang sometimes dibeli tapi takde isi bermanfaat mana pun.

Bila unid baca buku ni, unid terkejut.Sangat worthy.Banyak tulisan-tulisan yang mengujakan and membuatkan unid berfikir and muhasabah diri.Tulisan-tulisannya sangat terkena dengan isi hati, even pendahuluan dia pun unid suka.Selalunye unid akan baca before tidur.Rasanya ia memang sesuai pun, sebab before tidur seeloknya muhasabah diri dulu.So hopefully besoknya akan berubah jadi baik.

Antara ayat-ayat yang tangkap leleh yang unid rajin nak type kat sini, yang lain kenala baca sendiri ya.Kalau unid tulis semua kan jadi lain pulak.
Cukuplah kemuliaan anda dengan menjadi seorang muslimah
Jika Allah selalu bersamamu, maka siapa yang harus engkau takuti?Sebaliknya jika Allah menjadi musuhmu, maka pada siapa engkau akan berharap?
Jika anda tidak mempersiapkan diri sejak hari ini, maka esok bukan menjadi milik anda
Tidakkah engkau lihat bahawa malam ini bila telah sempurna kegelapannya pasti akan datang pagi hari dengan cahayanya
Jangan suka berdendam, kerana anda akan menjadi korbannya yang pertama
Tidak ada musuh yang paling ditakuti wanita selain kegelisahan menghadapi hari tua

Dan banyak lagi diselitkan dengan kisah-kisah manusia teladan seperti Nabi-nabi, sahabat-sahabat.

So boleh beli kalau suka


Comments

Popular Posts